Advert
Archives
Categories
Calendar
May 2012
M T W T F S S
« Apr    
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  
Instagrams
 

Archive for the ‘Info’ Category

Yang para isteri perlu tahu. Cewah :p

Yer.. adik adik dan kakak kakak. Hari ni, entry berunsur info yang gua jumpa dalam blog lama gua. Ada laa kira kira 7 thn lepas punya blog. Ini copy paste masuk sini lah pulak. Kut ada yang nak praktikkan ker.

Tujuh langkah yang perlu dilakukan dalam teknik urutan `cakaran harimau’ dan `urutan labah-labah’ untuk membolehkan isteri disayangi oleh suami masing-masing. Kesediaan penceramah agama, Siti Nor Bahyah Mahmood menyenaraikan langkah-langkah itu adalah ekoran permintaan daripada kalangan isteri yang mahu beliau memperincikan teknik-teknik urutan berkenaan. Hihi.. jom tengok langkah-langkah nyer

1. Langkah pertama dalam urutan cakaran harimau ialah seseorang isteri perlu mengurut tengkuk suami mereka dengan penuh kasih sayang memandangkan bahagian itu terdapat banyak urat tegang yang perlu diuraikan. Jangan lak di cekak nyerh leher laki tuh plak.. tercekik halkum..mau kene penerajang si bini tuh..

2. Langkah kedua pula, ialah mengurut pada bahagian bahu hingga ke lengan. Urut jer.. time nih ler nak tengok.. ader muscle ker tak laki nyer lengan tuh..

3. Langkah ketiga dengan membuat `jemput-jemput’ pada bahagian tulang belikat. Jemput-jemput tuh cam korang biler nak menggoreng jemput jemput pisang…

4 & 5. Langkah keempat dan kelima merupakan sentuhan yang cukup penting dan perlu kreatif dan ia dimulai dengan `cakaran harimau’ – menggunakan kuku yang telah dipotong (bukan kuku panjang yang warna warni..ingat..potong kuku tuh..) bermula dari bahagian tengkuk membawa ke pinggang. Cakaran itu hendaklah diselang-selikan dengan urutan labah-labah, bermula dari pinggang hingga ke bahagian tengkuk. Kompem ader yg tegeliat time nih..geli..Perlu diingat cakaran itu hendaklah berupa cakaran manja dan dilakukan dengan penuh kasih sayang. Kalau korang tengah panas ati time tuh..takyah laa nak buat bende nih. Buang karen jer..

6. Langkah keenam ialah dengan menggenggam kedua-dua tapak tangan dan kemudian tepuk-tepuk pada bahagian belakang badan suami dari atas hingga ke pinggang. Ala tumbuk tumbuk manja laa nih.

7. Langkah ketujuh sebenarnya merupakan satu `bonus’ tambahan di mana setelah diurut, suami berasa tenang dan seronok. Hihi.. seronok yer dahlin’…

Selepas itu, bisikan kalimah sayang ke telinga suami seperti `Saya cinta padamu’ atau dalam bahasa Hindi `me tum fe Piar kar pi hu’ Ikut laaa bahasa aper yang korang reti..

Kalau boleh urutan itu dilakukan ketika pasangan terbabit sedang berehat, agar dapat mengembalikan keharmonian rumah tangga setelah masing-masing penat bekerja. Jangan plak time laki tengah sibuk perbetul pancing ikan, time tuh kite nak ngurut..

Ketika melakukan urutan itu jangan sekali-kali menggunakan minyak angin tetapi sebaliknya menggunakan minyak aroma terapi kerana minyak aroma terapi boleh membangkitkan suasana harmoni serta boleh meredakan ketegangan serta memberi ketenangan jiwa kepada suami atau isteri. Bukan minyak angin, minyak tanah ker..minyak lain lain yer…

Nabi Muhammad ada bersabda `mana-mana isteri yang mengurut suaminya tanpa di suruh, maka isteri itu akan mendapat pahala tujuh ketul emas di syurga.`
`Manakala mana-mana isteri yang mengurut setelah disuruh oleh suaminya terlebih dahulu maka isteri tersebut akan mendapat pahala tujuh ketul perak di akhirat kelak,” tambahnya

Renung renungkan dan selamat beramal.

P/S : Penuh info entry gua hari ni. Bagus kan?

My Saviour

Terima kasih to diri sendiri.. cewah. Tak laaa.. terima kasih to Mass sebab highlight pasal produk baby sebamed.

Cik Kacang ada masalah eczema, rashes (bila panas) and kupingan kepala (juga bila panas) lately. Semua terjadi bila memi dia ni miang miang g bagi try susu formula. Saja laaa… niat baik ok. Nak kenalkan kat susu formula.. mana tau, ( . Y . ) memi dah tak berdaya nak memproses susu untuk Hazel. Sekali, siap kuar balik susu (after 1-2 hrs) and terjadilah semua benda kat atas tu.

Penat try macam macam termasuk laaa dengan sabun berharga rm120 seketul. Memang berkesan tp skin jadik dry sangat. Kesian lah. Skin baby kan too soft.. Sedih memi tgk. Time lahir, semua orang puji skin Hazel.. gebu n licin sangat. Tup tup jadik camtu. Sampai rashes kat leher tu jadi cam terbakar tau. Alahai.. rasa bersalah betul la.

Hari tu terbaca kat blog Moosoozoo pasal baby Sebamed ni. So, alang2 ke OU, singgah laa Caring Pharmacy. Memang agak murah barangnya. Dulu beli Neurogain mesti kat sini sebab murah dari tempat lain. So, singgah lah dengan niat nak beli lotion jer. Tup tup, baca pasal syampoo dia pun cam ok. Beli sekali lah sebab kepala dia yang cam bersisik tu. Sekali, ternampak plak Buds ni. Ada plak cleanser untuk eczema-prone skin. Apo laie.. rembat satu. A bit mahal laaa tp after discount, murah rm10 dari beli kat Mothercare. Yahooo.. lega memi.

Ingat nak try face moisturizer pulak nanti. Currently, Hazel pakai J&J yang tiub merah tu. For face n body. Dah nak abes, boleh laa memi pow dadda belikan yang moisturizer ni plak.

Baby Sebamed for lil kacang

Baby Sebamed for lil kacang

Buds yang sangat bagus !

Buds yang sangat bagus !

Serius, memang puas hati. Saper ada baby yang eczema-prone tu.. try lah. Dalam tak sampai 1 week, dah boleh nampak beza.

Eh, aritu ternampak badan Hazel naik merah bertompok tompok. Rupanya, bibik basuh tub mandi Hazel guna sabun Breeze basuh baju tu. Siap pakai berus sabut toilet pulak tu. Adoi… dapat bibik yang rajin, dah semua nak disentalnya. Mak pasrah nak !

P/S : Mencari paed yang best di DSH. Saper ada nak rekemen?

Mom & Baby Expo 2010

Semalam, pagi pagi dah bangun. Siapkan mek tot Hazel tu.. n then kasi tidur. Memi’s turn untuk bersiap pulak. By 10.30 am dah nak sampai Mid Valley. Awal kan? Park kat P2 sebab P1 dah full. Aiyarkkkk.. nasib laa P2 masih banyak kosong. Siap boleh pilih pilih lagi. Call Nina, masih di Imigresen and kak long masih di opis.

So, terus round round. Survey survey apa yang patut. Motif utama adalah mahu membeli changing table n apa apa yang berkenan. No baju for Hazel dah. Nak beli di KB. Murah gitu.. wakakaka. Plus, duit bawak pun ciput jer ni. Alhamdulillah, Cik Kacang kesayangan sangat bersopan santun. Tidur.. celik n tidur balik. I lef u baby. Tak pernah susahkan memi.

Hazel's First Time ke Mid Valley

Hazel's First Time ke Mid Valley

Anak tido, mak bergambar sakan. Sket sket jer laaa.. amek gamba sebab 1st time jugak gua ke Mom & Baby Expo camni. Tak pernah sampai lagi. Rasa syiok pulak. Next time mesti pegi lagi. Rasa ralat sket sebab banyak benda dah beli awal awal. Stroller pun cun cun kat sini..

Lil Sister, Me, Lil Kacang n Ummi Long.

Lil Sister, Me, Lil Kacang n Ummi Long.

Cantik pulak gamba yg gua snap sendiri ni. Ni semua adik beradik pompuan gua. Kak long sampai dulu, then baru Nina sampai. Lega lah dua orang ni sampai. Boleh jugak mintak mintak tlg tgkkan si kenit tu. Ya rabbi.. pipi gua dalam ini gamba cam pau di pam pam lagi dan lagi. Sepet mata mata time senyum. Gilos !

Terima kasih abang jaga sebab tlg amek gamba ni..

Terima kasih abang jaga sebab tlg amek gamba ni..

Yer.. yang baju belang tu sangat lonjong ok. Dulu aruah tokwan suka panggil dia galah. Eh eh.. tu anak sapa laaa kasi meniarap kat situ? Adoi.. buatnya.. lepas tu dia masukkan tangan dalam mulut, tak ke naya jer.. masuk abes kotoran degil di carpet tu ke mulut. Maner mak dia ni? Hepppppp !!!!

Lepas setel ni, ke merata rata. Eh, kat Mid Valley ada 2 Mothercare eh? Satu kecik n satu besar. Punya lama tak g Mid Valley ni. Rindu air mata kucing naga. Lupa mau beli.. punya ralit berjalan ramai ramai. Along pulak sampai. Nina pulak sound nak belanja makan Chillis. Yahooo.. murah rejeki arini.

My Along & Kak long, Nina n Me. Nom Nommmm...

My Along & Kak long, Nina n Me. Nom Nommmm...

Thanks Nina sebab belanja. Lately, dah tersedar diri so tak berapa nak enjoy makan. Rasa sudah tidak seksi lagi bila berbikini. Cewah.. lemak menerpa di sana sini. Tak tau malu. Sorok ah sket.. Boring betul laaa lemak gua ni. Skang giat menyapu Biosirih pulak. Kut kut laaa boleh melembutkan hati si Lemak supaya hilang dari sini. Nak jogging pun susah. Si kacang ni memang stok lekat bersama memi jer ni. Kata bestfren.. tapi agak agak laaa Hazel. Kasi can laaa memi mau jogging keliling rumah. Boleh memi jadik hot & sexy.. sambil tolak stroller Hazel. Mesti ramai orang kagum “cantiknyaaa memi dia”. Haaa.. Hazel takmau ke gitu?

Along n Kak Long.. ada potensi dapat yang ke-5 ni

Along n Kak Long.. ada potensi dapat yang ke-5 ni

Best ni. Jalan jalan rasa cam anak dara lagi. Hazel punya stroller kene tolak ngan Chik Nina dia. Pastu Kak long n Along pulak layan. Memi rileks.. yahooo.. Siap bebel bebel lagi dia time naik escalator tu. Kelakar.. Time ni dah kasik tetet n salin baju terus. JJ patut besarkan baby room dia lah. Kecik sangat. Asek penuh jer..

Semua si Kacang punya. Memi punya?

Semua si Kacang punya. Memi punya?

Kickin Coaster is a gift from Chik Nina n Ummie Long untuk Hazel. Cakap ape? Terima kasih Chik Nina n Ummi Long. Nanti belikan gift best best lagi eh. Yang lain, hadiah dari memi untuk Hazel. Sebab apa? Sebab Hazel dah berani tido sorang dalam bilik sendiri. Syabashh betti. Memi pun tak berani tau…

dsc00791Ni freebies bila tukar borang diisi (dari mag Mami & Baby) ke kaunter Today Publishing. Ada bib, face towel, baby kiko toiletries (travel pack), minyak telon & balm n petpet. Ok laa ni. kan. Pet pet tu memang taknak pakai. Yang lain semua boleh disimpan buat stok. Ada jugak dapat face towel dari booth MeiMei tu. Hari ini for sure lagi ramai orang eh? Semalam pun time petang tu, dah ramai sangat dah orang. Nak kuar parking pun jammed. Letih mak..

P/S : Tengah rileks sambil emo. Letih bila asyik kena jaga hati orang. Badan letih, otak biul… hati sakit.. sapa pun tak tau. Mak tensi !

Melempiaskan Nafsu Yang Tak Tertahan – Entri yang tertunggak !

Memi n Hazel .. Memi posing lebih. Ampunnn !

Memi n Hazel .. Memi posing lebih. Ampunnn !

Lepas 3 bulan di KB.. pulang ke KL adalah sesuatu yang indah. Mana taknyer, windu weh nak ke merata rata. Windu The Curve, windu Ikano n windu sangat kat OU. Lepas berhari hari memujuk big boss, akhirnya last week si-big-boss-hensem pun bersetuju lah. Itupun mula mula dia kata ke Giant jer. Tapi suruh siapkan si mek kecik tu lebih cantik cantik pulak. Sekali.. belok ke jalan nak ke OU. Yahooo.. ding ge ding galeee

Mula mula g round kat semua kedai baby.Wahaha… nak carik hat punya pasal. Anty Fara, dah g pumpkin patch. Ada hats tapi terlampau kecik n terlampau besar. Takda size Hazel. Sedih.. siap ada hat utk preemie.. kiut sangat! Pastu ke FOS. Yesh, kitorang beli baju harian Hazel separuhnya dari FOS jer. Murah n ok ok jugak. Cukup laa nak pakai hari hari duk dalam rumah. Dah setel tu , ke Parkson pulak. Ingat nak hint hint beli lipstik Chanel yang terbaru tapi terlupa. Tapi rasanya kalau hint hint pun, cam tak dilayan jer. Wakakaa.. (ketawa dalam kepiluan ni!).  Ke Parkson pun dengan niat nak beli something. Nak beli Pigeon Oral Wipes. Kut buleh nak lap lidah susu Hazel tu. Dah sampai n memang jumpa lah wipes tu tapi big boss takmau pulak. Sebab takder tulis boleh lap tongue. Aiseh.

Mengisi tenaga di Juice Work!

Mengisi tenaga di Juice Work!

Lepak minum kat Juice Work dulu. Our fav place kalau nak makan ringan ringan lah. Dahling for sure order toasty punya ngan Lychee Cooler. For me pulak , mesti cookies n Berry Burst. Siapa ada member card, boleh free cookie. Best ! Itu jari, gua punya dahling punya jarilah. Sebab toasty sedap sangat petang tu. Kesian Cik Kacang kiter tu.. tengok jer laa yer anak. Takleh makan lagi… wahahah.. kesian. Eh, kenapa statement tu rasa cam kejam pulak?

Baby Room di Level 2- kalau tak salah

Baby Room di Level 2- kalau tak salah

Lepas mengisi tenaga, nak kene jugak refill si kecit ni. So, melilau lah kami 3 beranak carik baby room. Sebab ada baca di blog Fara , cantik bay room kat OU New Wing ni. So, apo laie.. Last last jumpa lah satu. Terus laju masuk n tinjau bilik. Ngan dahling sekali join.Join masuk bilik jer laaa.. bukan join merefill perut ngan susu. Wakakaakak.. opps. Berbalik pada citer baby room. Memang comfy lah sangat. Except that day.. panas ya rabbi. Panasssss sangat dalam bilik tu.

Tak tau apa motif gambar ni

Tak tau apa motif gambar ni

Seriously, tak tau apa motif gambo kat atas ni. Orang suh tlg amekkan gamba dalam feeding room, dia g amek gambo dinding ni. Sebab kartun dia kiut kut ek? Bilik yang kitorang lepak ni besar sket sebab dia ada buh buai. Kut sapa ada anak yang kalau nak tidur kene masuk buai dulu seround, boleh laaa lepak sini. Hazel tak pernah tidur dalam buai.. so tak perlu la. Cuma lepak sini sebab bilik ni besar lah sket.

Aksi ular mematuk diri sendiri sambil me'refill' baby

Aksi ular mematuk diri sendiri sambil me'refill' baby

Makin boooolat kan muka ? Yolah… dah tak leh nak buat apa ni. Nak exercise, takut kut terkoyak perut pulak. Nak diet, adoi… tak sampai hati. Makin slim laaa anak dara gua nanti.So, redha jer la. Anok punya pasal, memi redha simpan jeans dalam gobok sampai Hazel buleh makan. Hihihi.. lagi 2 bulan lebih tu. lepas tu, boleh laa memi diet sket sket. Cewah.. niat sket punya baguih! Lepas abes berbisness dalam baby  room ni.. terus laa ke Old Wing pulak. Nak ke JJ. Hebat kan? Siap ke Toys r Us lagi. Yelah, duk beriya anta sms bagai kata disc sampai 80%. Cess.. takder laa menarik pun sangat. Frust lah.. huhu.

Dah setel tu, pusing balik ke New Wing. Agak agak kalau ari ari camni, boleh kurus tak ek? Takder laa membeli sangat. Banyak beli pun, barang si kecik lah. Oh! Kitorang decided belioral wipes dari NUK. Memang khas untuk wipe tongue n gum baby. Satu pek ada 25 sachets n berharga RM43.90. Ada di jual di Mothercare. Kalau ada member card, boleh la dapat 10% discount. Actually, agak mahal kan? Tapi dah try cuci pakai kain, still tak hilang. Alhamdulillah lah, pakai NUK ni.. sekejapan jer. Dah beransur hilang. At least, tak setebal dulu.

Balik rumah, dah nak dekat pukul 9.45 pm. Haa.. best kan? Lembik kaki abes semua. Syiok lah.. ni 1st time ke OU after nearly 4 mths berpuasa dari jejakkan kaki ke sana. Still, rasa cam tak puas pulak. Cam ada jer kedai yang nak masuk lagi.. kronik pulak rasanya.

Eh.. entry ni cam lebih ke cerita Baby Room di OU pulak kan? Dulik ah.. kira info lah tu. Kut kut korang nak g netekkan/salin diaper/bancuh susu baby ke. Time kitorang g, dia ada pasang citer Ice Age. Kitorang ada masuk baby room dalam Toys r Us tapi ya rabbi. Siap ada diaper terpakai yang ditinggal orang dalam tu. Busuk n bersepah dengan sampah. Huh! Kotor betul lah bilik tu. Sedih pulak rasa… aporaaa. Cam tak terjaga jer bilik tu.

Kat Kelantan, masih belum ada baby room kat mana mana. Belum jumpa lagi lah.. nak kene propose buat satu kat KB Mall. Baru gempak !

P/S: Today is my FIL’s birthday. Nonie doakan daddy panjang umur and makin murah rejeki. :D Happy birthday daddy! Errr.. suddenly, i miss my abah. Sob sob..

Related Posts with Thumbnails
Penziarah
My Store
Mari Berpipit
kakakdegil.fm
NetworkedBlogs