Advert
Archives
Categories
Calendar
May 2012
M T W T F S S
« Apr    
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  
Instagrams
 

Insomniac!

Cewah… sendiri iktiraf diri sendiri berpenyakit ni. Takleh nak tido bila malam.. hahah. Gilos!

Kadang2 tu lepas maghrib akan terlena atas sofa dlm 30 minit gitu.. pastu bgn tu memang segar. Selalunya, lepas subuh gitu tido. Kadang2 pukul 3 gitu tido. Kalau nak tido before 12 tu maybe sekali dalam 3 bulan kut. Kadang2 bgn awal pastu terlena kejap petang. Eh… banyaknya kadang kadang.

Dulu masa sekolah menengah pun, time nak peksa, mesti tido lambat. Pernah masa tu siapkan kerja kursus untuk spm kut, sains pertanian.. so tido lambat. Mak pun bekalkan la sebotol ayaq kopi cap keretapi. Sedap weh… pekat baekkk punya. Takde komputer masa tu so menaip pakai typewriter yang elektronik tu. Pinjam hak sapa eh.. tak ingat dah. Masa tu kak long dah duk di shah alam. Nina dah ada di asrama. Bang cik mana pi ntah. Hahaha.. tak sure. Yang tau masa tu gua tido sorang jer. Kalau kak long or nina ada, memang la tido dengan depa tu.

Nak dijadikan cite.. masa tu gua ada marka. Hahahahaahaha.. nah hai. Gelak besa ni. Ala.. kawan kawan rapat la kiranya. Budak kg area tu jugak. Memang selalu mai lepak depan rumah borak borak. Kadang2 mak pun join jugak, borak sambil layan kunyah kuaci cap bunga matahari. So, malam tu gua pun menaip penuh khusyuk. Memang khusyuk sangat weh. Bertemankan lagu lagu dari radio muzik, stesen muzik anda! Dok menaip tu.. tiba2 dengar bunyi motor berenti depan rumah. Gua berenti laa menaip. Pastu dengar la suara budak sham ni duk cakap dengan mat heri. “heri, hang ingat nonie duk jaga ka dah lena” pastu dengar la heri tu balas “dok jaga kut .. tu lampu bilik dia duk bukak”. Masa tu bilik gua belah depan.. bilik mak abah belah belakang. Pastu, gua pun pi la bukak pintu depan sebab ingat memang diorang datang. Pelik laa apasal dah nak pukul 3 pagi datang rumah ni plak.. Tak dengar pulak bunyi motor blah.. so gua pun bukak la pintu rumah. Tup tup… eh, sunyi sepiiiii wehhhh depan rumah tuuuuuuuu… gelap gelitaaaaaaaa… ei, meremang bulu roma sambil duk taip ni. Tak sukaaaaaaa laaaa hoiiiiii lawak gini.

Pagi besok tu.. sebab selalu pi sekolah sama sama naik bas dgn sham tu, gua pun tanya laa ada tak datang rumah pukul 3 pagi tu. Nah haiiii.. awat tak hamek. Dia jawap buat apa dia pi pukul 3 pagi tu. Baik dia lena kat rumah. Nak kena katok dengan bapak gua boleh laa… . Gua tak puas hati. Petang tu, masa lepak lepak.. tanya mat heri plak. Mat heri jawap apa gila nak pi rumah anak dara orang pukul 3 pagi. Dah sudah… siap kena tarbiyah laaa.. pasal apa dok buat berani bukak pintu pi jenguk la, apa la.. Adoi, betul2 gua ingat bebudak tu mai rumah. Memang gua rasa misteri nusantara betul. Tapi masa tu takde lagi rancangan misteri nusantara tu, masa tu tgh glemer x-files maka gua tukar la. Rasa x-files betul laa.. citer dengan mak, mak kata maybe gua masa tu dah mamai. Tapi percaya laaa… gua bukan jenis jenis mamai ni.

Eh, tiba tiba tertaip citer seram… huhu

P/S : Tengah taip ni, jam pukul 3.00 am tepat! Takuittttttttt….

Pelangi Menyinari Hidupku :p

Pukul 11 mlm semalam, teringin sangat nak membaking. Lalu.. cewah, gua bukak buku nota n jumpa resipi kek pelangi lapis lapis tu Apo laie.. start laaa..

Kesian mektot, duk tunggu je depan tv sorang2. Tak sampai hati gua tgk dia keseorangan.. oh anakku. Tapi apakan daya.. mak nak buat jugak kek pelangi tu. hahahaha.. Sekali, telur ngam buat kek. No more utk buat cream tu, makanya.. gua pakai frosting cream yang ready made yang ada dlm peti. Yer, mujur laaa ada beli aritu. Plan nak buat kek utk fil tapi lately sakit kepala menyerang. Maka asek la malas nak masuk dapur. Baikk punya alasan kan?

6 layers – yellow, orange, pink, red, green n purple. Senang rupanya resipi dia n kek dia memang moist sangat tp sebab gua guna vanilla frosting tu, dia jadi agak manis laaa. Yang tak tahan, mektot punya suka.. sampai dia panjat kerusi mejamakan tu sebab nak makan kek ni sendiri. The cake itself tak manis sangat. Untuk colouring, gua pakai american apatah colour. Gel based.. jangan guna hak botol botol cair tu. Sini wilton punya colour tu mahal sangat. Tunggu turun kl lah kut.. ingat nak beli yang 8-in 1 box tu. Kalau sini, ada kedai jual sampai 12 ringgit sebotol padahal kat kl rm7++ je kalau tak salah. Sekarang ingat nak menabung beli mixer baru la. Macam best je tapi mixer ni elok lagi. Hadiah kawen dulu, sil bagi. Tahun ni dah 6 tahun, tahan lasak jugak la. Kecik jer.. cap khind. Eh, tetiba gua promote mixer gua plak.. hahaha.. i’m sorry :D

P/S : Badan tak sihat. Wonder why? :\

Settled!

Hari jumaat aritu, ada buat sket makan makan. Tak jemput ramai pun.. just sedara mara sebelah fil yg tinggal berdekatan ni jer. Ada jugak laaa jemput mek ann. Tu jer laaa kawan rapat yg sudi datang memeriahkan majlis. Walaupun datang lepas abes semua org balik pun, still datang.. terima kasih mek ann. Cantik frame tu semua.. nanti mai lagi tau…

Makan makan ni actually sempena masuk rumah baru lah kiranya + sambut birthday fil in advanced gitu. Masa petang so menu pun ala ala high-tea jer pun. Ada mihun goreng, nasi goreng, jeli jeli, akok kedut, kek and teppanyaki style daging, ayam n udang. Nyummmm.. serius sedap. Teppanyaki punya station di handle oleh kjue sefamily. Gua sefamily hanya rileks. Hahaha..

Kek untuk besday dad. Nom nom.. lapa la plak. Menyesal tgk gambo kek ni.. huhuh. Cuba kira lilin ada berapa? Haaa.. jeng jeng jenggg.. cepat cepat. Teka…

Memang meriah laaa.. siap ada lagu lagu lagi, dahling bawak kuar speaker n pasang mp3 collections. Layan laa jugak. Petang tu pun cuaca ngam. Berangin n mendung. Yelah, buat kat luar rumah.. kalau panas, kesian guests weh. Peluh tiak nanti… Alhamdulillah sangat, majlis berjalan lancar. Cewah..

Diakhiri dengan gamba mek tot yang bukan main happy sangat main dengan cousins dia petang tu. Yelah, jarang sangat beramai ramai .. sekali sekala beramai ramai, happy dia. Gelak gelak lah.. layan feeling sensorang lah.. alahai, besar dah anak dara gua.. 

Hahaha, amoi … apa bikin tengah padang ?

P/S : Banyak peel dah mek kacang kesayangan hamba. Kita suruh dia kemas toys, dia jawap “memi keep”. Boleh gitu?

Malas!

Hari Jumaat ni ada sket makan makan sempena masuk rumah n besday fil. Haritu mmg niat nak bake a cake pun tp dengan cuaca yang panas ni, memang laaa malasssss sangat!

Tgk laa.. kut angin kus kus datang nanti, buat sebijik kek. hihihi.. memang niat nak buatkan kek … mcm tak best bila tak buatkan plak kan? Lagipun, kalau buat siang2 susah. Mektot dah pandai merajuk bila tak dilayan. Yer.. memang gua manjakan anak. Hahaha. Nanti dia duduk depan dapur tu… tangan kat pipi. Bila kita kat dapur, mestilaaa tak perasan dia merajukkan? Siap berbunyi plak… aahhh.. mengeluh gitu. Alahaiiii… terpaksa kiss kiss dulu.. pujuk2 elok elok, baru ok. Haih laaa.. lately ni mmg senang sentap. Mak bapak baru duk sebelah2, dia dah menongkat dagu sambil duduk kat lantai. Adoi…

Aritu niat nak beli mesin jahit baru. Sekali mesin jahit lama yg niat nak tinggal buang tu.. kak jue anta balik kb n mil g antar service. Tak try lagi.. lepas kenduri semua, baru boleh nak try. Kalau ok, ok laa.. jimat jugak laa duit. Kalau tak ok, yeayy.. nak beli mesin baru please. Nak nak nak dekat besday gua ni. Hahahahaa.. mudah mudahan angpow lebih besday tahun ni. Hahahaha..

Tapi ni ada masalah lain pulak. Takde port nak menjahit. Huhuhu.. tak suka, tak suka, tak suka! Mana gua nak menyelit, nak menjahit ni. Next mth, koliah balik indon dah. Abes kontrak. Sementara tu ingat nak clearkan bilik bibik jer laa.. nak buat port gua menjahit plak.. bijak tak? Katil tu bukak n simpan jer dulu. Hahah.. tiba2 rasa bijak. Bijakkkkk laaa sangat sampai rasa nak lempang diri sendiri!

Untuk sahabat yang nun jauh disana, mak pippa.. congrats sangat! Baru jer dulu duk ingat lu gtalk tanya tanda2 pregnancy. Now dah nak masuk second dah. Terpaksa gua lipat gandakan usaha. Jangan wassup gua malam malam.. hahahaa.. taklah, tipu jer. Tolong ler wassup gua malam2. Gua lonely nigga .. ahahaha.. boss sokmo bz keje..

P/S : Makcik gua sms. Rindu plak rasa lepas baca sms. Rindu sangat nak balik perlis.

Related Posts with Thumbnails
Penziarah
My Store
Mari Berpipit
kakakdegil.fm
NetworkedBlogs