Archive for the ‘Pics’ Category
Cuti Sakan
Last week, Hazel kena demam. Kejap panas, kejap tu selsema pulak. Dah baik demam.. dia berkahak pulak. Dr advised cuti sampai betul betul sembuh. So, duk rumah jer laaa mek tu. 
Ni cuti raya cina pulak kan.. 29th nanti baru bukak sekolah. Raya sakan laaa mektot tu. Tido pun lewat. Risau jer nanti.. kut bukak sekolah ni balik, dia cry dalam kelas lagi. Harap2 ok la kut. Next year memang nak tukar sekolah lah. Maybe smart reader depan rumah ni kut. Bukan apa, kalau kinderland kat tempat lain mungkin ok. Sini sebab kinderland ni banyak chinese, dlm kelas teacher lebih byk cakap cina dari english. Anak gua ternganga jer. Lagu untuk aktiviti joget pun lagu cina. Aiyaaaa… mana muleh jadi. Cuma ok laaa.. antar sekolah untuk bersosial dgn rakan sebaya. Dong dong cheng pun ok ajo!
Oh, mek tot ni makin banyak mulut. Ringan laaa mulut dia tu. Macam bertih jagung. Kadang2 nyanyi sorang2, kadang2 ajuk apa tv cakap, paling tak tahan kadang2 dia ajuk apa kita marah dia. Sabar jer … time betul punya marah, kalau dia ajuk.. haha… kene tempik sedas. Kesian plak. Terkebil 5 saat sebelum meraung. Lasak pun boleh tahan.. semua nak panjat. Tadi petang dia panjat tempat telefon tu. Siap duduk ayun kaki kat atas tu. Tau tau nanges sebab tak reti nak turun. Padan mukaaaa.. hahhaa..
Tadi pulak, masa dia tgk Mickey Mouse Clubhouse tu, memang kelakar lah. Bila mickey mouse tu tanya something, dia pun sibuk laaa jawap.. yessss… nooooo. Memang kiut jer tgk. Paling tak tahan.. mickey mouse ajar pasal color. Red, yellow, blue.. dia pun ikut. Yek, yeyyo, pim. Aiyaaaa.. suka ati dia ganti blue tu jadi pink. Pastu dok laaa ulang tu. Yed yeyyo pim. Takper laa anak. Pim dgn blue tu pun bukan jauh beza sangat. :P
Petang tadi, bgn dari nap terus senyum. Gua pun ajak.. jom g rumah mamiwan (dia panggil mimima) tp lepas memi makan nasik. Yer, gua makan nasik pukul 6 ptg. Hahahah.. so, sementara gua makan nasik tu, dia pun layan la mickey mouse clubhouse tu. Tau tau, eh… sunyinya. Takde sore nyanyi2 or jawap yesss noooo. Tgk2.. alaaa.. dah terlentok. Kesian… Lepas 1/2 jam, dia pun tukar posisi terkangkang sambil mulut nganga. Hahahaha!
Eh, dia pun dah pandai demand. Nak pakai tetium eyyo titi (perfume hello kitty). Huhu….
P/S : Harap2 ada rejeki.. boleh laaa gua buat keje sambilan. Heheheh.. kalau jadi, sila beri sokongan ya!
Freeeee
Saper tak suka barang free kan? Selalu orang kata “huduhnya design LV yang tu, bagi free pun taknak” Eh, tak bijak laa tu. Kalau taknak pakai pun, dah free.. amek jer la. Hahahah.. jual… dapat duit!
Tapi ini bukan pasal LV, LU or L apa apa lah. Ni pasal Thermos Snack Jar. Hari tu dpat sms bagitau beli 3 tin Mamil Gold 1.6kg akan dapat Thermos ni lah. So, alang-alang Hazel dah minum Mamil Gold ni, apa salahnya beli tin terus kan? Selalu beli kotak jer. Tak pernah plak beli yang tin ni. Yelah, mek tu pun baru jer tukar susu ni. Aritu susu tanpa gula tu ha. Dah lama-lama asek terkincit plak. Lepas minum mesti kincit. Try tukar Mamil Gold sebab ada reader tinggal komen kata bagus. Ingat nak try Friso tp masa nak beli tu, abes la pulak. So, amik Mamil Gold n lepas gua ekjas ekjas sket, ok laa.. dapat diterima oleh tuan puteri mek kacang tu.
So, semalam pergi la ke Tesco lepas lunch dengan kekasih hati dan anak. Cewah! Beli sket jer barang. Eh, bukan semalam. Khamis. Beli 3 tin Mamil Gold tu. Bapak laaa mahal betul. Haih. Mujur anak layan n serasi. No more terkincit tak mengira masa dan masa yang sama selera makan bertambah. Ini yang kita mahu kan emak emak sekelian? Sekali masa nak bayar, free gift tu belum sampai. Makanya kami meninggalkan nama dan kontek number juga no. receipt utk reference. Once stock sampai, mereka akan call.
Semalam, diorang call bagitau benda dah sampai. Yahooo… tapi memandangkan hari Jumaat. Hari dimana seluruh pelusuk kota bharu punya rakyat jelata keluar ke town, hasrat ke Tesco mesti diabaikan. Tak rela bersesak weh. Tengahari tadi baru gi. Mujur la tak ramai sangat rakyat jelata. Hazel pun lately dah layan duk dalam stroller. Bagus! Terus g customer service counter n tunjuk receipt. Masa dia call tu, gua dah bagitau.. gua nak pink punya. Tadi tgk.. ok cun. Pink yaa aaaa aauwww !


Ok laa kan. Cun jugak ye tak? Siap ada sudu kecik tu. Kiut jer. Rasa memang ok sangat dah. Siap boss suh beli lagi 3 tin, nak lagi menda alah ni tapi dia ingat ada anak kembar 4 ke dalam rumah ni nak minum susu banyak2. Hihi. Tgk la.. kalau sempat, boleh beli lagi. Dia ada dua kaler, pink and blue. Only at Tesco tau. Tempat lain kalau beli 40 tin pun, takde Thermos free ni. Harap maklum. Jangan pulak pi kedai maniam beli 3 tin mamil gold ni, pastu mengamuk nak thermos ni.

Inilah tuan puteri mek kacang. Dia memang pantang nampak kamera atau henpon berkamera. Hihi. Mula laaa dia buat posing2 yang tah mana dia belajar. Suka betul tgk gambar2 ni. Happy jer mukanya. Bila Hazel happy, memi punya happy gandaan infinite. Tak terkata. Kiss kiss hug hug cayang cayang memi
Dari segi pose2 tu, disyaki mungkin belajar dari k-pop countdown tu. Bukan main syiok dia layan.. siap nyanyi n joget bersama2. Tapi … jangan sekali-kali jadik fanatik ‘k-popper’ tahu? Jangan mengugut orang dan jangan nak sibuk sibuk pertahankan Korea. Dah kuat sangat ke nak pertahankan Korea tu? Siap konspirasi nak jatuhkan K-pop? Mana punya pahaman laaa diorang ni. Eh, tershashul pulak. I’m sorry…
P/S : Tapi balik rumah tadi, kene bebel 4 round. Bila gua marah je, dia cakap “babai memi” Boleh gitu?
Kawan gaduh di masa lapang :p
Hahaha.. hari hari bergaduh. Hebat kan?
Saper lagi kawan bergaduh gua kalau bukan si kacang kenit tu. Hari hari mesti bergaduh. Pastu masing2 pujuk masing2. Gua pujuk dia bila dia nanges.. atau dia pujuk gua bila gua bengang asek kena pukul dengan dia. Hahaha. Bestkan?
Tengahari tadi, fil datang rumah. Sebab depan rumah tu dia suruh orang buh tar semula untuk kaver lobang lobang. Bila datang rumah, yang suka.. si kenit tu la. Tup tup, tokdy tanya Hazel “wanna come to mummywan’s house?” Apo laie…. si gedik tu kan pantang dengar nama nenek dia. Menggeletis ko atas high chair tu.
Terus basuh tangan (oh, time tu tengah lunch) … pastu gua salinkan baju dia. Siap tu, gua masuk bilik salin baju. Bila keluar bilik, boleh tak.. Hazel tu amek kasut n stokin dia.. bagi tak tokdy dia suruh pakaikan. Hahahahah… kiut! Yang tokdy tak tau nak bagi pakai stokin .. terkial kial jer. Pastu, gua siapkan bag hello kitty dia, buh botol n susu. Laju jer dia amek bag tu, sangkut kat tangan, tunggu kat depan pintu rumah sambil cakap babai. Ewa ewiii.. bukan main laju jer kan.
Siap berpayung haaaa nak masuk kereta sebab kereta tokdy kat luar gate. Alah alah… puteri lilin betul la. Tapi tak sampai 10min, Hazel pergi… gua sayuuuuu… Sunyi betul rasa rumah. Siap gua terdengar dengar sore Hazel merengek. Isykkk.. siap sedih ha. Padahal, masa budak kecik tu ada, asek laa bergaduh. Sampai cakap kat dahling… “sedih laaa hazel takda, cam nak nanges”. Dia jawap simple jer “aik? pulak daaah..”
1st time Hazel kena amek dari rumah ni. Selalu gua g antar rumah nenet dia n terus keluar sekejap beli barang. Tak terasa sangat sebab bz beli barang kat Tesco lah, Mydin lah. Ini, gua yang kena tinggal.. sob sob… Petang tu. berdesup gua g rumah nenet dia. Hihihi, amek Hazel bawak pi kedai roti

Budak happy everytime kuar rumah

Kadang2, dia suka buat muka 'bubur nasi'

With her fav. topi, ni dia yang pakai sendiri.. hihi.
Bila tgk balik, haih.. dah besar. Dah boleh minta air “nak air” sekarang. Oh.. dia dah boleh cakap. Sekarang pun dah pandai macam macam. Sekarang, anggota badan pun semua dah kenal termasuk buntuit. Hahaha. Pantang nampak makanan jatuh bawah meja.. bising jer “dirrrty.. dirrrrty”. Macam macam dia sebut dah. Tu tak campur menyanyi dalam keta bila duk kat seat tu sorang sorang. Oh.. paling kiut..

Yaa ampunn, apo terkangkang kepala lutuit tu?
Hahaha. Everytime gua semayang, dia akan naik atas sejadah, or nyuruk bawah telekung. So, aritu masa jalan jalan kat pasar depan Parkson tu, jumpa sejadah kecik ni. Terus beli.. kaler pun dia yang pilih ni. Happy laaa mek ni siap peluk plastik berisi sejadah sepanjang jalan. Ni time ni gua dah sudah semayang.. dia duk sujud sambil mulut bisik bisik kumat kamit. Sebab dia tgk orang semayang mulut kumat kamit.. dia pun tiru. Tapi tang kepala lutuit tu.. amboi! Besaq weh kangkang tu..
Oh! HIDUNG KIUT TU TRADEMARK (untuk korang percaya kata dia tu anak gua.. hahhaah). Satgi ikut hidung dadda dia, takdak persamaan langsung lah ngan mak dia ni. Kut orang tak percaya kata anak sendiri laa plak nanti.. kui kui kui
P/S : Manja dia makin menjadi jadi tapi takper laa anak. Manja manja laa selalu. Nanti besar, pun manja manja lagi ya..
Harijadi yang tertangguh :p
Hahaha.. bukan ada apa pun. Kami sambut ala ala kadar jer. Oleh sebab dahling – 15 Jun n gua 18 Jun, maka.. kitorang disambut birthday dinner pada 17 Jun. Konon2 tengah tengah laa tu. Eh, dah 4 thn sambut besday gini. Sejak kawen laaa kiranya

Ni masa birthday dinner kat rumah mertua.
Lauk adalah masakan mil. Terima kasih mum! Gua laki bini n anak cuma bawak diri. Heheheh.. sebab besday girl n boy. Rileks sudah
Layan layan makan.. ada jugak choc cake from sil. Menu malam tu.. simple jer. Colek ayam.. pastu ada pulut kuning, sayur campur, pastu apa eh.. dah tak ingat. Hehehehe.. dapat laa hadiah hadiah. Semua orang pakai bagi angpow, kjue bagi scarf 3 helai yang mana saya sangat suka!

Kek kek!
Budak kecik tu tangan dia laju. Dalam kita duk perati tu.. dia g colek sket coklat tu masuk mulut. Bukan main lagi.. malam tu terlebih gula dia. Pusing lari satu rumah.. balik ngigau sampai demam panas. Tu laaa.. terlebih gula sangat… Dia main non-stop dari pukul 6 ptg tu sampai 10.30 malam. Memang tak stop langsung. Arnab Energizer pun kalah..

Hazel with her abe akey
Ni laaa geng Hazel. Walaupun nun jauh dia Dsara, tapi everytime abe akey balik, di ngekornya mamat tu sampai ke dalam bilik. Hahahahah.. kedingnyaaa kaki anakku itu.

Me n my new scarf :D

My fav pic
Ni laa one of the scarf yang sil gua hadiahkan. Tak pernah pakai chiffon, ni 1st time tp cam best plak. Kepala rasa ringan.. malam tu, me, hazel n husband pakai black n grey. Dinner kat Restoren Chiang Mai jer. Sedap sedap n murah murah jer..
Itu jer laaa our birthday celebration this year. Habis dah.. besday Hazel dah sambut, besday me n dahling pun dah. Next mth ni turun kl pun sebab nak sambut besday sil plak. Mama si abe akey. Sempat laaa meronda carik barang2 utk raya terus. Wah, macam tak sambut posa pulak eh. Mujur puasa ganti dah setel… teman sekali mil ganti posa aritu. 1st time ganti posa awal awal. Selalu dah nak sambut posa lagi sekali, baru gelabah kura nak ganti. Harap2 posa this year penuh laa kut. Cewahhh…
Apa pun, syukur pada Tuhan sebab panjangkan lagi usia ni. Insyallah, akan digunakan sehabis baik..
P/S : Kadang2 tak sedar pun dah berusia.. duk ingat masih remaja lagi. Hahahahahaha… tgk Hazama pun cam syiok. Wakaaaaaa wikiiiiiii











http://farshidhanin.blogspot.com/2011/03/my-first-contest-contest-photo-anakku.html
http://ibzatech.com/


