Archive for the ‘Membuyung’ Category
Rasa cam complete tapi cam tak sure, so camner?
Jumaat ni dah ngam ngam 9 bulan. Maner tak nervous. Baju baju lil Hazel kiter tu dah siap di cuci n di lipat pun. Thanks to my MIL yang tolong cucikan. Pakai sabun Tollyjoy. Alololoooo.. kiut betul bau baju tu. Sebelum lipat, mesti cium sehelai sehelai baju tu semua. Gerammm jer !
Dah dah nak dekat due date ni, mula dah start mengemas apa yang patut. Baju baju kemas dlm basket. Toilettries baby pun letak dlm bekas asing. Setel dah bab tu. Baby cot, bedding set semua dah ok. Maybe blanket nak kene carik lagi satu kut. Yang ada sekarang pun sehelai jer. Maner cukup kan? Thinking to buy Huggies new born untuk baby. Any comment kah ?
My Hospital Bag :
- My top – 1x
- Sweater – 1x
- Pant – 1x
- Disposable Panties
- Maternity Pad
- Socks – 2x
- Face towel – 1x
- Toiletries (hair brush, cotton bud, lip balm, tooth brush & paste, face wash)
- Bra – 1x
- Disposable Breast Pad
- Jumpsuit – 1x
- Bodysuit – 2x
- Booties & Mittens – 1 pair
- Diapers
- Receiving Blanket -1x
- Hooded Blanket – 1x (belum carik lagi ni !)
- Hat – 1x
- Wet Wipes – 1x
- Baby Barut – 1x
- Baby Face Towel
Dada’s Bag
- Videocam
- Camera
- Internet Tablet/ Laptop
- Polo Tee (for him)
- Small Towel
- Toiletries Bag
Anything else kah yang tertinggal? Please let me know eh? Dah pack dah hospital bag tu tapi takut gak kut kut ada yang tertinggal. Bleh laaa sumbat masuk jer lagi. Bagitau eh kut ada yang tertinggal..
P/S : Tadi time nak kuar kete, dahling sebut “come, my dear gelembung”. Cam kiut kiut tapi kejam kan?
Next month jer
Kejap jer rasa ek. Pejam celik pejam dah tinggal berapa hari jer. Aritu g check dr pun, dr bagitau start dari 25hb ni, kut kut kalau sakit nak bersalin, memang dah ok dah. Pheww… terus nervous satu badan.
Memang rasa tak sabar sangat lately. Nak nak biler penderitaan sakit belakang dan dada muncul tiba tiba. Aritu, time lepak kopitiam. Tup tup sakit dia cam tak bleh nak describe. Sakit sangat sampai berkaca mata ni. Dahling pun cuak cuak siap suh masuk kete dulu.. Tapi sakitnya tak lama. 5-10 minit jer. Pastu ok laa sket. Tak campur lagi kencing setiap minit. Perghhh.. mencabar kesabaran yang ni. Nak nak time kat luar. Malas nak kencin kat public toilet. Kadang kadang, nak kencing punya pasal… laju laju dahlin bawak kete. Kensel semua plan.. balik umah. Wakaakaka…
Start bangun tidur semalam, hidung start pedih .. tekak pun cam berpasir. Apa lagi, pregnant ni nak makan ubat pun takleh sebarangan kan. Nak nak cam kes gua ni, kene lebih hati hati. Cara paling mudah, lebihkan minum Alpha Lipid lah. 3 scoop terus start dari semalam. Alhamdulillah, demam pun tak teruk.. tak sempat selsema n suhu badan pun makin turun. Ni pakai plak Kool Fever kat dahi tu. Perghh.. nikmat betul rasa. Disyaki sebab cuaca tak menentu ni. Siang memang panas sangat, malam sejuk n hujan plak. Awat yang tak demam…
Ni pun baru balik dari Pantai Timur. Ingat nak g dekat dekat tapi saja laa. Nak jalan jalan sebab rasa cam cergas sket dari siang tadi. Round round jer. Beli medicated powder Pureen tu n Dutch Lady Strawberry.

Layan ni. Gerenti memang besh sangat :D
Ni laaa sebab utama beli selalu Dutch Lady Strawberry. Nak minum Alpha Lipid gitu saja kadang kadang tak tertelan jugak. So, lepas buat eksperimen, yang ni the best. Memang layan sangat. Lagi sedap dari strawberry shake kat MekD. Buat sesapa yang consume Alpha Lipid, try laa. Sesapa yang belum try Alpha Lipid, sila try. Mostly, for those yang pregnant lah.
Sambung ke bab membeli belian belahan. Sekarang tengah sibuk mengemas my hospital bag. 1 for baby & 1 for me. Yesh, ada dua beg lah. Tamak kan? Wahahaha… Yang memeningkan kepala yang memang tengah pening ni, apa yang sepatutnya ada dlm Hospital Bag tu eh? The quantity? The most important thing to bring? Confused ni.. tolong ya!
Ari ni perut agak kecik. Maybe sebab my selera makan tak bagus today. Nasik pun separuh saja plus tak makan malam. Makan kacang rebus jer and seketul kuih pau. Adus, mulut pahit sangat ni. Jap lagi mesti consume Alpha Lipid lagi. Tak sanggup badan gini lah. Banyak mende nak kene setel lagi ni.
My next check up is on the 30th. Harap harap berat Hazel bertambah n makin sihat.
P/S : Cam tak sabar sangat nak suh lil Hazel kuar. Tapi hopefully, by the time dia nak kuar, dia sihat lah. Taknak kene kene tahan kat spital
Letih yang membahagiakan
Hari Rabu tu, ada check up dengan Dr Awang. Banyak dugaan betul. Mula mula sampai, kata Dr ada c-sect pukul 4 pm. So, sempat.. tup tup asst suh g mana mana dulu sebab emergency plak operation tu. So, kuar dulu… terus ke KB Mall. Maner lagi nak g kan? Hehehehe..
Beli apa yang patut termasuk laaa laundry wash utk baju baju Lil Hazel. Yelah, takut gak laa kan. Tak teringat nak basuh ke apa ke. Dah siap membeli tu, dapat call.. Dr suh datang pukul 5 pm. Hait… tak sabar nak tgk progress Lil Hazel ni. Pukul 5 pm pun sampai.. still kene tunggu. Phewww.. letih jugaklah. Dahlin siap buat buat kelakar.. berkawad bagai. Saiko gak laki gua ni rupanya.
Jumpa dr, naik penimbang.. nah haiii.. Awat tak terkejut dr. Dua kali dia suh naik penimbang. Dalam sebulan naik +- 5 kg. Giler kan? Memang pun. Asek makan sedap jer. Mana tak naik .. wakaa.. Scan pulak. Alhamdulillah ya Tuhan. Semuanya baik. .Baby punyer growth pun normal. Dah 2.2 kg dah. Bulat jer perutnya. Siap menguwek nguwek tangan tu. Geram jer tengok. Tak dapat nak cakap gembira camner dah. Sangat sangat gembira lah. Happy happy joy joy !
Nesting instinct dah started to kick in. Balik tu, punggah semua baju/blanket/towel and buang tags. Asingkat jugak… sekali check tgk, bakpo banyak sangat mittens/booties ni. Hihihi.. nasib beli murah murah jer.

Lil Hazel punya barang tengah di asingkan.
Bila dalam packaging, tak perasan dah banyak baju cik kacang ni. Sekali, bila dah di punggah ni…. mak ngai. Buleh tahan laa. Ader jugak skirt kiut belian dada. Alololoooo… mesti kiut pakai pampers pastu tonggek tonggek pakai skirt. Gerammmm siap siap lah !
Dah setel masuk bakul utk di basuh… eh, belilah Tollyjoy punyer laundry wash. Bau kiut sangat ! Ok ok, dah setel.. dahling dengan baik dan penuh murah hati ajak kuar. Jalan jalan cari soru.

Makan makan di Restoran Shafie.
Layan makan makan kat restoran shafie plak. Yummyyy.. maknaan dia cam bleh tahan sedap lah. Kitorang layan tomyam ayam, daging masak merah, siakap sweet n sour n telur dadar. Memang besh masakan dia. Siakap jer laaa lain macam sket. Sedap yg lain dari selalu dimakan. Murah pun murah ni. Teka berapa? Sapa paling hampir.. dia budak paling terer
Oh, dr pesan, start dari krismas ni kalau ada rasa sakit sakit/ tanda tanda nak bersalin… dah bleh ke spital terus n terus deliver baby. Tak perlu tunggu tunggu. Perghhh… terus nervous to the tulang tongkeng. Tak lama dah tu. Mak nervous nak !
P/S : Minyak selusuh dah start di telan. 1 sudu teh sehari. Nyummm… :/
For 2 months.
Masak gua… tinggalkan rumah for 2 months. Huhuhu…

Cam sket jer eh utk 2 bulan?
Ada kotak kecik seketul, bag merah tu, bag laptop and bag ff tu jer. Barang baby dah selamat di hantar time balik last month. Lega jugaklah..
Tutup apa yang patut. Simpan beskal biru dlm rumah. Visit pokok betik dan 6 bijik buahnya. Subur kan? Tup tup time nak simpan my Satria Perkasa Kelabu, bateri buat hal plak. Mujur en halim dan krew pantas bertindak. Tukar bateri sekejapan.. foc. Bangga betul nih. PC dahlin plak buat hal jugak. Dah off, dia restart sendiri.. pastu bunyi toot toot toot. terus mamposss.. tak hidup kembali. Siyan ke dahlin kachak. Termenung kejap.
Nak buat hiburan tadi pun cam tak sempat dah. Kalau tak, bleh ai belai belai mesra… senangkan hati lu kan?
Dah sampai ngan selamat ke KB petang tadi. Naik flight pun takder karenah apa apa lah. Isi borang siap siap n passkan surat dr time check in. Setel dah.. so tunggu nak naik jer la. Cuaca pun Alhamdulillah elok sangat. Walaupun, ada budak menjerit jerit “tolong.. nak susu” berulang kali.. kuat kuat plak tu.. kitorang bleh jugak laaa lena 10-20 minit. Thanks jugak to bantal baby kaler hijau tapi nama Blue Bear pemberian mak. Selesa tidur dlm flight tadi walaupun seat dia ngam ngam bontoit penuh jambanku ini.
Sampai jer, PIL dah ada. Terus balik rumah lah. Petang tadi jugak, MIL buatkan cekodok pisang. Menantu dia ni kan ala ala anak tarzan. Asek suka pisang jer.. Malam plak, dinner makaroni sardin. Sedap betul. Nyummm..
Besok ada check up kat Perdana. Harapannya agar semua selamatlah. No complications apa apa ke. Doa doakan eh. Untuk penutup citer asal boleh arinih, nikmati pemandangan colek dan ayaq menet yang di layan kat PCB malam tadi.

Colek sedap bersama ayaq menet dan tangan kachak.
P/S : Panas membara lah kat KB ni. Pasang aircond pun rasa tak sedap. Ke sebab dah gomuk ek? Perut pun dah besar.. rasa kiut plak. Cam belon berjalan..









http://ibzatech.com/
MumsLuvBaby


