Archive for the ‘Gadgets’ Category
Back to the roots :p
Setelah beberapa entries gua hidangkan k-pop, hari ni.. gua nak layan Muse. Yer, kembali ke jiwa yang sebenar.. kentel!
Hari tu, selepas 2 thn laki gua dengan penuh hasad menyorokkan Nds ku sayang.. dia pulangkan semula. The casing, ya rabbi.. takde kaler putih dah. Ntah keluar apa kaler dah. (mesti beli casing baru!) Games pun semua nak kena update. Huhu.. rindu betul nds tu.
Saper yg masih lagi layan NDs ni boleh laaa suggest games yg best sket eh. Ni pun tengah sambil2 search ni. Sementara mek tot tu dok layan Mickey Mouse kali ke 7 utk hari ni, boleh laaa mak mek tot ni dload games best2 sket. Bila masa nak main tu lain kira. Janji ado…
Oh, back to the roots.. maka kita layan Muse :Neutron Star Collision (Love is Forever). Love it ! Not because Twilight but because it’s MUSE!!!!
Rotiiii.. rotiiiii..
Satu sebab kenapa saya cinta suami saya adalah kerana dia suka menurut kehendak merepek saya
Malam kelmarin dulu, tiba tiba saya teringin nak berbreadmaker
yer.. mengada ngada kan? Yelah, anak gua feeling minah salleh. Nasi punya seksa nak makan.. cuba bagi roti. Roti gardenia kosong tu pun dia punya suka makan macam salut coklat. Geram jer…. Letih jugak duk membeli roti. Kadang2 tak abes pun. Rugi tu.. Pastu, biasa la kan. Macam tak sedar diri kata dapur ni kecik.. nak jugak penuhkan. Surf laaa pasal breadmaker.
Satu macam, gua jumpa blog ni bagitau kat Tesco ada jual breadmaker la plak. Wallaweh.. syioknya tak terkira. Yelah, gua bajet kalau cap Tesco mesti laa murah kan. Nak nak pulak blog tu cakap, Elba pun sama design jer dengan cap Tesco ni.

Ahli ahli kelab breadmaker wanna buy :D
Rupanya macam ramai orang pun layan breadmaker ni eh. Tapi setakat ni memang cap Tesco ni murah lah dari brand brand lain. Yang lain.. RM400 keatas tu. Pikir 4 bulan jugak la nak belinya kalau rega gitu weh.

Kiut :D
Ni la rupanya Tesco Breadmaker tu. Gambar gua google ajo. Ada amek ni tp besok punya entry la plak. Hahahahaa.. takat pergi tadi, ada dua kotak jer. Berat jugak benda alah ni. Tp memang senanglah kalau ikut manual tu. Siap ada dia bagi recipe dia sekali. Memandangkan baru lepas raya.. barang pun banyak abes kat Tesco tu, makanya gua buat roti pakai all-purpose flour saja. Tambah sket mixed raisins. Harap harap jadi.. ni entry ni baru lepas bawak kuar roti. Baru masak
Nanti gua update lagi pasal rotiiiiii….
P/S : Ok. Ini bukan kehendak merepek. See see.. kan dah buat roti seketul. Next kemahuan adalah mesin jahit .. hihihih
Kalau hilang remotenya!
Aritu pindah pindah, ntah mana laaa laki gua sorok remote wd-tv, remote tv n astro bilik punya. End up, nak pasang wd-tv tu aritu, pening kepala dok carik remote tu sebab without remote , memang tak leh guna lah.
Pening jugak laa mikirkan masalah ni. Cewah.. cam besa sangat kan? Memang besar laaa sebab gua dah tergedik gedik ni nak tgk Glee n Cougar Town Season 2. Nasib jumpa web n number phone. Terus call… n bestnya. They will send a new remote foc. Bagus kan?
Hari ni remote sampai. All the way from Spore using FedEx. Bagusnyaaa.. memang service tip top. Hidup gua dah kembali ceria bersama wd-tv tersayang. Cepat suggest, citer apa yang best lagi ni.. hihihi
Saper yang ada masalah remote wd-tv hilang, boleh hantar email ke support atau klik http://wdc.custhelp.com/cgi-bin/wdc.cfg/php/enduser/ask.php. Atau untuk enquiry, call ini number 1800881908.
P/S : Baru start beryoga kembali. Perghhh..terseksanyaaa rasa….
Why I Like It Longer
Banyak benda yang kita suka bila ianya panjang (longer). Lebih panjang lebih suka *wink*. Tak percaya? Percayalah kerana ianya benar.
Macam juga The Harder The Better, The Longer pun The Better jugak. Lets see, selalunya orang berusaha memanjangkan semua yang pendek. Serius tak tipu. Bila rambut tu pendek, usaha menyimpan supaya ianya akan panjang. Bila rantai leher nya pendek, secara bersusah payah membodek tok laki supaya belikan rantai yang lebih panjang. “Baru laaa orang boleh nampak walaupun pakai tudung tutup dada”. Paling penting, semua manusia pasti mengharapkan umur yang panjang lagi bagus. The longer we live, the better. Kan kan?
This time, I don’t want a longer necklace than the one I have for the past 6 years. I just want a longer handphone. It’s true, no more handphone pendek dan katik yang dulunya satu musim. Semuanya mahu handphone yang kecil dan pendek. Sudahnya, simpan dalam bag pun boleh hilang. Simpan dalam poket pun susah mahu di capai akibat too short n small. Bravo to LG kerana telah membuat satu pembaharuan untuk LG Chocolate. Mahu tahu apa specialnya bila ia lebih panjang dari biasa? Ehem.. ia itu adalah LG Chocolate BL 40. Yes people, ada juga benda lain yang lagi special bila ianya panjang. I know :P
Istimewa bila ianya (LG Chocolate BL40) lebih panjang dari biasa adalah pada 4.0 inch widescreennya dengan 21:9 aspect ratio untuk panoramic, cinema-like quality and optimal mobile computing experience.. Mana mau cari? Itu adalah daya penarik utamanya. Longer than usual kan? Bukan sekadar mempunyai widescreen, malahan the wide screen itu mampu memaparkan 2 display berlainan secara serentak melalui Dual Screen UI nya. Hebat kan? Apa lagi yang anda impikan?
Nak tunjukkan lagi ke’best’an LG Chocolate BL40 ni lagi… dek kerna ke’longer‘annya tu, melayari internet melalui handphone juga menjadi lebih mudah. Mana taknya, dengan 800 pixels, dah tak perlu nak scroll horizontally untuk melihat keseluruhan web page. Menonton video juga puas dengan phone yang mendapat nama ‘The Supermodel of Phones”. Magazine terhebat seperti Vogue, GQ, ELLE and Esquire tanpa segan silu lagi dah proclaimed LG Chocolate terbaru ini sebagai breathtakingly sleek supermodel. Slim dan longer dari biasa.. layak betul di gelar supermodel. Walaupun longer than other phones tapi slim menyebabkan phone in tidak berat langsung.
Tertanya tanya bagaimana rupa phone yang heboh kerana ke‘longer‘an ni? Memang menarik LG Chocolate dengan wide screen yang overlaid dengan curved tempered glass dan kemas di dalam case berwarna glossy hitam dan red highlights.

Why I Like It Longer? Read the whole entry.. then u'll know.
P/S : Kerana ‘The Longer The Better“, entry ni sengaja di longer kan. Yes, i like it longer…. *wink*













http://farshidhanin.blogspot.com/2011/03/my-first-contest-contest-photo-anakku.html
http://ibzatech.com/


