Archive for the ‘Gathering’ Category
Cerita Basi
Tapi still nak citer jugak ni. Last Sat, dating with Shasha kat IKANO. Sajer nak update citer masing masing n me, nak update citer selanjutnya lah. Shasha pun dah tau citer.. mesti nak tau apa perkembangan. Alhamdulillah, this time bleh citer happy happy go lucky. Gumbira jer rasa. Kongsi kongsi citer. Citer pasal kucen. Almaklum ler.. si Shasha lah yang telah mengadopt si Cleo n Moei aritu. Ni plak nanti nak jadik ibu tumpangan sementara kat Miewt. Tak terkata dah nak berterima kasih kat Shasha ni. Siap temankan jalan jalan cuci mata lagi aritu.
Jumpa pun dah 12.00++ tgh. Makan terus sambil bercerita.. siap kantoi. Mak buyung dah pakai suar terbalik plak. Itu pun sebab chopstick nak jatuh… so try tahan ngan peha. Sekali, aik.. suarku terbalik lah ! Apo laie… gelak besar lah masing masing. Nasib hitam semua. Kut ada yang perasan, buat tak tau jer lah. Lepas makan.. sempat lagi naik tingkat 2, tukar suar kat toilet situ. Tak ramai orang sangat.

Shasha yang kiut lagi baik hati. ; )
Happy muka Shasha. HIhiih.. sori babe. Tak perasan duk berasap jer time ni. Aper pun, enjoy eh aritu. Cam tak puas plak. Next time kiter lepak kat umah lah plak. Amacam?

Mak Buyung yang makin bulat hidungnya. Bakpo laaa melepak pulak bedak ni. Wakaaaaa
Bolatnya muka budak ni. Hidung pun bolat. Adoi ai… membolat dengan jayanya nih. Ni sebelum makan .. agak sopan sket rupanya. Time ni tengah tak perasan.. suarku terbalik. Wakaaa.. apo citer. Perasan cun tapi pakai suar pun terbalik. Ngoi..

Ni ler 'lantakan' kitorang kat The Steamboat
1st time kat The Steamboat. Dah lama tingin jer.. dahling tak layan mende gini except kat Coca jer. So, nasib laaa bleh layan sket ngan Shasha. Sedap jugak lah. Orang pun time kitorang sampai tak ramai so cepat gaks dapat. Me amek tomyam soup so pedas masam. Yummyyyy…
P/S : Next time, sila lah check suar sendiri before kuar rumah. Wakaakakaa…
Thanks Tuan Rumah
Citer ni dah lama dah. Hari Ahad aritu.. K.Reena jemput makan makan kat rumah dia. Dekat jer lah.. Dari rumah .. masuk jalan ke Kota Dsara. Straight jer… tup tup dah nak sampai. Kalau tau.. dari dulu gua g menempel jer kat umah k.reena nih. Wakakakaka..
Tak ramai pun jemputan, buleh kata semua yang pernah keje sama sekali di Meksis tu. Mak buyung berkawan kawan pun ada. Syiok jugak lah. Makanan semua yummy. Beriani, ada kambeng n daging jugak ayam. Memang layan walaupun sebab terutama ialah untuk berkumpul dan bercerita ramai ramai. Walau sejam pun, jadiklah. Lepas ni lama pulak tak jumpa. Masing-masing bz lah nanti. Nak berjumpa jumpaan pun rasanya payah kut. Except for Aida, kalau dia ikut abng Akshay Kumar main golf/tenis nanti.

Kaki silang apa pesen tah ni.. wakakaka. Cobaan untuk berdiri sama tinggi..

Tuan Rumah beraksi gedik. Heppp...
P/S : Cam dulu dulu kan? Time semua baru abes study. Keje temp. kat Meksis tu..merempat kat rumah K.Reena. Windunyaaa time tu..
Mari membuyung bersama
Last Friday, selepas beberapa kali try nak set up lunch date bersama mak buyungs dua orang tu, akhirnya… berjaya jugak.
Naik teksi ke sana. Plan nak naik lrt tapi cam lambat dah plak. So, deras naik teksi terus. Ngam ngam sampai, diorang pun baru nak kuar opis. Lunch kat food court jer sebab dari dulu cam tingin nak makan Kyros Kebab, finally.. berjaya jugak. Double yeayyy for me. Borak borak, citer citer.. citer lucah pun kuar haa. Yelah.. dah berapa lama tak jumpa. Mau dekat setahun dah. Nak nak si Noor.. lagi lama tak jumpa. Semua pun masih tak berubah.

Me, Noor, K.Reena & Aida kira kira 11 thn dulu.
Ni kira kira tahun 1998 kalau tak silap. Masing masing masih berdara sunti. Kat dapur rumah kak reena waktu ni. Biler cuti jer.. paling jauh kitorang g, JB lah. Port rumah k.reena. Waahahaha.. beramai ramai pulak tu. Besh laa.. meriah. Ni pun gamba amek pakai kamera. Bila scan lagi buruk laa pulak. Gonjeng kan gua? Wakakaakak… kelakar.

Noor, me & Aida bersama buyung masing masing
Ni latest pix of memasing bersama buyung yg di sorok dlm baju. Aida menjadi ketua, naib ketua ialah Noor dan gua orang di tempat ketiga (bukan mengikut ukuran tinggi yer). Memang tak di plan dan tak di sangka. Masing masing mengikut turutan pulak tu. Semua selang sebulan jer. Alhamdulillah laa kan.
Hopefully, lagi berbelas tahun pun kiter still kontek mengkonteki sesama kite ok. Cewah.. cam tak puas pun ada ari jumaat tu. Mana cukup lah 2 jam. Maner nak citer pasal perut, pasal ‘ida’ masing masing, pasal laki masing masing.. huh. Friends forever eh.. muah muah
P/S : Yesh.. gonjeng ku satu masa dulu cam takleh nak tolerate langsung kan. Heppp.. jangan gelak gelak lah :P
Selamat Pengantin Baru
Untuk Yang Berhormat Khairur Rizal. Hihihi..
YB ni classmate (kiter sekelas ke eh?) time gua kat AIM dulu. Lama dah.. time tu bangunan MARA tu pun ada lagi. Abes kelas buleh lepak kat MSM lagi. Skang dah kene runtuh.. sob sob. Sedih benar rasanyer. Camner nak tunjuk tempat belajar kat anak cucu nanti?
Last week weddingnyer ni tapi baru arini buat entry. Malas kan ? Memang pun.. kejap kejap hujan.. kejap kejap panas. Mood pun jadik sama jugak. Kejap rajin.. baru nak update.. malas plak. Wakakaka

x-aimians 96-98

Me, Falsya (bukan aimian ni), Anum, Mek Na n Azah.
Pejam celik pejam celik, laaa.. dah berbelas tahun dah kan kiter berkawan. Lama tu. Yelah, dari berusia belasan gitu.. anak dara lagi… solid molid.. skang dah berapa eh umur kiter ni? Apa pun, memang besh sangat lah sekali sekala join kenduri classmate camni. Dah cam reunion pulak. Maybe next time, kiter kene buat proper reunion kut. Kat hotel ke.. jemput Faizal Tahir nyanyi ker.. baru cun eh. Naper Faizal Tahir? Gua punyer suka ah… abe superman tu !
P/S : Sedap betul minum sirap kat kenduri. Tak sama pun cam sirap kat Medan Selera Idaman tu. HIhi









http://ibzatech.com/
MumsLuvBaby


