Advert
Archives
Categories
Calendar
May 2012
M T W T F S S
« Apr    
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  
Instagrams
 

Archive for the ‘Pics’ Category

Berbaldu Merah gitu :D

Menjadik jugak laaa plan nak bake once a week. Tapi jumaat n sabtu.. gua bake 2 kek berturut turut.

Adalah penyebab  kerajinan yang janggal sekali tu adalah buttermilk yang menghampiri expiry date. :D Malam sebelum semalam pun dah bake Marble Cake. Plan asal malam tu nak buat si baldu merah tapi tepung takdak. Pakai tepung sket buat laa marble cake. Dark chocolate, gua ganti ngan baking chocolate sebab itu yang ada. And as expected lah.. manis cam makan coklat jugak lah!

Marble Cake pendek !

Cake marble ni pendek sebab pakai loyang besar. Hahahaha.. terbantut jer rupa tapi boleh tahan sedap lah. Wah wah.. saper nak puji lagi kalau bukan diri sendiri kan? Campak campak.. jadik kek. Yahoooo..

Bahan untuk Red Velvet pun dah beli jugak. Buttermilk beli di Tesco! Kat kedai bakery supply pun takder jual buttermilk. Aporaaaa.. lombap! So, tengah malam semalam, start bawak keluar bahan lah. Sekali si kacang menanges pulak. Mek tu satu hal laaa.. kalau tidur, taknak ngan bapak dia. Mak dia ni laaa jugak dia carik. Mak bau tengik pun.. dia suka.. cium cium. Sambil bancuh kek, layan lagu Awie. Syiok jugak.. hihhihi. Dalam buat banyak banyak kek, buat kek ni rasa nervous lah. Tak tau apa pasal.. mengada ngada kan..

Huduh sket lah.. ampun!

Dah potong sket untuk di ngap

Minum petang hari ini :D

Hahaha.. puas hati. Menjadik jugak! Sedikit comot lah topping tu sebab gua curah jer. Nak tidur cepat punya pasal. Pastu, taruk dalam peti untuk 2 jam. Sedap lah.. memang akan buat lagi. Cuma nak buat topping tu, bercinta sket. Mahal ya amat. Ni ada sket lagi balance.. besok bajet nak buat carrot cake. Saja nak mengisi masa lapang. Dah pass Red Velvet ni kat jiran tetangga tadi. Hihihi.. puas pulak rasa bagi kek kat jiran.

Eh eh.. ni dah lebih 1 cake seminggu. Wahaha.. terover cita cita dah ni :p

P/S : Resipi red velvet ni boleh di amek dari joyofbaking.com

Garden tersentot!

Aritu.. teringin lah bergardening. Biasa laaa.. asek duk kat dalam rumah jer. Mana nak berpeluh.. tak berpeluh, mana nak hilang lemak. Cewah..

Tepi rumah ni pulak, ada laa space tanah sket. Boleh laa nak bercucuk tanam. So, alang alang rumah MIL ku banyak pokok bunga, apa kata kita cilok baikkk punya? Hihi. Tak cilok laa.. MIL yang suggestkan suh amek pokok dia tu.

Garden separuh hati :p

Hahaha.. sedih kan? Yang japan roses tu banyak.. time ni belum susun proper lah. Pokok dalam pasu semua belas ehsan MIL. Ada lagi pokok nak di pow dari dia. Pokok rimbunan bunga kertas. Cantekkkk sangat. Ada jugak pokok betik, cili n pandan kat belakang. Tak snap pulak gambar.. ada sket malas. Wahahaha..

Cer teka .. cer teka

Betulkan cap dulu..

Mek ni perasan puteri lilin. Bila panas jer, tengok laa muka dia tu. Penuh rasa ketidakpuasan hati. Mungkin dalam hati dia ” memi ni nak dera orang ke? panas panas ni ajak berkebun? tak tau ke kulit hazel ni takleh kena panas.. tak suka tau!” Eleh… mengadalah hazel. Kena panas sket takleh.. panggang baru tau!

Anak raja jadik mandor!

Tengok. Macam macam bubuh.. nak suh dia duk diam dalam stroller. Siap air ribena tu. Bukan main lagi… orang lain berkebun, orang lain dahaga.. minum air tak berhenti. Huh!

P/S : Berkebun seminggu sekali… nak berpeluh hilangkan lemak konon. Bluwekkk diri sendiri :(

Cam Takder Keje..

Hari tu.. aiseh, tak ingat hari apa laa pulak tapi kira cam beberapa hari lepas lah, keluar ke Watsons. Cam syiok syiok laaa nak g Watsons depan Billion tu  sebab besar.

Hazel telah ku pass pada MIL. HIhihi..Happy lah ni pergi.. sebab bajet kalau besar, mesti macam macam ado kan? Sekali.. hatiku kecewa beb! Kecewa sangat sampai berkerut kerut dahi.. bergetar getar bibir.. berkemek kemek hidung (eh, bukan selalu pun kemek kah?) menahan kecewa. Takder barang sangat pun. Memang buang space jer semua tu.. rugi jer kedai besar.. barang apa pun tarak. So, memandangkan mil pun ada pesan ubat sket.. gua teruskan perjalanan ke KB Mall. Wahahahaa..

Ke KB Mall berseorangan amat terasa pelik. Yelah.. gua kan pengepit yang setia. Takder husband untukberkepit rasa weird. Mujur ada handbag.. hihi. Kepit handbag pun jadik jer. Eh.. dahling kata nak beli handbag lagi. Wahahaha… syioknya. This time boleh request kasut sekali tak?

Kali ni ke KB Mall, memang duk kat ground floor tu jer. Gi Watsons, then pergi Guardian n patah balik Watsons balik. Tu jer.. pastu pun balik. Cepat kan? Ntah laa.. rasa sket bersalah tinggalkan si kacang tu lama lama. Camner nak keroje ni? Tinggal 1 jam lebih pun gini eh? Haih..

Barang tak penting pun kan?

Hahha. Ni antara barang dibeli. Plaster tu memang kene beli sebab lately husband asek terluka. Cewah.. heel repair cream tu memang penting! Tapak ibu jari kaki cam terbelah belah kena pisau. Akibat sensitif pada mozek. Aduh.. terluka kakiku. So, pharmacist suh buh krim ni sekerap mungkin. Baiklah! Maybelline tu lipgloss yang miang miang teringin nak pakai. Bekas bulat besi tu plak body butter. Cam tak penting pun tapi alahai.. sekali sekala, tak salah kut eh.

Murah murah!

Kalau ada Watsons member card, boleh beli barang diatas dengan harga RM1.70 setiap satu dengan belian atas RM20. Bagus kan? Ada jugak barang lain yang korang boleh pilih. Kat kaunter tu dia susun..

My Moo Moo

Ni my moo moo. Lembut jer. Hazel takleh nampaj slipper ni. Dia usung bawak g merata. Korek korek mata lah.. tarik telinga lah. Macam macam. Ingat nak belikan untuk dia sekali, tapi takder yang comel la plak. Kaler biru jer ada.. mana sesuai. Anak dara i suka pink ok..hihi

P/S : Teringin nak layan Ani Sup Utara. Saper mau join?

Port Exercise – Cewah!

Petang semalam (monday), husband ajak keluar. Suruh siap cepat.. e’eh. Tiba tiba jer laaa.. terkejut kejap tapi memang terus siap lah. Hihihi.. nak pakaikan Hazel kasut baru. Actually beli untuk raya tp time tu kaki mek kacang ni halus sangat. Skang baru muat.. hihih..

So, siap siap ala ala kadar jer. No bedak.. nothing lah. Lalu jalan jalan yang tak pernah lalu pulak. Haih.. serem ai. Tak lah.. nak seram apa naik kete ngan husband n anak sendiri. Kalau berdua ngan husband.. lagi laa. Serem serem miang.. wakakakak.. adventure gitu. Rupanya dahlingku bawak ke Taman Tengku Anis tu ha. Duk ingat taman tu dalam town. Rupanya.. jauh dari town.

Taman Tengku Anis

Memang ramai orang. Tak sangka lah sebab bukan hari minggu. Baru laa nampak orang orang KB berexercise. Aritu ada jugak tanya dahling, mana nak jogging? Saja laa.. kut teringin nak jogging. Area sini takleh.. satgi orang kg pakat tenung ai.. malu lah. Kalau tak malu, takut terperasaan pulak. Lagi haru.. !

Aloo cik rusa. Buat per tu?

Ada rusa rusa jugak. Ramai lah.. bapak rusa ada, mak rusa ada.. anty rusa ada.. baby rusa pun ada. Suka Hazel tengok rusa. Tak takut pulak tu. Bagus.. jadilah pencinta haiwan anak oi. Bersih jugak tempat rusa ni tau.. tak busuk pun.

Macam nak terbang :p

Time ni nak bawak dia g dekat ngan mak rusa. Besar tu.. tapi hihihi.. memi takut! Macam serem sebab rusa tu besar. Ntah laa.. takut kang dia kunyah tangan ke.. eii.. Tu yang jadik gitu gambar tu :D

Ni paling dekat..

Rusa tu kan.. duk sua muncung dia. Dia suka jilat kotak tu. Hazel berdiri dalam kotak tu.. hihi. Berani pulak tu.. tapi bila rusa tu jilat n berbunyik, Hazel cam ada sket terkecut badan. Takut laa tu .. hihihi..

Ni laa rusa kawan baru mek kacangku!

Tatihhhh.. tatihhhh

Mak mithali ni. Penuh semangat ok nak suh dia bertatih tapi being ‘Hazel’.. mesti dia nak duk bersila tengah jalan tu. Haih laaa.. Bila nak bertatih ni Hazel ? Buleh kita beli kasut baru :D

Waterworld kecik : )

Ni ada waterworld jugak tapi time sampai semalam tutup. Tak tau berfungsi lagi ke tak tapi bersih. Tak semenarik Splash lah.. Kolam pun memang untuk budak budak ni. Cetek sangat. Sampai buku lali jer kut? Bayaran masuk ikut jam. Ada ke patut? Tak sesuai langsung :/

Kecik jer taman ni tapi menarik. Macam macam ada. Semalam.. ada jugak orang main bola sepak. Budak budak main kat playground. Orang berjogging memang ramai. Ok laaa taman ni. Bagus bagus. Depan taman ni katanya nanti nak bukak Queenspark. Tak sure bila. Bangunan dah dibuka. Project Tengku Faris Petra ni. Ada bowling, pool.. macam  macam lah tempat mainan nanti. Tak sabar betul !

Tata Taman !

Abes round.. berpeluh jugak. Syiok lah taman ni.. sure will come back later !

P/S : Hazel dah boleh buat flying kiss dengan ‘muah’ sekali. Cemerlang! I lef u..

Related Posts with Thumbnails
Penziarah
My Store
Mari Berpipit
kakakdegil.fm
NetworkedBlogs