Archive for the ‘Membuyung’ Category
My Crown Jewels
Sambungan lagi. Dah dioperate lah kiranya kan. No dahling husband di sisi. Punah segala impian.. huhu. Tapi syukur sangat sebab semuanya selamat.
Sedar sedar, masih di OT. Ada dr sedang berbaring di sofa, ada nurse sedang mengemas apa ntah. Datang my Dr Awang. Tanya soklan sket sket n bagitau kata baby selamat. Dah di bawa ke nursery. Alhamdulillah. Tak tau maner perginya air mata. Maybe sebab masih mamai dibius kut, so nak sengih or menanges kegembiraan pun tak mampu. Di sorong masuk ke bilik. Ada my SIL n dahling husband. Masih mamai rasanya sebab dahling citer gua asik tanya soklan yang sama berkali kali kat my SIL. Kelakar jer… Nak minum tak boleh lagi so dahling basahkan tuala n lap bibir jer.

Me with Hazel
Tengah malam tu, 2 org nurse datang tolong mandikan gua pulak. Mekasih cik nurse. Siap bersabun. Sambil tu gua baring jer atas katil. Rasa cam queen plak… dimandikan dayang dayang. Hazel pulak dah dibawa ke nursery. Kalau nak, diorang antarkan. Kalau baby nak kene tukar diaper/susu, diorang bawak ke nursery. Baju yang dibawa pun cuma guna sepasang jer. Diaper pun diorang kasik satu pek. 2 hari jugak laa duk terbaring jer atas katil tu. Minum, tidor, tengok tv. Kesian kat dahling lah sebab malam 1st tu, dia tidur atas toto jer. Sejuk kut, malam kedua tu tidur atas sofa tu plak. Nak amek katil extra, dia takmo plak.
12 Jan baru kitorang bleh kuar ward. Lega sangat. Dah boring duk terbaring sambil dicucuk tangan tak bleh nak bergerak ke mana mana. Nak beramas mesra ngan laki pun seksa. Fuh !

Hari nak pulang ke rumah. Main jeling jeling jer
Time ni jer baru pakai baju yang dibawa. Tengahari tu dah bleh balik. Dahling n Parents in law datang bersama. Nak mengemas barang lagi. Baby di bawa dlm bassinet spital sampai ke kete oleh nurse. Me of course lah atas wheel chair lagi.
Alhamdulillah sangat. Semuanya berjalan lancar walaupun tak seperti yang dirancangkan. As long baby sihat and cukup sifat.. rasa bersyukur sangat. Cam tak sangka.. after 3 years kenal, kawen… after 3 years kawen.. now we have our own crown jewels in our life. Apa lagi akan datang dlm the next 3 years ek?
P/S : Lagi 16 hari to go. Tak sabarnyaaa… lepas tu, merdekaaa !!!
Menanti Si Kekacang Ku

Time ni kat labour room. Sengih lagi :D
Sambungan dari yang aritu. Sampai sampai, kene salin baju. Time tu baru pukul 9 lebih am. Tukar baju kaler pink ni. Hospital cun tapi baju tak iron. Tak puas ati betul. Gamba tu time tengah check contraction. Dahlin tunggu kat tepi. Waktu ni pun tak berapa nak sakit so boleh laaa sengih sengih lagi. Nampak hidung mengembang ? Wahahha.. muka happy sebab tak sabar nak tunggu si kacang keluar dari buyungku ini. Sekali adegan mari menyeluk bermula. Baru 1 cm rupanya. Patut laaaa boleh sengih sengih gelak ketawa lagi. Dr pun cakap kata maybe bukan hari ni baby kuar (10 jan) tapi besoknya (11 jan). So, rileks laa dulu. Tapi kene admitted sebab dia nak check contraction tu. Dahling terus tgk bilik dulu. Pastu, nak masuk bilik tu naik wheel chair lagi. Cam nak wheely jer wheel chair tu. Boring betul lah.
Dahling siap belikan roti n air air sebab pagi tu tak sempat breakfast langsung. Masuk jer dlm bilik (number 426), terus lepak baring baring sambil dahling kemaskan bag. Nurse pun masuk n start bagi makan ubat. Ubat tidur n tahan sakit. Time ni cam tak sakit pun tapi takleh nak tidur. Lepak lepak, kul 1 pm tu dr pun masuk lagi. Seluk lagi.. time ni ad sakit sket dah. Laaa.. baru bukak 1.5 cm. Ok.. takper. Ubat tidur yang nurse kasik tu cam tak berkesan jer. Time ni dah dimasukkan ubat cuci perut tu. Kasik beyak laa senang citer. Oleh sebab cam lambat jer lagi, plus cam nak kene tidur.. so, dahling nak balik rumah kejap. Ok laa.. sebab kata makan ubat tidur kan. Kasik jer dahling balik. Baring baring tak tertidur. Nasib laa dia ada belikan magazine time beli bfast tu.
Golek golek, makin sakit contraction tu. Mak kata ni kembar darah sebab asek kuar darah 2 hari sebelum ni. Kembar darah memang sakit.. kata mak. Bila dahling sampai, gua dah cam orang gila sket. Pegang besi katil sambil merintih kesakitan. Cewah.. Sambil tu baca jugak ayat yang Aida sms. Untuk senangkan bersalin katanya. Memang sakit sangat rasa. Last last panggil nurse n minta apa apa ubat yang dia ada yang boleh hilangkan sakit. Dia kata, tunggu dr dulu. Time tu dah pukul 4 pm. Tapi walaupun sakit, takder pulak airmata yang kuar. Dr Awang bz laa plak. So, nurse tu checkkan bukaan. Ok.. dah 6 cm. Terus dia suh naik wheel chair lagi. Nak ke labour room. Dah saspen sangat ngan dahling.
Sampai labour room, tunggu Dr Awang datang. Parents in law dah sampai jugak. Time tu dah duk sedut gas ting tong. Heaven jer rasa. Stone sekejap ! Tup tup dr pecahkan ketuban n aiyark. Cik kacang telah beyak. Why baby? Why? According to dr, baby kecit so dia takleh tahan contraction. Sampai terbeyak beyak. Baru beyak plak tu. So, dia explain apa tah.. kene operate lah. Time tu baru 6 cm. Nak tunggu 10 cm, maybe berjam jam lagi. Takut baby tertelan bahan buangan tu plak. Time ni sakit n tak berapa nak ingat sangat apa apa. Dahling laa yang citerkan semula. Kene sign lah borang dulu. Yang sedih, dahling takleh teman masuk OT tu. Sebab apa? Sebab fully bius. Satu badan.. kire pendek kata memang tak sedar langsung lah. Sebab dah ada contraction n baby dah beyak. Takleh buat half bius. Kecewa lah kejap. Masuk masuk OT tu, memang tak tau camner.. sedut gas terus out.
P/S : Nanti sambung balik ek. Banyak pulak keje malam ni
Detik Detik Cemerlang Siri 1
Ni entry khas pasal detik detik pada 10 Jan yang lepas. Alaa.. senang citer, pasal citer saat saat nak melahirkan Cik Kacang lah.
Mula mula, estimated due date adalah pada 22 Jan 2010. Agaknya sebab kuat sangat berjalan kut ek? Alkisahnya.. Sabtu petang tu dah tak besh. Ada bleeding dah. Makin lama, makin banyak. Beberapa hari sebelum tu kuar cam brown discharge dah. Time tu dah cuak. Semua orang pun pakat duk kata dah tak lama dah. Still bleh rileks n kuar jalan jalan. Part paling cuak sangat bila bleeding lah. Dahling pun rilek rilek cuak juga. Beg beg semua kitorang kemas n letak one side.

Tu dia bag. Sampai 3 bijik.
Haa.. nah haiii.. 3 bijik bag. Tak campur henbeg lagi. Hak Cryocord tu utk isi bende utk stem cell tu lah. Beg FF tu plak, ada barang dahling. Digicam lah, camera lah, baju dia.. semua lah. Lagi satu bag hitam tu, barang Memi & Baby. Menyesal bawak banyak banyak baju baby. Yang pakainyer sepasang jer. Diaper pun takyah bawak. Hospital kasi satu plastik. Huggies Newborn. Style jugak. Baju baby pun pakai time nak check out jer. Wah, cam check out dari hotel gitu.
Sambung citer, Sabtu tu, duk bleeding lagi sampai agak risau lah. Dalam pukul 8 pm, bleeding makin banyak. Siap everytime kencing, ada bleeding.. panggil husband sekali suh tgk. Wahaha.. dia pun memang nak check. So, makin lama makin banyak. Kul 8 pm gitu, call Dr Awang. Dia ada tanya soklan lah. Ada rasa sakit ker per ke. Oleh sebab tak berapa nak sakit pun so dia kata takper, cume ready jer lah. Hari Isnin, dia suh g check up lagi. So, cam ok lah. Pukul 2 pagi tu, kitorang laki bini pun kuar. Tingin nak makan McD plak. So, g drive thru jer. Kat depan Wakaf Che Yeh. Cantik tau McD tu. Balik tu, lepas makan.. dahling pun tido. Gua memang takleh nak tido sebab dah start rasa sakit. Kejap kejap terbangun. Last last pukul 8 am gitu, siap mandi mandi lah. Pack barang buat kali terakhir. Bila dahling sedar, terkejut dia sebab nampak bini dia dah siap siap mandi n dress up utk g spital. So, dia pun terus siap. Call Dr Awang lagi.. ok. Terus g spital. On the way tu, sempat laa bergambar berdua. Cewah..
Sampai jer spital, terus masuk emergency punya entrance. Siap naik kerusi roda lagi. Ingat nak jalan jer .. tp takper la. Naik wheel chair tu. Terus naik ke tingkat 3. Tempat labour room. Masuk bilik tu, tup tup in-laws pun sampai. Meriah jadik bilik tu. Siap pasang lagi mende kat perut tu. Nak check heartbeat baby n contraction. Sementara tu, me n dahling duk berborak lah. Boring jugak ni.
Panjang lagi citernye.. so bersambung.. besok pulak ye. Nak kasik baby hisap pek dulu. Nanti dia merengek rengek.. sedih plak tengok.
P/S : Selain Alpha Lipid, for those yang nak hilangkan berat badan dengan cara yang sihat, ada SDII yang memang terbukti berkesan. Untuk yang berminat, tinggalkan address email, saya akan antarkan brochure nya.
Can’t Waitlah Cik Kacang
Semalam check up my cik kacang. Alhamdulillah lah.. walaupun terpaksa tunggu lebih kurang 1 1/2 jam, tapi kesimpulan check up semalam menggembirakan hati.
Memula check berat. Ok, dah tak naik. Maintain takat yg aritu jer jugak. BP pun ok. Dr tanya baby punyer movement. Start dari ni dah tak berapa gembira sebab baby kurang gerak malam sebelum tu. So, explain laaa.. bla bla blaaa.. tak berapa nak gerak. Kick pun tak terasa. Cuma perut bergelombang jer.
Terus kene scan. Tak sempat timbang lagi time tu. Dr pun cemas cemas muka. Nervous ai tau dr nih. Tengok berat baby.. woww weee. Dah 2.6kg. Syioknyaaa.. air pun semua cukup. Check jantung.. ok. Tiba tiba dia call labour room. Suh get ready kan bilik labour. Tak kecut ker cek pik korang bila tetibe dengar gini?
Rupanya.. jeng jeng jengg. Naik check heartbeat baby n contraction. HTG ke HCG eh tu? Yang pakai mesin, connectkan doppler kat perut tu.. pastu ader graf. Haa.. mende tu laa yang kene buat aritu. Untuk lebih 1/2 jam sebab dah ada contraction rupanya. Mula mula 9 minit and pastu, selang 6 minit. Heartbeat baby plak tak dapat 100 markah. Yes, Dr Awang siap kasik markah ok. Cuma 65/100 jer. Siap cakap, tak dapat distinction. Ye dr.. apa buleh buat. Cuma dia kata, standby je laa. Maybe tak sampai EDD (est. due date) pun nanti.

Me n the machine
Dr start bagi tanda tanda penting untuk early delivery punye process. Siap lukis gambar lagi. Tukar tukar henpon number ngan dahlin. Siap citer pasal kedai Nasi Kerabu Golok plak. Memang sedap tau nasik kerabu kat situ. Nyummm..

Baby dalam tummy. Kiut eh dr gua?
Ok. Dia explain kata 90% akan mengalami keadaan kuar darah+lendir. Pastu start contraction. Bila 1 contraction setaip 10 min, dah kene ada di spital dah. Sebelah tu plak, 10% akan mengalami pecah ketuban. Yang ni not good sebab bila dah pecah ketuban tiba tiba ni, kuman senang masuk. So, yang ni harap harap tak terkena lah.
Next check up, on the 13th. Skang ni, menunggu jer la. Kut sempat or tak sempat nak check up next week. Tak sabar lah nak x0x0 my lil miss kacang.
P/S : Lately, memang dah start sakit n sakit belakang. Sekali 2 jer sehari so boleh di terima lah. Apa saja pun sanggup diterima for my lil miss hazel.











http://farshidhanin.blogspot.com/2011/03/my-first-contest-contest-photo-anakku.html
http://ibzatech.com/


