Archive for the ‘Scrapbook’ Category
Menscrap
Hari tu a good fren of mine dah start bertudung. So, niat nak post sket gifts laa meraikan. Saja jer laaa.. dia dah banyak sangat bagi gifts for me n Hazel. Dari dulu lagi.. so apa salahnya kan.
Gifts gua post pun biasa jer.. malu plak kalau nak banding apa yang dia beri dulu. Harap dia memang sukalah. Cewah.. sopan kan?
Alang2 postkan barangan tu, tiba tiba teringin nak kasi card utk dia for being such a great fren. So, punggah sket kotak.. jumpa laaa alatan scrapbooking gua dulu. So, ada laa sket lagi barangan boleh diguna. Godek godek sket.. sempatlah siapkan ini for her :
Bila buat scrapbook ni, terus rasa rindu kat The Curve. Dulu, bila teringin.. terus g Papier kat sana. Senang.. sekarang, kalau tak cukup benda.. nganga jer la. Kena carik online.. tp tak best la sebab takleh belek. Takpe.. nanti gua masuk senarai “MESTI BELI DI KUALA LUMPUR -JULY 2011″. Cewahhh!!!
Sekarang, misi nak buat birthday card untuk abe gua pulak. Euwww.. cam tak kose plak sebut abe. Kut dengar kat laki gua, mesti terangkat angkat bahu menahan geli hati. Hahahaha..
Oh! MIL sudah book red velvet cake utk dinner besday kami berdua. Hihihi.. sendiri besday, sendiri buat. Kelazzzz ko maria
P/S : Bestnya kalau ada scrapbook punya kedai kat sini. Meh laa weh.. saper saper bukak..
Kejap jer dah 6 mths
Pejam celik , tidor makan.. tup tup kacang kecikku dah 6 mths dah. Kejap jer kan? Duk terbayang lagi masa masa nampak dia macam kacang time ultrasound dulu. Sekarang ni, dah besar dah. Kiut jer.. campur buas. Memang la belum merangkak lagi tapi kalau riba dia, ya rabbi.. terlentok liuk. Tu tak campur dia mengesot merata rata dah sekarang. Mujur sofa kat living hall tu rendah. Kalau tinggi, mesti dah duk bawah sofa dah. Sekarang ni kalau mengesot, boleh muat sebelah kaki/ tangan jer.
Time lepak dalam bilik memi pun dah takleh nak lepak atas katil dah. Risau weh.. kut terjatuh. Katil tu dah laa tinggi ya rabbi. Budak umur 4-5 tahun pun susah nak naik katil tu, kut kalau Hazel tergolek laa jatuh katil (nauzubillah ni!), takleh bayang lah ! Sekarang bila lepak dalam bilik, bentang toto depan katil. Lepak jer situ, golek golek sama sama sambil teman dadda buat keroje.
Kalau tak pun, baring baring layan tv kat bawah jer. Baby baring, memi online. Tapi setelah kejadian lipan menerpa keluar dari bawah kabinet tv, agak was was lah nak baring baring kat bawah. Tunggu orang Rentokil datang jumaat ni. Nak suruh spray kasi mati semua serangga berbisa. Aritu, abah nampak sarang tebuan kat luar pintu rumah. Ingat ke dah pindah ni, kurang lah serangga serangga seram ni. Rupanya ada lagi. Cess.. !!
Hari ni, Hazel tidur awal dari selalu. Pukul 11 pm tadi dah lena dah. Kalau selalu, memang dia tidur dah dari pukul 8 pm tu tapi nanti, every 1-2 hr mesti dia bangun. Main main dalam 2 hrs, tidur balik. Ulang sampai laaa lepas subuh, baru dia tidur lena sampai siang. Tak larat nak ekjas dah. Janji cukup jam tidur, ok kut eh?
This month, vaccination dia nak buat kat sini jer. Tak balik KB dah. Raya baru balik sana pulak. Kat sini, plannya nak buat di DSH tapi sapa tau paed kat situ? Nak kene buat appt dulu tak?
Baju raya Hazel dah g tempah. Mak tok bawak balik kain jugak nak buat simple dress. Raya tahun ni, memi n Hazel pakai baju raya sama. Hihihihi.. kain cotton bunga bunga gitu. Bestnyaaa.. tak sabar rasa nak bersedondon.Memi ingat nak buat rebonding lah raya ni. Wahahaha.. padahal rambut pun dah ala sipi sipi ni. Banyak sangat gugurnya. Eh, tudung raya pun dah siap beli ni. Cream color gitu.. tinggal hairband raya belum buat lagi. Adus, malas betul nak keluar rumah ni. Penyakit betul laaaaa….

Kecitnyaaaa kacang ku ini !
P/S : Dah 6 mths ni, digicam pulak screen rosak. Mana boleh hantar repair eh? Panasonic brand
Aper yang terbaru eh?
Hari ni lepak rumah. Lepas maghrib baru kuar. Takder mende nak beli dah except for kain batik. Wallaweh.. cam terer jer pakai kain batik kan? Hihihih..
Ke KB Mall. Round round, beli mittens & booties lagi, beli sepit rambut lah.. beli mende mende tah. Lalu depan Nespure ni.. dah lama tingin nak try bird’s nests. Ari ni, jenguk jenguk.. beli Stewed Bird’s Nest with Rock Sugar. Tak sabar betul nak layan.

Sarang Burung yang telah di stew dengan gula batu
Dia tak manis sangat lah. Good for those with asthma, yang batuk n tengah pregnant. Ader jugak yang di campur sea coconut. Rasa next time bleh try yang tu plak. Dia pun ada macam macam menu lah yang di masak di campur ngan bird’s nest ni. Tak pernah try laa plak : }
Untuk more info : NESPURE
Dah balik, FIL ada belikan something from Rantau Panjang plak. Bila masa dia g sana pun tak tau. Dia belikan jambu epal. Buatan siam lah. Cam pelik. Mempelam epal tau lah. Ni jambu epal plak.

Jambu epal yang dah di tokak. Wakakaka..
Kiut ek. Maafkanlah kesan tokak gigi 2 ketul tu. Gigi depan punyer bekas.. mak ngai. Dah cam gigi kuda yang tokak jambu tu. Ni buah jambu tau. Diorang buang kulit cantek cantek, n warna hijau. Takder rasa apa pun, cuma jambu dia memang manis n sedap sangat. Thanks dad !
Malam tadi ni plak, tengah elok main surf surf tenet.. bangun jer dari kerusi, kaki kana lembik tiba tiba. So, tak balance n terjatuh laa plak. Nasib dengan skill asek-jatuh-24-jam yang ada ni, bleh laaa jatuh doggy style. Cewah ! Punya beria nak elak hempap perut lah ni. Sakit lutut memang tak terkata sangat. Boleh plak kene marah ngan laki sendiri. Cesss… ingat orang suke suke nak jatuh ala doggy style ke? Tak sengaja laa.. mana nak bajet kaki bleh lembik tiba tiba plak. Huh!
Nasib laa dah berbaik semula. Baru ingat nak memboyot lari dari rumah. Balik KL semula… huhuhuh. Emosi lebih sekejap tadi. Ni dah ok. Dah dapat upah dah. Dia bawak g jalan jalan tgk kubur tengah malam tadi. Scary mary gua seround !

New layout
Di akhiri dengan layout baru. Cam takder keje kan? Memang pun .. wahahahah..
P/S : Senak perut dah ni. Adoi.. tak sabar nak check up on the 30th ni. Camner laaa dak Hazel tu duk dalam pewot ni ha..
Membunuh Masa Lapang
Duk kat KB ni, memang banyak betul laa masa lapang yang tak diperlukan. Tidur lebih dari cukup, nak kuar pun dah tak larat kalau hari hari. Makan pun dah di readykan oleh my dearest MIL. Mengemas memang tak laa. Tengok tv pun asek citer yang sama. Plan aritu nak bawak balik vcd jepun beberapa drama pun tak teringat. Adoi.. WDTV dahling pun dah nak abes tgk laa plak. Rindu nak berscrapbook pun ada ni.

Baru 5 pages jer pun :p
Ni antara yang terhasil aritu. Time rajin lah ni. Buat kecik jer 6×6. Kalau besar cam malas laa sket kut. I guess i’m a minimalist kut. Aritu, ingat nak bawak balik laaa segala tok nenet moyang barang yang diperlukan utk berscrapbook kat sini. Bila pikir balik, bukan sket. Photo printer memang wajib dah. Tak campur kotak kotak embelishments lagi. Perghhh.. serabut kalau bawak balik semua tu. Masak gua !
Boring boring aritu, teringin laa plak nak buat scrapbook. So, godek godek n ingat nak belajar digital scrapbooking lah plak. Pakai PSE 7.0 jer lah. Itu pun gagap gagap. Wahahahaa.. kesian kan? Malu nak mengaku pernah belajar IT. Siap berdegree bagai.. malu jer
Sapa yang terjebak dalam digital scrapbook ni? Mai laa ajar hamba yang tak berapa nak hina ni. Baru merangkak lagi ni. Penat duk mendownload macam macam ni. Sket jer baru.. bahan bahan yang ada pun. Dok download dari ShabbyPrincess ni. Buleh la setakat ni ada 3-4 layout dah. Syiok jugaklaaa bila dah siap. Ngeee ~~~

Yang ni time baru belajar. Maafkan lah topik layout yang agak perasan tak-bleh-blah tu
P/S : Sapa pandai guna Photoshop Elements 7.0 eh? Lagi, tolong rekemen buku buku citer yang menarik boleh tak? Boring takdak dah ni.. aiyarkkk..











http://farshidhanin.blogspot.com/2011/03/my-first-contest-contest-photo-anakku.html
http://ibzatech.com/


