Archive for the ‘Meow’ Category
Meyong :-)


Hazel sekarang sejak balik dr kl aritu dah ada kawan baru.
Nama Meyong. Actually, mmg semua kucen dia panggil meyong. Sebab menda alah ni pon rupa kucen, meyong jadik nama dia. Jgn taktau, sayang betul dia kat meyong ni. Jgn cuba karate or tumbuk meyong dia. Hahaha…. Sbb gua selalu je buat. Time geram sgt kat mek ni, takkan nak belasah anak sendiri plak kan… Makanya, gua belasah si meyong. Meyong menten tp tuan meyong menanges mcm kena dera. Hahaha.. Puas hati mak!
Murah je pon meyong ni. Masa g JJ la, dia nampak… Bawak merata sekali ingat nak letak semula la, sudah… Dia teriak la plak dlm JJ tu. Mujur murah, bayar je la. Terjaga tido tgh malam, dia mesti ketuk pintu bilik dia nak kuar, bila kita bukak pintu bilik dia, eh, kiuttttt. Menange sambil pelok meyong.. Alololoooo….
Geramlah!
Malam tadi, lepas jer balik dari beli apa yang patut.. suruh big boss jaga boss kecik sementara secretary cabuk ni bancuh susu. Tiba tiba .. dengar big boss panggil..
Eh eh.. ada meow kiut lah. Dia datang lepak baring baring kat atas kabinet kasut kat bawah porch ni. Gebu sangat… geramlah! Macam nak kidnap jer. Tak tau kucen saper tapi kesianlah. Kiut tapi tak mandi berapa lama dah. Comot sangat. Gebu tau.. persian ni. Takder collar pulak tu. Ada can nak kena catnap ni. Gua laaa suspek utama. Tak boleh tahan tapi husband kata takyah. Yelah.. nak letak kat mana pulak nanti. Cage cage semua dah illek. Apo nasib

Memanchorkan cahaya..
Everytime nampak gambar yang ada mata gini, mesti teringat vclip Total Eclipse of The Heart (by Bonnie Tyler). Ada part budak budak tu semua mata gini kan. Seram jer…

Haaa.. takdak flash punyer vesrions
Haa.. ni gua amek without flash tapi dicerahkan sket. Kalau tak, golap. Eh.. apa ker pelik ejaan version tu? Salah eja ni… malas lah nak betulkan. Gemuk kan? Yang paling happy nampak kucen ni tak lain tak bukan… si kacang ni la. Beria ia.. siap amek kunci dalam bekas kunci (atas meja phone, rendah jer) suruh bukakkan grill. Dia nak g kat kucen laa tu. Habes di hogahnyaa grill ni sebab nak keluar. Kesian.. bukan taknak kasik tapi risau lah. Kucen ni seriusnya comot. Tapi kiutkannn? Eeeiii.. geram. Teringat kat Miewt.
Sebelum tutup pintu tadi, sempatlah pesan suh dia datang lagi besok. Harap2 kucen ni ingat pesan gua.
P/S : Apa kabar Miewt, Cleo, Moei, Kiewt agaknya? Rindunya zaman dikelilingi makhluk berbulu ni. Dengan bising bunyi loceng kolar masing masing.. bunyi perut Miewt everytime turun tangga. Arrghh.. gua rasa sentimentel lah. Nak nanges :’(
Special For Shasha
Dah buat plan wif Shasha. Lega sangat… at least boleh di percayai dari orang lain. Sebab tu dengan berbesar hatinya haritu kasik Cleo n Moei to her. Baik bagi kat orang yang memang sayang kucen dari kasik kat orang yang bela kucen sebab hobi jer.
Miewt akan kitorang tinggalkan dengan berat hati selama lebih kurang 2 bulan jugak laa nanti. Yelah, dah plan nak balik KB nanti kan… si Ida rocker pun bawak balik KB. Sapa nak jaga Miewt. Thanks again Sha.. tak tau camner gembiranya hati ni bila Sha kata camtu. Happy takdak dah..

Saya lah kucen muka gangster tapi tangkap leleh di rumah ini

Alololoooo.. syiok stim betul rasa..
Ni si Miewt. The only one yang di jaga skang. Plannya nak kasik kat mak n abah tapi cam biarlah ada sekor. Buat peneman bila windu kat meow yang lain. Arghhh.. windunyaaaa kat Cleo, aruah Cocoa, Kiut, aruah Soo Soo, Moei, aruah Smokey yang bila kiter nanges… dia suka letakkan paw dia kat pipi kiter… arghhh…
P/S : Banyak lagi yang di windui.. tapi tiba tiba rasa syahdu n mata dah berkaca.
Hari Penuh Emosi
Semalam (senin) merupakan satu hari yang penuh dengan emosi. Dengan penuh berat hati dan berat badan (68kg..power tak?) gua dah let go Cleo n Moei. Yesh.. i am no longer mak kucen. I am ex-mak kucen. Pilunyer rasa.
Keputusan menlet go yayang yayang saya adalah kerana keadaan tertentu yang memaksa. Bukan desakan orang tapi keputusan saya dan dahlin’ bersama. Bukan semata -mata kerana penambahan keluarga tapi atas masalah tertentu yang mana kalau saya cerita pun, lagi melarat. Walaupun di paksa oleh FIL (melepaskan seme kucen), saya masih boleh buat tak tau tapi masalah yang dihadapi kali ni amat besar sehingga kami tak mampu nak buat apa apa. Once kitorang decide nak let go kucen, i texted Shasha kalau dia nak adopt my yayang and she agreed. So, semalam kami berjumpa dan dengan penuh keikhlasan dan kerelaan… saya lepaskan Cleo n Moei.
Malam sebelum tu pulak layan Marley & Me. Adoi… boleh bayangkan tak? Dah laaa hati duk sedih nak lepaskan pompuan dua ekor tu, layan pulak citer sedih. Ingat citer kelakar.. sekali nak ending tu boleh sedih pulak. Tingat our 1st kucen, Cocoa (Amitabh Bachan) yang kami bela dulu. Kira kitorang kawen, and start pindah rumah baru.. terus amek Cocoa utk di bela. Bulan September ni.. cukuplah setahun Cocoa meninggal dunia. Serius, memang sedih. Pastu biler pikir Cleo & Moei takkan ada di rumah ni lagi. Giler :@) sedih laaa oiii.

Moei before di antar ke ibu angkatnyer

On the way to meet mak angkat.
Aper pun, mak angkat diorang sangat comel and i trust her sangat sangat. Thanks eh untuk buah moktan and manggis. Besh betul laaa…. Puas haa makan sorang sorang. Hihhih..
Malam tu, dahling dengan berbaik ati ajak kuar menenangkan pikiran. Agaknyer laaaa.. So, kuar layan Kluang Station semalam. Jalan jalan seround.. beli sorang sehelai baju at MJ. Pastu, sambung jalan jalan.. berkenan satu baju at 9 months tp aper citer dik.. manik seme tercabut dah .. harga sampai 80 hengget? Baik beli kat MJ. Ado 50% disc. Boleh collect point lagi. Syiok kan? Survey survey .. ingat nak beli Chanel mat lumiere compact tu tapi sebab g ngan dahlin’, mesti leceh. Dia mana mau tunggu tunggu time kiter duk pilih kaler yg kene.. time nak pow sample from promoter. End of discussion, dahlin.. tolong kasik duit.. gua g belli sendiri nanti. Wahahaahaha.. taknak kasik duit, kasik kredit kad. Tau laaa aper nak buat. Nak buat tanduk setan tp cam tak baik. So, amek gamba kiut ni. Alalaaa… i miss u MJ.

Aksi 'devil' kiut.
Eh, lupa nak citer .. satu citer sedih yang lagi menyayat hati. Dah takdak Mc D Mutiara Damansara. Dah di tutup sebab diorang g bukak kat The Curve dah. Sedihnyerrrrrr… sangat sangat. Camner nak drive thru? Bengong laaa..

Makcik tembam bertepung gomak bermata sepet dan Mc D
Tu haaa Mc D kat The Curve. Dekat dengan L’occitane tu ha. Tak sempat g lagi.. lagipun gua windu drive thru.
P/S : Still cuba menceriakan hati yang runsing. Hari ni.. anta baju untuk raya. Nasib tailor kegemaran sudi amek baju lg. Last katanya..











http://farshidhanin.blogspot.com/2011/03/my-first-contest-contest-photo-anakku.html
http://ibzatech.com/


