Advert
Archives
Categories
Recent Comments
Calendar
February 2012
M T W T F S S
« Jan    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
272829  
My Bookshelf
Kakakdegil's bookshelf: read

Halfway to the GraveDead Until DarkThe Memory Keeper's DaughterMy Sister's KeeperTwilightAlice's Adventures in Wonderland & Through the Looking-Glass

More of Kakakdegil's books »
Book recommendations, book reviews, quotes, book clubs, book trivia, book lists
Random Photos
Iklaneka


Archive for the ‘Info’ Category

Khas buat para isteri ;D

Tujuh langkah yang perlu dilakukan dalam teknik urutan `cakaran harimau’ dan `urutan labah-labah’ untuk membolehkan isteri disayangi oleh suami masing-masing. Kesediaan penceramah agama, Siti Nor Bahyah Mahmood menyenaraikan langkah-langkah itu adalah ekoran permintaan daripada kalangan isteri yang mahu beliau memperincikan teknik-teknik urutan berkenaan. Hihi.. jom tengok langkah-langkah nyer :-

1. Langkah pertama dalam urutan cakaran harimau ialah seseorang isteri perlu mengurut tengkuk suami mereka dengan penuh kasih sayang memandangkan bahagian itu terdapat banyak urat tegang yang perlu diuraikan. Jangan lak di cekak nyerh leher laki tuh plak.. tercekik halkum..mau kene penerajang si bini tuh..

2. Langkah kedua pula, ialah mengurut pada bahagian bahu hingga ke lengan. Urut jer.. time nih ler nak tengok.. ader muscle ker tak laki nyer lengan tuh..

3. Langkah ketiga dengan membuat `jemput-jemput’ pada bahagian tulang belikat. Jemput-jemput tuh cam korang biler nak menggoreng jemput jemput pisang…

4 & 5. Langkah keempat dan kelima merupakan sentuhan yang cukup penting dan perlu kreatif dan ia dimulai dengan`cakaran harimau’ – menggunakan kuku yang telah dipotong (bukan kuku panjang yang warna warni..ingat..potong kuku tuh..) bermula dari bahagian tengkuk membawa ke pinggang. Cakaran itu hendaklahdiselang-selikan dengan urutan labah-labah, bermula dari pinggang hingga ke bahagian tengkuk. Kompem ader yg tegeliat time nih..geli..Perlu diingat cakaran itu hendaklah berupa cakaran manja dan dilakukan dengan penuh kasih sayang. Kalau korang tengah panas ati time tuh..takyah laa nak buat bende nih. Buang karen jer..

6. Langkah keenam ialah dengan menggenggam kedua-dua tapak tangan dan kemudian tepuk-tepuk pada bahagian belakang badan suami dari atas hingga ke pinggang. Ala tumbuk tumbuk manja laa nih..

7. Langkah ketujuh sebenarnya merupakan satu `bonus’ tambahan di mana setelah diurut, suami berasa tenang dan seronok. Hihi.. seronok yer dahlin’…

Extra info:

Selepas itu, bisikan kalimah sayang ke telinga suami seperti `Saya cinta padamu’ atau dalam bahasa Hindi `me tum se Piar kar ti hu’ Ikut laaa bahasa aper yang korang reti..

Kalau boleh urutan itu dilakukan ketika pasangan terbabit sedang berehat, agar dapat mengembalikan keharmonian rumah tangga setelah masing-masing penat bekerja. Jangan plak time laki tengah sibuk perbetul pancing ikan, time tuh kite nak ngurut..

Ketika melakukan urutan itu jangan sekali-kali menggunakan minyak angin tetapi sebaliknya menggunakan minyak aroma terapi kerana minyak aroma terapi boleh membangkitkan suasana harmoni serta boleh meredakan ketegangan serta memberi ketenangan jiwa kepada suami atau isteri. Bukan minyak angin, minyak tanah ker..minyak lain lain yer…

Nabi Muhammad ada bersabda `mana-mana isteri yang mengurut suaminya tanpa di suruh, maka isteri itu akan mendapat pahala tujuh ketul emas di syurga.

“Manakala mana-mana isteri yang mengurut setelah disuruh oleh suaminya terlebih dahulu maka isteri tersebut akan mendapat pahala tujuh ketul perak di akhirat kelak,” tambahnya.

Best tak topik arini? Alalalaa.. malu pulak nak cakap. Best kan? Ilmu ni.. untuk para isteri. Cewah.. mana tau.. makin cinta dahling masing masing bertambah. Phewitttt.. <

P/S : Hati hati.. kut urut urut, next month loya loya tekak. Gua tak bertanggungjawap tau :p

Nyah ko dari sini !

Kataku kepada bulu bulu yang berselerak ni haa..

Hahaha.. ke ada orang yang suka bulu ? Gua suka bulu bulu ni tapi kalau kat badan orang lain. Bukan badan sendiri lah. Whaahahha.. bulu kening tu suka laa. Weird pulak kalau tak suka bulu kening. Bayangkan.. dogol jer kening tu… takder bulu. Tak ke pelik?

Tapi kalau lelaki licin sampai takder bulu, pelik laa sangat. Jangan laaa bulu dada tu sampai boleh sikat buat tocang. Ala ala kadar lah. Kasi nampak jantan sket. Jangan laa betis tu licin mengalahkan pompuan pulak. Goli den !

Okla.. pendek citer la eh. Dah ada kacang ni, memang jarang dah nak ke saluga. Memang bz mak ! Aritu g lah sekali, bawak mak & abah. Tinggalkan Hazel ngan diorang, diorang jalan jalan kat Bangsar Village tu. Sempat laaa buang bulu bulu yang tak berkenaan. Itu beberapa bulan lepas punya cerita. Wahaha.. gila dah lama..

So, mencarik alternatif untuk membuang bulu bulu yang tak dikehendaki sangatlah mudah dengan adanya internet. Cewah ! Jeng.. berjumpa dengan Smooth Legs. Murah pun murah. Baca review.. bla bla bla.. ok pass. Boleh beli. So, tanpa segan silu, gua order satu set dan dah sampai. Belum try lagi so belum tahu lah tahap keberkesanannya. Malam ni gua try ok. Nak pic sebelum & selepas ke? Wakakakaka.. mimpi ngeri korang nanti :P

Nyah ko bulu bulu <– kata kertas pasir smooth legs

Dengan harga murah RM29, boleh laa kut try. Tapi menda kertas pasir ni tak buang bulu dari sehingga ke akar umbi eh. So, bulu akan cepat tumbuh semula. Harap maklum.

P/S : Nanti lepas gua try.. gua bagitau result eh. Kalau rajin, sekali gambar gua kasi.. amacam?

Makan makan memi & bebi :D

Wahahaha.. tajuk entry tak boleh blah.
Nak citer pasal ni sebenarnya. My 1st time buat sup ayam. Wahahah.. seumur hidup ni. Tak pernah lagi masak sup sebab yang berhormat tak suka lauk sup/tomyam gitu. So, malas laa nak try masak. Tiba tiba nampak entry Peej makan bubur dengan cili kicap. Arrghhh.. sedapnya kalau dapat layan cili kicap tu. Petang tu terus g kedai dekat area ni, beli kentang n sup bunjut. HIhihi.. senang dan cergas kan?

Sup Ayam + Cili Kicap Nom Nom Nom

Complete with cili kicap tu. Nak sedap kan, jgn tumbuk cili semata. Buh cili n bawang putih sket… pastu tuang kicap. Jgn kasik kicap banyak… Kasi pekat pekat jer. Perghh.. sedapnya. Besok nak buat sup ayam lagi lah. Satu mangkuk tu gua balun sorang jer. Heaven kan? Boss tak layan sup.. hihih.

Nom nom nommmm

Muka budak pasrah kene makan menu eksperimen memi :P

Thanks Nurul for the recipe. Simple yet yummy n berkhasiat gitu. Cereal still kasi untuk breakfast. Lunch makan nasik lah. Ini bubur nasi + broccoli + carrot + chicken (breast) yang dikisar. Sedap .. cuba buat n try. Yummy.. 1st time suap, Hazel terus layan. Lepas ni nak try ikan bilis hancur pulak lah. Memang asyik kan masakkan untuk baby? Cam syiok pulak. Cuma cam terlebih banyak pulak masak ni. Next time nak kurangkan sket lah.

Mula mula cam biasa lah.. masak beras dulu, kasi kembang sket, masukkan carrot dulu (sebab carrot lambat empuk) then chicken n broccoli. Dah masak tu.. blend. Kalau dapat carrot yang manis, lagi best.

Ada any cadangan resipi baru untuk Hazel? Jom kongsi kongsi eh.

P/S : Am so addicted with baby recipe books. Wahahaah.. tak sangka !

Ghulam Mee

Hari tu buat status mau ke Ghulam di kota damansara. Wah wah.. ramai sungguh yang berminat nak tau kat mana kedai tu. Khas untuk those yang layan masakan utara style.. boleh la ke Ghulam Mee, Seksyen 10 Kota Damansara. Full address, maaf.. tak tau :D

Nak tau kedai dia kata mana? Senang jer. Kalau dari The Curve.. lalu Pelangi area, pastu terus jer.. ada traffic light pun terus jer.. sampai laa nampak mc d kota damansara tu kan?

Ok, dari situ pulak.. mc d tu belah kanan, pastu ada traffic light lagi satu (simpang 3). Kalau belok kiri, pergi Sg Buloh. Jangan belok, kat traffic light tu terus n nampak simpang ke kiri (masuk area shoplot), terus masuk. Jangan was was dah. Terus belok kiri.. Ghulam mee kat corner lot. Senang kan?

Dia ada mee goreng (recommended), bihun sup (utara style, recommended), laksa, ikan bakar, sate, nasik lemak… eh.. macam macam lah ada.

Dari atas : Cucuq dengan kuah rojak, Mee goreng, Ikan pari bakar

Kamera kokak so gambar ada sket blur. Tak tau apa pasai ntah. Tapi boleh laa kut pakat nampak sket sket gambar masakan tu eh.

P/S : For sure akan rindu kat kedai ni nanti. Sob sob.. sedih !

Related Posts with Thumbnails
Penziarah
Tabita Skincare

: Exclusive Set !

Contact me : kakakdegil@gmail.com

Mari Berpipit
kakakdegil.fm
NetworkedBlogs