Advert
Archives
Categories
Calendar
May 2012
M T W T F S S
« Apr    
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  
Instagrams
 

Archive for the ‘Meow’ Category

Lega

Lega bebenor ni haa. Aritu, buat mereka yang ada masalah nak masuk dlm blog ni, aatas masalah masalah teknikal yang tertentu.. hampir jadik macam dulu. Hilang semenya. Tensi sket tapi takperlah. Nak buat camner kalau dah nak jadik. Apa pun, thanks to mr dahlin.. berjaya gak restore apa yg patut. Yippie yeh yeh..

Hari ni cuti pulak. Semalam keje half day jer. Lately, badan tak berapa nak sihat lah. Jangan ditanya kenapa. Pagi tadi dah ke klinik and besok nak kene pegi lagi. Untuk check darah pulak. Waduh….

Oh.. lil’ monsters seme dah buas buas n besar dah. Nikmati gambar yang sekeping ni seba tengah tak berapa nak ada mood ni ha. HIhihih..

Me with the 3 lil' monsters

Me with the 3 lil' monsters

P / S : Wish me luck k. Really need it.

Meow meow

Sajer nak mengupdate eerrr.. pasal lil’ kittens lah. Yelah … dah baper arini kan. Membesar laa sket anak anak kucen ku yang kiut kiut belaka itu. Sebelum di bubuh gambo gambo .. sila amek perhatian. Anak anak kucen ni.. belum dipastikan untuk di adopt atau tidak so jangan berharap yer? Hihihi..

Me wif Miewt & Cleo together with the babies.

Me wif Miewt & Cleo together with the babies.

Cleo ngan babies nya. Gerammm jer ..

Cleo ngan babies nya. Gerammm jer ..

Babies kucen dah pakai bukak mata sket sket dah. Syiok betul rasa tgk mata dah nak bukak. Mesti nanti kiut kiut jer… playful cam Miewt n manja cam Cleo. Yahooo.. syiok ni

The tilam di beli di Pet Safari, IKANO Power Centre. Skang ada 10% disc so agak murahlaaa jadiknya. Sesuai digunakan di musim musim hujan seperti skang ni.

P /S : Mabuk anak kucen laa plak skang nih. Wakakakaa.. ketiadaan entry entry baru adalah disebabkan ketidaksedapan badan. Cuaca yang empunya angkara… hihhih

I’m so excited

Untuk memberi kepuasan hati kepada beberapa pihak yang mandi tak kenyang.. tidor tak basah, makan tak lena… sekarang di persembahkan.. jeng jeng jengggggg..

Me with the daddy. Muka cengei tu.

Me with the daddy. Muka cengei tu.

Me with the daddy yg kalau amek gambo mata jadik sepet. Muka cam garang jer kan? Sekali nampak katak gomok kat belakang.. mengeow cam nak terkeluar anak tekak. Siap takleh gerak. Wakakakaka.. blah laa miewt.

Miewt ni kitorang amek untuk menghilangkan kesedihan atas kehilangan Soo Soo dulu. Bulan 1 tahun lepas dia ni di adopt. Time tu baru sebulan. Kencin pun kitorang yg lapkan lubang nonek sebab dr kater takut nanti tersumbat. Siap minum susu dlm botol lagi. Jalan pun senget senget. Tak sangka dah jadik bapak kucen. Kiut betul laaa perangai si Miewt ni sebelum dia akil baligh. Sekarang, kontrol macho mengalahkan mat rempit yang  menang racing. Tensi tau !Nasib baik perangai style kiut lagi Cume bab eksyen tu buleh buat saya rasa cam mau men’sula’ Miewt. Biar dia terseksa sambil menggenggam rumput.

Ini 1st anak Miewt so dia cam agak agak kontrol macho lah. Maybe dlm hati terharu agaknyer. Siap cam pakcik pakcik keypoh. Ngintai si Cleo duk beranak. Susah mak bidan nak buat keje tau. Erkkk ! Asal daguku nampak berlapis siap senget sebelah plak tu? Brengset. Takleh di harap punyer kamera. Ni yang rasa cam kene beli kamera yang besar besar tu. Aper orang panggil ? DSLR? Aaaa.. yg tu kan buleh amek gambo lagi cun. (Err.. Dengan harapan big boss baca entry ni.)

The mummy

The mummy

Ok lah. Gambar seterusnyer menampilkan Cleo. The mummy yang dengan tak berapa nak power.. mengeluarkan anak anakyer besertakantung pastu buat muka kerek geli geli tgk anak sendiri. Geram jer.. nak taknak ngan tangan baru lepas garuk bontot gatal, terpaksa lah tolong koyakkan kantung kantung baby kucen tu seme. Siap lap sket sket menggunakan tuala Good Morning tu. Nasib tuala tu murah. Memang buang jer laa lepas ni. Nasib 2 helai jer yang tercemar duli. Cleo ni manja ya rabbi. Suka sangat buat tarian exotic kat tengah tengah rumah.

Cleo gilos. Beranak dalam cage 3 tingkat tu. Dari tingkat 3, anak dia kelepuk jatuh sampai bawah. Nasib hidup yang sekor tu. Lepas tu, baru saya dengan keberanian waja.. angkat Cleo yang penuh darah masuk cage putih. Cam jaring katil spital kerajaan plak. Kasi dia sambung beranak dlm cage yang selamat ni plak.

Ini keberanakkan kali kedua Cleo. Dulu, ngan aruah suami pertama. Cocoa yang macho. Errr.. takleh nak citer lebih sebab COcoa bisa buat guwe nganges. Lepas beranak, muka Cleo makin kiut lah. Nampak berseri seri jer. Nasib b4 beranak aritu dah g spa. Cewah.. kucen anta g spa. Tuan dia duk berkarat. Harapkan krim mandian susu dari J & J jer. Kut kut putih berseri. This time kire sama kasta lah. Both of them adalah persian. Dua dua di beli dan dua dua eksyen tau. Agaknyer diaorang Persian, ingat diorang dari luar negara kut eh? Kerek lebih jer masing masing. Tak sedor.. sorang lahir kat Tmn Equine n sekor lagi lahir kat Kelana Jaya. Bulu lebih pun berlagak. Nasib dua dua masih bermuka dan berperangai kiut.

Yer… gambar selanjut nyer.. huhuh. Bawak bertenang sekelian alam. Ekslusif untuk anda sekelian. Anak anak kucen ku yang baru. Yahoooo !

Saya punye bungkusan kegembiraan

Saya punye bungkusan kegembiraan

P/S : Too cute too be true. Kami sedang mencarik bakul kuceng yang agak besar. Maner ada jual murah murah eh? Mau mau..

Related Posts with Thumbnails
Penziarah
My Store
Mari Berpipit
kakakdegil.fm
NetworkedBlogs