Archive for the ‘Books’ Category
Books .. WooHoo !
Dah lama tak rasa bahagia di kelilingi buku buku idaman kalbu.
Yaa.. sini bukanlah tempat bahagia untuk koleksi buku gua. Rindunyaaa kat Borders and MPH tak terkata. Hihihi.. nikmat beli buku di kedai dan online adalah jauh bezanya. Tpi syukur ada internet. Hihihih

Magazine baru beli :D
Bila boring, singgah kedai buku and beli magazine. Oh! Another one is missing. Majalah NUR. Wah gitu.. hihihi ;P Mingguan wanita tu tertarik nak beli sebab ada Erra Pajira. Yes, minat kat dia. Cantik !

Yahooo.. lovin' it..
Yeayyy.. finally. Got this
Happy tak terkira.. nak nak The Cuter Book tu. Sangat sukaaaaa.. Semua kiut. Hari hari selak buku ni.. next thing is to buy felt

Paling best!
Ni paling best. Bukan sebab 1Hari 1 Resipi tapi sebab it’s a gift from my SIL. Thanks Kjue
Wah! Hint hint suruh masak ke ni? Tapi memang menari. Tau tak saper tulis ni? Chef Hanieliza yang glamer tu. Memang simple dan mudah jer. Insyallah.. akan digunakan sebaik mungkin. Cewah..
Lagi buku? Takat ni.. tu jer yang ada. Yelah.. mana ada kedai best best untuk beli buku best best. MPH takmo consider bukak kedai kat sini ke eh?
P/S : I just love books and apparently, Hazel pun sama. Love you kacang!
KLMJ
Semalam takde keje ..so, sambil sambil.. terbukak blog lama gua. Huhuhu.. memories! Start berblogging Dec 2003. Dalam 3 bulan lepas jumpa dahling. Kenal dalam 5-bulan dah. Huhuhuh.. bila baca balik, tergelak gelak pun ada. Macam2 ada, kes terpeleot depan Indon construction ada, kene kacau hantu ada, bersuka ria ada.. macam macam lah. Rasanya blogging time dulu lagi open. Yelah, suami takde.. boleh meluahkan rasa hati yang terbuku dengan freedom. Dulu pun meriah dengan button link. Semua blog pun rasa nak buat button ni. Tak pakai link wording saja. Wahahahaha..
Hihihi.. ni button mula mula
Siap tukar kaler ok..
Button ni pun orang buatkan. Time ni skin blog.. semua orang buatkan. Best betul laaa. Keje gua cuma buh coding editor jer. Nak buh benda tu semua kat belah mana.

Antara theme pic

Lagi theme pic

1st theme pic :D

Last theme pic yang digunakan. Over syahdu :'(
Ni semua dahling buatkan dulu. Time errr berskandal dulu. Nak cakap bercinta pun takleh jugak.. senang cakap skandal laa. Cewah.. Banyak lagi sebenarnya tp yang ni jer rajin nak buh.
Dulu citer details sangat. Sampaikan pergi pasar malam beli apa pun citer. Macam macam cerita ada sebab dulu balik keje naik bas. Buleh kata ada jer citer pasal balik keja. Citer pasal rumah sewa.. pasal bos, pasal masalah keja.. macam macam la. Tapi memang enjoy.. ada jer aktiviti nak buat.
Ntah mana abes hilang abang mus ;D, zam, sai, banai, bradz and ada lagi laa sorang dua. Yang tinggal Fara (hihhihi.. dah 8 thn kita kenal Fara.. lamanyaaaa) and cake. Hihihi.. kelakar baca citer keluar ngan cake ni. Hahaha.. kuat melilau budak ni.
Dulu entry takyah buh gambar pun ok jer. Bila baca blog ni semula, nak tersengih pulak. Alaaa.. teringat dulu malu malu. Pastu gila wayang.. asek laa menonton wayang jer keje. Sanggup pergi merata nak tgk wayang punya pasal. Yelah, kalau tak nak buat apa lagi. Wayang, makan, makan, wayang. Tu jer laaa aktiviti time berdating.

Gambar tolol!
Hahah.. jumpa gambar ni jugak. Ingat entry ni? Ini antara gambar pertama kitorang amek. Kat Tesco kut kalau tak salah. Hahahah.. pakai pun kamera henpon zaman tu. Kecik jaaa gambar ; )

Sape ni? Slimnyaaaaa :'(
Time dating kat MidValley. Woohoo.. Banyak lagi gambar hilang. Sedih pulak rasa. Ntah mana pergi dah. Dah laa gambar honeymoon pun banyak hilang. HD crashed. Pilu gua rasa..

Wah.. gambar time hangit bercenta :D

Embamnyaaa pipiku dengan abe hensem :p
Sekali sekala bila boring, baca balik or imbas semula memori dulu.. best eh. Bila baca balik blog tu, eh… pernah eh aku buat gini, or eh.. ada hantu bisik tepi telinga laa dulu or.. hiihihi.. malu nak citer. Apa pun.. semuanya best. Bak kata cake “KLMJ”. Kenangan Lalu Mengusik Jiwa … syahdu betul ayat!
P/S : My 1st entry blog on Dec 2003 ;D U guys can read it here –> kakakdegil.blogdrive.com
Mini Me :P
Menarik rasa hari ni. Tengahari siapkan Hazel. Lepas lunch (Hazel yang tak posa), terus kuar.
After waiting, quite long lah.. gembiranya bila nampak Mini Shopaholic kat rak Times BS tadi. Wallaweh…. syioknya. Apo laie, gegas lah amek n bayar. Actually, misi utama nak carik toys untuk stroller Hazel. Takder rejeki lah Hazel, dah abes plak. Kesian. Nak beli kasut.. takde yang cun pulak. Nak beli baju, mahal lah sangat… nanti besok kiter g OU plak eh.
Wahaha… gambar last tu diambil time orang sedang berbuka. Kitorang tengah layan berbuka n biarkan dia jadik commando. Tup tup.. eh eh.. bawah meja dah. Terer.. Besok boleh masuk exam jadik commando. Lusa boleh masuk hutan lawan komunis. Tapi nak jadik askar? Nehiiii kabi nehi.
Oh ! Buku Mini Shopaholic dijual pada harga RM69.90. Beli jangan tak beli
P/S : Still searching for a very cute mei tai. Any suggestion?
Dah beli jugak ..
Tak dak laa banyak sangat pun $$$. Kut satgi ada orang buat entry “Aku tak habiskan duit laki” pulak. Hari Isnin punya citer ni. Lagi sekali kuar berdating ngan Hazel. Yer.. dah takder kawan lain. Ni jer laaaa kawan gua dunia n akhirat.

1st time bfast Mc D bersama cik kacang tersayang..
Tak pergi jauh jauh pun. Again, ke The Curve. Suka lah The Curve ni sebab memang baby friendly sangat. Senang lah sebab selalunya kuar berdua jer. Nak salin diaper or kasik ( . Y . ) pun senang kat sini. Survey apa yang patut.. n siap bfast dulu kat sini, beli buku citer lagi dan lagi dan lagi. Buku citer ni saja nak bacakan untuk Hazel.

Menengok gambo warna warni. Sampai kembung pipi
Sebab tgk dia layan buku, so beli lah buku citer lagi hari tu. Ala.. murah murah sangat. Siap dadda dia request nak buku Jungle Book pulak. Huhu.. layankan ajo lah. Kalau mood bagus, sambil tgk buku… sambil dia membebel. Buat memi bertambah kagum gitu…

Ikea's baby room yang luas.
Setel ni, ke Ikano pulak.. g Ikea nak survey changing table. Tiba tiba si kecik ni ehek ehek.. nak tetet pulak. G baby room Ikea. Satu bilik jer ek? Mujur luas n selesa jugak. Ini laaa baby room yang si kacang paling suka sebab kepala dia ligat pusing pusing tgk dinding. Penat memi nak control supaya tak jatuh. Nasib memi mu ini wonder woman. Hihihi.. Siap sempat memi wee wee kejap kat tandas utk handicapped tu. Bukan apa.. boleh bawak masuk stroller sekali. Luas kan. Nasib ada pakcik baik hati yang bukakan pintu tandas. Terima kasih pakcik-baik-hati-muka-seiras-rahim-razali.
Setel Ikea, patah semula ke The Curve. Sebab hati sudah tertarik tarik mahu membeli sesuatu. Yer.. walaupun kepam satu badan dah time ni.. jika gua mau… gua mau. Jangan melawan. So, bawak si kecik ni ke The Curve lagi. Lagi salin diaper n kasik tetet. G ke baby room kat sebelah MC lagi. Tak tau kenapa, hari ni Hazel good mood so semua orang suka tgur dia. Lagi best, dalam lif.. ada this group of chinese ladies ingat gua kawen omputeh ok. Wakakakakaka.. sebab Hazel sangat fair. Gilos !

Barang pink itu laaa yg tak tahan nak beli !
Buku n budak ulat (yes.. namanya.. ) di beli di MPH Sale n Bumbo seat di beli di Ovo. Budak ulat sangat best. Ada bunyi bunyian tapi si budak kacang hanya tau kunyah jer kepala budak ulat ni. Adoi…

The budak kacang n her budak ulat :D
Oh.. dah beli baby monitor dah semalam. Cheap cheap one only but worth every cent of it. Sangat puas hati. Next entry laaa eh. A bit bz today. Hopefully, project terbaru akan berjalan lancar. Amin
P/S : Mana nak cari susu S26?












http://ibzatech.com/
MumsLuvBaby


