Archive for the ‘Uncategorized’ Category
Sleepless nite but i rela..
Memang takleh nak lena dah la. Tadi time Hazel lena, amek kesempatan tidur kejap. Dapat laa 2 jam lebih. Kenapa tak lena? Oh.. cannot sleep lah gang. My Lil Kacang kene demam arini.
Hari ni (Ahad) ngam ngam 8 weeks dah umur Hazel. Kejap jer kan. Patutnya, 10 hb ni baru g inject 3-stooges tu tapi sebab 11hb nak balik KL dah, takut gak kut dia meragam nanti. Satu hal pulak.. so, dah call paed dia n decided g inject awal sket lah sebab nak buat echo jantung dia jugak.
Seawal pagi dah siap siap. Baru laa tau kan, nak kuar ngan baby ni kene siap awal awal. Pukul 8 am, bgn, terus mandi. Takut kang tuan puteri dah bangun, takleh nak buat apa langsung. Elok lepas mandi, Hazel pun bangun … kasik ( . Y . ) dulu. Kalau tak kasik, meragam dia nak mandi nanti. Dah kasik… layan tv 5-10 min dulu ngan dia.. baru g mandi. Mandi time… suka dia. Dah bagi mandi semua tu.. nak siapkan pulak. Owh, time mandi.. memang dia behave sangat. Baik cam lil angel gitu. Ok.. dah mandi semua. Siapkan baju… Sekali lagi kasik ( . Y . ). Lepas swimming kan, lapar lah tu. Dia pun start buat mata stim stim sket, tepuk montot tu sket.. lena lah. Dadda pulak mandi n bersiap. Pastu, tinggal Hazel kat Dadda dia.. memi siap siap pakai bedak sket. Siapkan bag Hazel lagi. Baru laa gerak. Sempat lah minum milo secawan. Serious lapar everytime susukan Hazel tu.
Hari ni, Hazel tak tido time naik kete. Dah nak sampai spital, baru tido. 1st time g spital hari sabtu ni. Mak ngaiii.. punya ramai manusia. Yang jumpa dr sorang, yang teman sampai 4-5 orang gitu. Nak nak baru ni ada kes kematian H1N1 kat HUSM. Seram kan? Walaupun kitorang ke spital Perdana, tapi still seramlah. Dah laa budak kecik ni kalau tido mesti nganga. Ikut sapa lah tu.
Plan nak g buat echo tu dulu tapi ada 3 orang laa plak tunggu turn so, jumpa Dr Mazidah dulu lah. Inject dulu.. huhu. Nervous memi ok. Pergi pergi.. tunggu kejap jer. Timbang and ukur. Alhamdulillah, dr kata excellent. Walaupun tak cam baby lain lah. Yelah, Hazel lahir pun kecik kan. Tanya tanya soklan sket.. inject time. Alololo… jerit seround. Sedih plak dengar. Nasib kejap jer. Lepas asst Dr dukung n dodoi sket, Hazel sambung tidur. Bagus baby memi ni. Suka betul memi ngan Hazel tau. I lef u ..
Lepas tu, sambung buat echo. Lama sket kene tunggu time ni. Letih dah.. Time Hazel pun sampai. Dr nya dari HUSM. Weekend dia kat Perdana. Check check, alhamdulillah.. takder lubang or apa apa serious. Time dr duk scan dada dia, Hazel tidor. Lama lama agaknya sejuk sebab gel tu.. terus jaga ngan merengek rengek. Alahai.. siyan betul.
Abes semua tu, tunggu nak bayar bil lah pulak. Part ni yang buat gua bengang ni. Kitorang rileks laa tunggu kat kerusi tu kan. Nyamuk banyak betul. (Perdana Spital should do something about this !). Pastu, ada laa beberapa org yang datang lepas kitorang, bleh bayar n setel dulu. Sangat mendatangkan amarah yang marah ok. Ngok ngek kepala kemek punya counter. Last last (being me yang tak reti duk diam) terus ke counter n komplen. “Dah lama tunggu ni. Orang yang datang lambat pun dah setel”. Serious marah. Dah laa takder ubat pun, takder sebab tehegeh hegeh nak process bil kitorang tu. Dah laa mahal pulak tu. Cesss.. Nasib laa terus process. Sempat jugak laa kene sound pasal nyamuk. “Apasal banyak nyamuk ek? Hospital mana buleh ada banyak nyamuk !”. Wahahaha.. memang dasar mulut tak reti duk diam kan?
Pastu, ok laa.. setel n balik terus. Ingat nak kuar mana mana tp dengan panasnya, dengan hari minggu pulak tu. Oh! Tak sanggup jiwa dan raga. Balik lah terus. Kesian jugak ngan cek mek gua ni. Balik tu memang panas badan dia. Alahai, sedih. Nak demam kut. Tup tup petang tu memang demam. Panasnyaa.. siap merengek. Takmau berenggang ngan memi dia ni. Tidur sambil berpeluk tu. Petang tu terbangun pun pasal dia merengek nak susu. Terus laa kasik mandi. Lagi sekali mengamuk lepas mandi. Sedih eh tgk baby kalau asek menanges and kita tau dia tak sihat. Terus rasa tak macam gangster dah (selama ni gangster kah? wakakaa.. ) Ni pun kejap kejap bangun n merengek. Dah kasik ubat dah.. Rasa memang takleh nak lena lah. Memi pulak tetiba sakit perut ni. Padan lah muka.. miang sangat minum kopi kacip kak temah.
Update Hazel – 8 weeks
Length : 54 cm
Weight : 4.0 kg
Head cir. : 37 cm

Budak yang tak berapa nak sihat bermuka mandom :/
Bantal hijau tu actually bantal yang mak tok hantar jauh dari Perlis time memi peknen 7 bulan gitu. Perut memi always sakit bila tidur so mak tok bawak and memi buat bantal tu utk lapik Hazel yang time tu ada dlm tummy memi ni. Sampai ke hospital pun memi bawak bantal ni. Buat lapik dagu. Tah kenapa, cam besh tidur sambil lapik dagu ngan bantal ni. Errr..memi memang suka bantal takder sarung. Wahahaha..
Bantal ni pun cuma buat lapik kepala Hazel kalau dia tido atas sofa ni jer. Bantal kekabu memang sedap kan? Termometer tu memang standby duk sebelah Hazel time demam ni. Kalau suhu sampai 38darjah Celsius jer, terus ke spital laa jawapnya.
P/S : Kalau ada info pasal memaner warehouse sale yang menarik, bagitau naa. Maybe boleh email ke : kurtnie@yahoo.com. Thankss
Glued to Glee
Apa itu Glee?
A glee club is a musical group, historically of male voices but also of women’s or mixed voices, which traditionally specializes in the singing of short songs—glees—by trios or quartets. The first named Glee Club was founded in London, UK, in 1787.[1] Glee clubs were very popular in the UK from then until the mid 1850s but by then they were gradually being superseded by choral societies. By the mid-20th century, proper glee clubs were no longer common. However the term remained (and remains) in use, primarily for choirs found in Japanese and North American colleges and universities despite the fact that most American glee clubs are choruses in the standard sense and no longer perform glees. Glee in this context does not refer to the mood of the music or of its singers, but to a specific form of English part song popular between 1650 and 1900, the glee.
Wahahhaa.. mula mula berlagak. Eiii.. citer apa tajuk Glee geli gelimat ni? Serious rasa cam tak berapa nak berahi nak layan citer ni. Yelah, dulu layan Grey’s Anatomy, Ugly Betty, Heroes.. last last semua tu dah jadik citer merepek.
Grey’s Anatomy yang terlampau asek menarik tali. Letih lah.. Ugly Betty pulak lagi laa, bukan si Betty pun yang menarik. Rasa nak tonton receptionist tu jer lagi best. Betty tu macam dia jer terlampau bagus plak. Ntah apa apa.. Heroes plak, tah laa. Serabut dah rasa nak tgk.
Bila Glee ditayangkan, memang tak tgk 1st episode tu. Tak ingat pun nak tengok. Sekali, masuk 2nd episode layan la ngan dahling. Eh.. naik syiok plak tgk diorang nyanyi tu. (diorang nyanyi sendiri ke ek?) Menarik lah citer dia. Last last, awat tak hamek. Even yang rerun pun, still layan lagi. Naik berahi nih .. phewittt !
Paling menarik hati ialah si Finn Hudson. Nak letak gambo tapi apakan daya. Internet cam siput-sedut-separuh-lumpuh punyer laa slow. Giler lah. Tensi dah ni. Ni yang buat tak sabar nak balik rumahku syurgaku tu.
Tall, Awkward & Canadian
Dah berjaya letak. Wahahaha. Takder laa cam crush giler :@) ke apa kat dia ni cuma dalam citer ni dia cam baik baik. Takder laa cam nak geli geli ke bila tgk dia nyanyi feeling feeling. And lagi satu, cam besh laa pulak tgk muka dia yang cam tak berapa nak ada perasaan tu.
Lagi sorang pelakon yang besh nak tgk ialah si gay yang tak berapa nak gedik. Rileks jer dia ni. Si Kurt Hummel yang bersih dan tak berapa nak auw auw tp kiut.Lagi syiok time dia ni nyanyi sambil joget lagu Single Ladies time practice football tu. Haha.. so kiut.
Gay yang diterima..
All the songs dalam siri ni pun dinyanyikan sendiri oleh Glee casts. Hebat lah kalau gitu kan. And paling takleh dilupakan adalah
Glee di Star World (711 on ASTRO) setiap Wednesday selepas American Idol. Dan Ahad pada 1 pm.
P/S : Mana mau carik all the vlip ek? Dalam bentuk mp4. Nak buh dlm ipod so that sambil menetetkan Hazel, boleh joget joget nyanyi.
6 Days To Go.. woot woot !
Kejap jer tinggal lagi 6 days kan. 6 days before pulang ke pangkal jalan. 6 days nak start balik rutin yang dah lama ditinggalkan. 6 days lagi untuk kembali menempel di The Curve and IKANO. And 6 days lagi nak ke Ghulam.. wahaa. Tak sabar
Tapi sedih laa sebab 6 days lagi, no more layanan special from MIL. Cakap saja nak makan apa, mesti akan terlaksana. Nak kuar? Jangan risau pasal timing sebab jalan takkan jam teruk teruk cam kat KL. Arghh… Pacific yang sokmo ada sale tu. Ke Mc D utk beli prosperity burger yang sedap (tak macam kat KL. serius, tak tipu). Makan chakuih tepi Billion. Hhuhuhu.. sedih plak.
Mana lagi nak pikir pasal rumah. Plan nak tidurkan Hazel dalam bilik dia sendiri tapi memandangkan dia masih menyusu tengah malam 2-3 kali.. maybe pindahkan cot dia masuk bilik. Mandi jer dalam bilik air bilik dia tu. Sebab luas sket. Hurm.. stroller n car seat akan beli once dah balik KL. Nak beli rocker plak lepas ni. Maybe yg auto tu kan. Tekan butang… haaa.. we-will-rock-you lah selalu. Senang memi nak buat keje. Harapkan bibik ida ngoi tu.. huh !
Oh… SDII makin laris sangat. Sekali lagi iklan, cewah ! Sapa berminat turunkan berat badan sambil enjoy makan sila tinggalkan email kat comment tu eh. Nanti ai emailkan brochure tu.
P/S : Duk mikir, nak pakai apa naik flight nanti? Takkan pakai baju preggy aritu lagi? Huhuhu…
Ketagihan
Saya sedang mengalami bermacam jenis ketagihan. Agak kronik dan menjadik jadik jugak ketagihan ni. Bukan satu , dua jer tapi banyak. Boleh buat list pasal ketagihan ni semua. Ok la.. nak buat list lah.
- Ketagih nak ke warehouse sale : Kalau dulu bila ada book warehouse sale jer tapi lately duk mencarik warehouse sale yang jual barang baby ke, toys ke.. cewah. Cam gaya ibu mithali ni..
- Ketagihan nak main nintendo ds yang telah di sorok oleh dahling. Sedih.. me gonna miss u nds kut
- Ketagihan nak berscrapbooking. Tak sabar nyaa.. pregnancy punya scrapbook pun belum siap lagi ni. Huhuhu.. nak buat scrapbook si kacang lagi. Woww weee.. mesti bz. Maner nak carik org bleh ajar scrapbooking di rumah kiter ek?

Barang barang scrapbook yg masih tak banyak, berlambak lagi.
- Ketagihan ketara lapa nescafe. Yer laa.. time pregnant dah kene pantang. Minum white coffee pun kene pantang. Ni duk sini, takder nescafe lah plak. Bila dahling nak bawak g kopitiam mana mana ni. Nak belasah nescafe ais bodo !
- Ketagihan nasik lemak Ghulam. Ohhh nasik lemak. Sabar laaa menanti kepulanganku.

Nasik lemak Ghulam yg sedap..
- Ketagihan nak berexercise. Cewah.. selalu berapa lama lepas c-sect boleh start berexercise ek? At least jogging ka. berbasikal biru ker..

Nampak beskal biru kat tepi yang takdak angin tu? Oh ! Beskal biruku..
- Ketagihan nak ke The Curve/IKANO. Woohooo… Tak sabar nak ke sana tanpa mandi pagi. Wakakaka.. gua ok jer.
- Ketagihnyaaaa nak berhigh heel. Huhuu.. windu kat kasut hitamku. Bila pakai high heel, rasa seksi gitu. Nanti nak pakai high heel atas katil laaa.. ada berani ka dahling?

Kasut hitam fevretku. Takleh dipakai sebarangan kerana tinggi. Huhu
- Yang terakhir.. ketagihan teruk. Nak menggomol laki anak sendiri. Si kacang.. sedapnyaaaa dapat gomol hari hari. Ni dia duk tido. Satgi bangun.. wahahaha..nak menggomoliiiii

Hazel santai kat bahu dadda. Kiut
P/S : Biler nak buleh slim ni? Nak diet pun takleh.. exercise pun takleh. Exercise malam-malam boleh kurus kut?











http://farshidhanin.blogspot.com/2011/03/my-first-contest-contest-photo-anakku.html
http://ibzatech.com/


