Dah tak lama kan? Lebih kurang jer 2 minggu lagi, kita pun sambut hari raya.. hari yang mulia..
Tahun ni takder mood nak buat apa pun. Cewah, konon laa. Padahal baju raya sebelum posa dah siap 2 pasang. Wakaka.. 2 pasang jer la. Kasut n bag jer belum beli. Hazel plak tinggal nak beli kasut jer la kut..
Dari hari tu laa dok kata nak beli kasut. Sampai ari ni tak beli lagi. Ada suggestions tak? Aritu ada g tengok kat Mothercare. Takdak yang berkenan pun. Ada sepasang yang berkenan kat Clarks tapi takkan kaust anak lagi mahal dari kasut mak? Mana boleh jalan ini macam..
Mak punya kasut takat ni ada yang berkenan dah kat Metrojaya. Biasa biasa ja.. tapi ingat nak g tengok tengok laa kat OU. Mana tau kut ada lagi power n ngancem dari yang berkenan tu ka. Bak g jugak carik sarung kopek raya. Wakakaka.. Spender raya pun kene ada.
Arghh.. takleh nak update laaa. Ada kacang seketul dok menjerit jerit cam kene dera kat sebelah ni. Geram jer.. Dia jerit sebab takleh bukak my organizer punya butang tu. Haih… buku abc dia takmo baca. Sibuk nak baca buku orang. Kepochiiiii….
P/S : Malasnyaaa nak buat kuih raya. Me miss mak’s tart nenas cair di mulut. Sob sob..
Alhamdulillah…
Susu masih ada walaupun dah 2 minggu berpuasa. Maybe sebab memi minum banyak sampai ngilu pundi kencin kut? Mungkin juga sebab Alpha Lipid yang memi minum? Atau, Anmum Lacta ? Atau Autumnz Organic Nursing Tea? Atau air milo (sampai susah nak beyak), Atau Alfalfa yang memi telan sehari 2 biji?
Mana mana pun tak kisah, janji ada laaaa susu ( . Y . ) untuk Hazel. Kesian…. makan takmau. Memi buat bubur dengan ciken, Hazel buat buat muntah… Memi buat bubur n pumpkin, Hazel jerit jerit. Nak makan Cerelac Oat & Prune jer. Tak jemu ke? Badan Hazel pun tak naik naik pun. Anak orang lain semua montel. Kita ni terbalik. Mak makin montel, anak makin slim. Aiyarkkk…
Tidur pun lepas subuh. Nak kata Hazel posa, macam tak jer. Eh, memang tak posa lah. Asek asek carik ( . Y . ). Malam malam Hazel jadik commando. Army crawl seluruh rumah. Tak cukup dengan tu, Hazel g tarik lak rug depan pintu bilik air. Nak hisap the label. Yer, dah jadik label fetish dah anak dara gua. Huhu..
Eh, raya ni tak beli banyak baju Hazel. Ummi Long dia dah belikan sehelai, Anty Fara dah belikan sehelai, Cik Gee kat KB dah belikan sehelai, baju yang belum sempat pakai ada berhelai helai, maybe nak carik 2-3 helai jer lagi and kasut lah. Kan best kalau Hazel dah boleh bawak bag raya nanti. Boleh memi belikan handbag jugak. Hihihi..

Terima kasih Darlie :D
Gambar penutup adalah belon dan poskad raya (gambar memi and Hazel) yang diambil di pasar ramadhan TTDI isnin aritu. Macam macam… aritu dapat mineral n kurma dari maybank. Bagus bagus.. macam macam ada..
P/S : Tiba tiba gua jatuh cinta dengan mei tai pulak… aiyark. $$$ mana mau carik?
Recent Comments