Archive for the ‘Gathering’ Category
Raya Open House d Rumah Mak Buyung Reena
Di rumah kak reena. Hihihi..
Plan nak buat di rumah sendiri tak kesampaian so agak sedih lah. Sedih kerana ini kali terakhir ada di sini di musim raya dan tak mungkin akan ada lagi rumah terbuka yang dihadiri rakan rakan lama. Sedihnyaa… sob sob..
Last sunday, sempat lah ke rumah kak reena. Memeriahkan open house beliau. Meriah jugak laaa.. ramai tu. Menu yummy..
Yang tengah, Syafiq dah 10 mth ++, Tasnim dah 9 mth ++ and Hazel dah 8 mth ++. Jejaka Idaman Malaya di tengah tu malu malu jer di apit gadis gadis litar ayu.
Tu dia, dah bersinsing lengan dah time ni. Mana taknya, dah nak masuk 4 jam lepak sini. Silap tak bawak baju salin Hazel. Tak bajet laa lepak lama benar. Owh.. tak lama lagi, ada 4 baby pulak. Congrats K.Reena vouge.. gonna miss u though
Mesti nanti windukan semua orang.. Owh, jejaka berkacamata di belakang tu suaminya KReena. Tersenyum jer… Dari semua anak dara, sampai ke bini orang, sampai ke emak orang.. menten jer. Eh, boleh refer entry ni http://blog.kakakdegil.com/2009/09/29/mari-membuyung-bersama/ . Hopefully, walaupun gua dah di KB, kiter still update berita masing masing ok. Arrghhh… mesti windu nanti ni
P/S : Harap harap kereta boleh siap besok sebab nak setelkan macam macam benda.
Birhday Party
Yang dah lepas lama dah ni. Baru rajin nak mengupdate. Wakakaa..
Ni entry pasal sambutan birthday kami laki bini yang diadakan pd 16th june aritu. Gilosss dah lama kan? Takper laa eh. Kira halal lah..

Me with SIL, Kak long n MIL.
Meriah jugak laaa dengan kehadiran In-Laws, Mak n abah n kak long sefamily. Syiok jugak.. maybe next time boleh buat lagi. Ingat anniversary ni nak buat makan makan pulak. Alaa.. jemput kaum keluarga jer la. Eh.. anniversary nanti dah bulan posa. Hihihih.. Tak jadiklah..
Ada laa dapat sket sket hadiah dari semua. Dari dahling jer tak dapat lagi ni. Yelah, masing masing tak tau nak apa. Nanti nanti lah kut.. slow slow. Nanti ada benda yg berkenan, baru bagitau. Kalau takder, simpan lah dulu. Lagi lambat, lagi boleh hadiah mahal.
Penimbang tepung pun dah beli. Yang pakai jarum jer. Yang rosak tu digital.. lagi best kut tapi biasalah.. bos suh pakai jarum punya. Alasan : orang dulu dulu timbang pakai ni jer buat kek.. menjadik jer jugak ! Jawapan : Ok laaaaaaa (tak ikhlas !)
P/S : Teringin nak g cuti cuti malaysia laaa dahling. Bila?
Mama Pipitans
Since 2007 (kalau tak salah kan?) start kenal semua semua ni. Ada laa peringkat dia. Mula mula kenal sorang.. pastu kenal lagi dan lagi dan lagi. Semuanya bermula dengan Blythe.
Sorang di Japan, sorang di Kuantan, sorang di PJ (tapi susah nak jumpa jugak), sorang di Shah Alam.. haaa.. jauh jauh kan? Akhirnya berjumpa jugak semuanya di The Curve. Sorry ladies sebab gua terlambat. Biasa laaa.. cam diceritakan. Kena bersiap untuk dua baby. Satu baby kecit.. satu baby dahling.
Akhirnya, bertempat di The Apartment, The Curve.. kitorang pun berjumpa. Syioknyaa.. selama ni asek baca blog masing2 jer (Ikinnnn ! Cepat update blog tu.. heppp). Yang pernah jumpa pun Julia Madu Goncang jer. Tu pun dah lama.. masa masing masing masih slim gitu. Phewitttt !! This time, jumpa Dira Ichigo , Ikin Susuberi and Nurul juga. Tak puas ok duduk berborak. Dira dah nak kene g checkup n me nak kena pulang cepat sebab king hensem tunggu di rumah. Tak sedap laaa duk berhuha bila suami di rumah dahagakan peluk belai isteri. Wahahahaha.. ayat tak boleh blah !

Photo dicuri dari blog Dira. Ampun yayang !
Dira Ichigo… syiok sangat borak bersama kan. Dira sedang bahagia bertiga. Husband dan babyichigo yang masih happy-happy-joy-joy dalam tummy dia. Best kan? Bila tgk orang pregnant.. windunyaa nak pregnant jugak. Dira ni kiut sangat. Siap hadiahkan Peter Rabbit’s book untuk semua baby yang ada. Sweet laaa u Anty Dira. I lef u so much tau. Ingat dulu, Dira banyak kasik support time Nonie pregnant. Thanks girl

Mummy Ju n her Vin Diesel yang manja.
Ni second time jumpa si kiut miut macam blog dia. Ju and this time, jumpa sekali Hafiy. Manja sangat Hafiy ni.. mantap gitu. Geram jer.. plus murah senyuman ok. Agah sket jer.. mesti dia senyum. Sweetttttt ! Ju, thanks sudi datang jauh jauh. Macam nak jumpa lagi dan lagi dan lagi..

Hiroki yang nom nom sokmo.
Ini baby jauh datangnya. Dari Japan gitu. Tidur, bangun n nom nom. Gebu sangat Hiroki… geram. Gath ni pun actually adalah brilliant idea dari momma Hiroki jugak. Ikin.. nasib Ikin betul betul ekjas gath ni. Boleh kita semua jumpa kan. Kalau tak ntah bila laa.. Asek laaa bercerita thru si pipit jer kan.

With Nurul and Sid.
Nurul ni kecik molek sangat. Dah anak 2 ok tp masih kecik gitu. Bestnyaa.. Yang dikendong tu Sid Vicious. Hihihi.. kacak gitu. Tengah bayangkan betapa kuat Nurul kendong Sid. Time ni semua dah keluar dari The Apt. Kecoh sekejap kat depan entrance tu. Tengah susun plan.. mana mau pergi lagi ..

Nurul, Ikin n Ju with all the lil pumpkins.
Semua dah terlentok time ni. Kiut sangat. Minus Dira sebab dia dah bertolak untuk checkup tummy dia time ni. Best sangat lah.. rasa sedih pulak time nak chiow. Diorang meneruskan perjalanan ke Ikea kut n me with kacang terus gerak mau pulang ke rumah. Next time kene jumpa lagi ni. Cam tak puas lah. Sampai ari ni masih teringat ingat lagi. Cewah !

Ikin, Me, Nurul and Ju
And Dira…. moga moga kita semua be frens forever ok. Tak pernah terpikir kan, bermula dari blog jer.. kita semua boleh berkawan bertahun tahun. Tak pernah jumpa and finally bila jumpa… wah, rasa cam dah lama kenal.This goes for u too Faranina. Am glad ada kawan like korang semua. xOxO
P/S: Nanti time babyichigo keluar.. kita gather lagi eh. Mesti.. wajibulghunnah !
Cerita Tertunggak
Citer ni dah lama tapi nak citer lah jugak. Tak peduli.
Hari Ahad aritu, (28 Mac) gilos dah lama kan? Aida & Noor datang ke rumah. Gather gather bersama babies. Ingat entry ni? (klik image utk ke entry tersebut)
Time ni masing masing tunjuk buyung masing masing lah. Aida due on Nov, Noor on Dec n me on Jan. Tak plan pun ok. Nanti pakai kata planning pulak. Eh, camner nak planning pun kan? Wahahaha.. sangat weird kalau boleh plan. *taknak-bayangkan-pun*
Sekarang, masing masing pun dah selamat melahirkan baby masing masing. Dah tak boleh nak panggil 3 orang mak buyung. Kene tukarlah. Maybe 3 orang momma panas. (tiba tiba tak boleh blah, gelarkan diri sendiri hot momma konon). Tapi kalau orang gelarkan, mak terima jer nak.. wakakaka..
Aida dah selamat melahirkan Ahmad Syafiq pada November 2009. Noor pulak baby girl bernama Tasnim Kamilia pada Dec 2009. Gua pulak.. selamat dah la kan. Cam tak tau pulak. Hihihi..
Kami orang kenal sejak 1996. Masuk tahun ni, wah.. dah 14 tahun gitu. Sama2 belajar di AIM, sambung ke UNITEN. Keje temp kat maxis klcc and sekarang masing masing ada life masing masing bersama baby n husband. Kejap jer masa berjalan kan?

Cik Kacang, Cik Nanim & Ahmad Jr.
Lepak lepak sambil layan makan n minum. Bergossip jangan di lupa. Wakakaka.. enjoy betul. Tak sangka lah.. citer pasal perangai baby lah, petua petua, susu n tetets. Macam macam citer kuar. Hopefully, next time boleh gather gather lagi dan lagi dan lagi.

The mommies
Ya ampunnnn.. lupa bawak kuar skill menyuruk-dagu-berlapis-lapis time ni. Gemoknyer. Wakakakaa.. ampon lah kalau korang dapat mimpi anto-lomak-lomak lepas tengok gamba ni. Baby Nanim memang tekun tengok tv. Kiut..
P/S : Can’t wait nak gather gather ngan gadis gadis pipitku tersayang. Bila eh? Sorang kat Japang, sorang kat kuantan, sorang kat shah alam, sorang kat klcc and sorang tengah sarat membuyung. Hihihi..














http://farshidhanin.blogspot.com/2011/03/my-first-contest-contest-photo-anakku.html
http://ibzatech.com/


