Posts Tagged ‘Ghulam Mee’
Hari Hari ke Ghulam
Cam ketagihan sket lah lately. Asek nak ke Ghulam jer. Paling addicted adalah ke Nasik Lemaknya. Ader hari hari tertentu, sambalnya sedap nikmat doniawi sangat. Masuk semalam, dah 3-4 malam berturut-turut kitorang g makan kat sana. Memang meriah lah jugak. Selalu orang duk kat open air, layan skrin besar tu tapi kitorang makan kat dalam. Rileks sket.. plus taknak laaa berembun sangat. Lagipun tak sesak sangat lah belah dalam tu.
Hari tu, pegi n tetiber eh eh…ada air kegemaran dahling. Selalu minum kat Absolute Thai dan kedai kedai yang sewaktu dengannya. Thai Iced Tea.. sekali kat situ pun ada. Apa lagi.. mesti order lah kan.

Nasi Lemak, Mee Goreng dan iced tea
Malam tu nasik lemak tu sedap ya rabbi. Tengok aja lah kaler sambal dia. Perghh.. puas hati betul. Itu pulak mee goreng dia. Mamak style lah kan.. tapi memang sedap. Makan ngan cili potong pun layan. Pedas pedas manja jer. Ader cucur n tauhu dalam mee goreng tu. Kitorang request taknak taugeh. Tu yang nampak rileks jer mee goreng tu.
Haaa.. air tu lah ala ala Thai Iced Tea tu. Tapi lain sket lah. Tak sesedap Thai Iced Tea tapi bleh tahan jugak. Diorang panggel apa eh.. Teh C Ais ke apa tah. Lebih kurang gitu lah.
Ghulam Mee ni kat Seksyen 10 Kota Damansara. Kalau dari Mc D Kota Dsara tu.. korang terus lagi.. trafik lite lepas tu.. bleh nampak Ghulam Mee belah kiri. Ada lampu lip lap penuh kedai tu. Memang layan lah utk orang orang utara. Macam macam ada…
P/S : Dok carik kedai Kuey Tiaw Doli kat TTDI. Area mana eh?
Rasa Macam Lama Jer
Tak update blog. Dah aritu rajin mengupdate walau hanya 1 entry per day tapi still lah cam rasa rajinnyaaa.. Lately, bile dah beberapa hari tak mengupdate, wah.. tak kusangka. Ada rasa windu dalam hati. Phewitttt..
Bukan laaa malas ke apa tapi kebizian. Bz lah sangat kan? :P Actually, my parents ada kat umah dari Sat- Malam tadi. Ada bersama ialah boboy n ayuni. Kak long’s kid. Saja lah bawak diorang sekali sebab cuti kan. Lagipun diorang tak pernah sampai rumah ni. So, malam malam haruslah ada aktiviti walaupun sekadar lawatan famili Cik Din & Cik Jah ke Giant K. Damansara tu. Dua malam berturut turut haa. Cam takder tempat lain kan? Apa buleh buat.. giant di hatiku. Wakaa..Lepas acara jalan jalan cari pasal, baru lah kami beracara jalan jalan cari makan. Destinasi masih di Kota Damansara dan terjumpa satu kedai yang ada lampu lip lap yg amat lah meriahnya. Serius meriah sangat. Sampai sampai.. wah wah. Style cam foodcourt pun ada. Ada gerai gerai kecik kecik kecik gitu. Nama kedai Ghulam Mee kat Kota Damansara. Trafik pegi Mc Donalds tu kan.. lagi satu trafik lite terus belok kiri. Boleh nampak dari tepi jalan. Murah bangat. Semalam makan : Bihun sup yang meriah ngan daging 2, kuey tiaw goweng 1, mee goweng 1, rojak pasembur 1, laici 1, orange juice 1, carrot susu 1 and air apple 1, teh tarik 1, kopi susu 1 = rm32.00. Murah kan? Boleh tahan plak tu rasanya. Ader jugak sate, yong tau foo, mee bandung, mee udang..

Acara Makan Makan di Ghulam Mee
Arini pun lagi laa bz. Ader girl’s day out. Cewah.. girls laa sangat kan? Para peserta untuk hari ni ialah mak, urs truly and ayuni si gediks. Tak pegi mana pun. Mak nak g IKEA carik bekas garam so amek kesempatan lah nak beli pasir uk uk si Miewt sekali. So, ke IKANO lah kita .. mari. Settle kat IKANO, teruskan perjalanan ke TTDI untuk membeli juadah berbuka posa. Wah.. besh jugak pergi berteman. Beli cendol 3 plastik besar and kuih muih. Perghhh.. nikmat minum cendol mamak yang asli. Slurp slurp. Sampai berguling guling Hazelnut dalam peyut ni ha.

Mak Buyung cuba berposing cun di Ikano

Mak kepada Mak Buyung and anak sedara Mak Buyung punya turn berposing pulak
Malam ni plak tadi, g umah kak long. Menghantar kembali rombongan ke sana. Kak long pun tengah tunggu hari jer ni. Maybe besok lusa anak -4 pulak. Wah wah.. Baby cot seme pun dah ready. Syiok pulak tgk preparation nak sambut baby. Tak sabar pun ada ni. Mak pun dah sound, next month dah bleh start beli barang baby sket sket dulu. Kitorang ingat nak beli pun barang yang simple simple jer dulu. Barang penting.. yang lain tunggu korang korang lah post mai sini. Wakakakakak.. Lusa ada monthly check up. Hopefully sangat everything will turn out fine. Doa doakanlah eh. Terima kasih gang :D
P/S : Me miss u too. Untuk Farhah, semoga semuanya berjalan lancar. Congratulations untuk both suami isteri yer. :D Sila update yer nanti boy ke girl.











http://ibzatech.com/
MumsLuvBaby
