Archive for the Category »Shopping «

Hari isnin, keluar bertiga. Bukan me, Hazel & dahling tau.. Me, Hazel & bibik. Purpose bawak bibik sebab nak mintak tlg dia lah.

Tak banyak sangat barang nak carik pun. Kasut Hazel, pastu handbag n kasut mak dia pulak. Eh, tu jer laa kut. So, buat keputusan park kat new wing jer la. Tengok kat Parkson jer laa. Round round, naik lif kat OU ni, Hazel ok. Sebab takdak suara pompuan tu kut? Terus carik kasut Hazel. Serius, memang takder langsung pilihan. Tah pa per jer.. nak carik dress pun cam tak cun jer. Turun bawah pulak. Tak jumpa kasut anak, carik kasut mak. Mula mula jumpa bag dulu. Tahun ni dah nekad, nak cream color. Ngam ngan baju raya cotton gua tu jer. Mula mula berkenan satu beg ni.. sebab sale kan.. jadik murah lah semua. Pastu KIV jer laa dulu. Nak g ekjas kasut pulak. Jumpa laaa sepasang yang rasanya ngam lah dengan baju kurung. Dah amek kasut, patah balik nak tgk bag, tiba tiba berkenan bag lain. Tengok harga, 400++. Wallaweh.. mahal laa. Rupanya ada 70% disc. Yahooo.. rasa nak joget tang tu jugak. Terus amek. Jadik murah ok. Puas hati gua.

Perjalanan diteruskan. Misi utama belum selesai. Nak carik kasut mek kecik tu. PLan nak carik kasut hitam. Senang. Lagipun takder kasut hitam yg cantek. Ada sekarang pun, kasut kiko yg getah tu jer. Mana cun pakai ngan baju skirt or kurung kan? G ke treehouse. Berkenan satu kasut ni tapi kotak kotak dan berbunga is a big no no. Mana masuk. So, semua kedai baby kitorang masuk. Last last masuk Osh Kosh n berkenan satu kasut ni. Putih berbunga pink. Tapi Hazel berkenan navy berbunga pink. Alahai.. kiutlah perangai Hazel ni. Gerammm..tapi takper. Setel dah kasut.

Oleh sebab kasut tu tak ngam dengan baju kurung, patah balik ke Treehouse n beli lah sepasang kasut soft pink ada reben. Kiutnyaaa.. Setel lagi satu hal. Eh, dah kira setel laa ni kan. Tiba tiba awal lagi nak ke pasar ramadhan so, ingat nak carik skirt/dress untuk Hazel. Ke old wing plak. Hurmm.. takder yang berkenan. Maybe nanti tengok kat Metrojaya jer la.

Enjoy eh belikan barang raya untuk anak. Bahagia jer rasa. Kalau boleh, semua nak belikan untuk Hazel. Nasib memi mu ini takder duit berkepuk kepuk dalam sarung kopek. Kalau tak, 10 pasang dah kut kasut raya Hazel.

Simpple simple jer. Semua murah and ada discount. Itu yang penting !

Bantal free :D

Rasa puas kan kalau membeli barang yang best dan murah. Bantak purple tu free. Kat OU jer. Kalau beli 150RM dalam satu resit, ada laa pilihan free gift untuk di redeem. Kalau Rm350 (kalau tak salah la), range hadiah dia lain pulak. Ada 3 tiers untuk range hadiah untuk di redeem. Kalau untuk those yang ada OneCard, dapat plak topup One Card. Untung jugak laaa kan. Paling sket RM5 untuk topup OneCard tu.

Memang dia berkenan sangat kasut pink ni.

Alalala.. kiut. Suka pink yer? Boleh gang ngan memi ok. Setel dah barangan untuk raya. Maybe nak beli 1 dress jer laa lagi. Yang lain, mak buatkan. Tima kasih mak.. i lef you :D

P/S : Cam lega dah. Sekarang, nak buat kuih raya pulak. Tak tau bila nak boleh buat sebab mek kecik ni asek laaa carik mak dia. Letak bawah kopek baru tau.. wakakakakak

Lepas berbuka tadi.. rileks jap.

Pukul 8.30 gitu, gua ngan Hazel ke The Curve. Yer… berdua duaan gitu. Mission :

  • Nak survey kasut raya Hazel
  • Nak survey kasut raya memi
  • Nak surve bag raya memi
  • Nak beli sippy cup Hazel
  • Nak beli ass wipes Hazel (wet tissues)
  • Nak beli Hado Labo memi
  • Nak beli apa apa yang boleh dibeli :P
  • Pick up stroller

Last last yang berjaya dibeli hanyalah sippy cup Hazel, ass wipes & tertiba terbeli botol susu kiut. Wahahahah. Memula mesti amek stroller dulu. Dengan niat, bila dah amek stroller boleh laaa ringan tangan sikit sebab nak letak baby ku itu dalam stroller. Harapan tinggal harapan :(

Dia punya bad mood ini hari.. perghhh ! Mula mula, anak dara gua tu memang kelakar. Everytime naik lif kat The Curve, for sure menanges punya. Main reason, dia takut suara pompuan tu kut. Bila pmpuan lif tu cakap “1st floor”, dia punya muka ada satu macam ketakutan. So, being a good mom (wakaa… sket perasan) gua pun angkat la n dukung. Sebelah tangan dukung n sebelah lagi tolak stroller. Mujur beli stroller ringan (7kg jer). Kalau beli stroller cam perancangan awal dulu (sampai 12 kg) tak ke biol?

Sebab Hazel ‘well behaved’ sangat arini, cume sempat ke Mothercare, First Few Years & ground floor Metrojaya jer. Plus, sempat laa 2 minit kat Watson. Memang penuh keimanan memi hari ni. Bersabar sangat. Sampai ke sudah dukung Hazel sebelah kiri, tolak stroller sebelah kanan. Barang lain semua campak masuk bakul stroller. Tapi, sempat laa memi round round survey kasut & handbag raya gitu. Wakakakaka…. tak kisah walaupun terpaksa bersusah payah. Sempat snap lagi tunjuk kat boss. Biasalah, bila ada banyak pilihan.. nak kena tanya orang punya pendapat pulak. Mempengaruhi keputusan sket. Baru boleh buat pilihan nak beli yang mana. Nak nak ada diskaun 50%. Syiok eh kalau beli time sale ni. Diskaun sokmo..

This year theme color cream/off white. Termasuk kasut n handbag. No more black. Nak carik wedges lah. Cream color.. mana ada murah murah eh? Takleh beli mahal mahal, nak pakai sekali sekala jer. Ingat nak kene g jugakla OU. Kut kut ada lagi menarik kut eh? Sekali nak carik kasut cek mek hazel ni haa. Kasut n handbag memi , dadda belanja.. kasut hazel memi belanja. Jimat sikit :D

This time, kitorang tukar selera sket. Beli MAM pulak. Baca review, banyak kata ‘baguih dok ada’. So nak try jugak la.

Sippy Cup Hazel .. rasa cam nak minum pakai cup ni jugak. Kiut

Botol susu yang terbaru. Katanya: The Best menyerupai ( . Y . )

Ni dua jer laaa beli pun. Dapat laaa 5% disc kat Mothercare. Kiut eh kaler pink. Semua kiut kiut lah. Ingat nak beli weaning bowl from Tommee Tippee tapi terlupa. Biasalah.. bulan posa. Makan tak cukup… so otak tak cukup oksigen. Sebab tu pelupa. (ke?)

Entry di akhiri dengan budak yang sejak dapat sippy cup, asek laaa minum air. Yo yo jer laaaa Hazel.

Budak yang syiok lebih. Minum air kosong pun rasa air strawberry sebab cup baru :p

P/S : Eh, sapa tau kat mana boleh bukak peti besi?

Related Posts with Thumbnails