Archive for the ‘Announcement’ Category
Welcoming new family member
Cewah..
Kami dengan ini mengalu alukan kedatangan ahli keluarga terbaru, Momot and Bebe.
Gomok pulak tu.. Hahahah
Kalau anda bijak bistari, apakah Momot and Bebe ini? Rhyme kan? Hahahahah
P/S : untuk jiran2 yg gua sayangi sepenuh hati, koneksyen masih mcm toot untuk online. Dah beli modem baru pun still ngoi. Harap maklum..
Minta maaf ? My (_|_)
Geram gua tak abes lagi. Tolonglah.. hati oh hati. Bawak bertenang..
Dengan ini, kami, Shahrul dan Yushairi, pemilik perniagaan Petknode Online Pet Store, dengan hati yang tulus ikhlas dan rasa rendah diri, ingin menyampaikan rasa terkilan dan bersalah kerana gagal memberikan perkhidmatan yang terbaik seperti yang dijanjikan. Kami mengakui kesilapan kami dalam menguruskan pusat jagaan kucing kami sehingga kebajikan kucing-kucing pelanggan diabaikan. Kami amat menyesal disebabkan gagal mendapatkan tenaga pekerja untuk membantu kami menguruskan pusat jagaan kucing dan sebagai perniagaan yang kecil, kekangan modal dan sumber yang terhad menyebabkan kegagalan kami menyediakan tempat tinggal yang terurus untuk kucing-kucing pelanggan. Walaubagaimanapun, kami telah cuba yang termampu untuk menguruskan kucing-kucing pelanggan dengan segala sumber yang ada.
Kami memohon maaf kerana menyebabkan kucing-kucing pelanggan menjadi tertekan, kurang makan dan minum, terabai kebajikannya disebabkan kekurangan dan kelemahan kami sendiri.
Ini gua copy paste notis from Petknode Durjana tu. Tak sakit jiwa ke baca? Meh sket nak komen by line.
Dengan ini, kami, Shahrul dan Yushairi, pemilik perniagaan Petknode Online Pet Store, dengan hati yang tulus ikhlas dan rasa rendah diri, ingin menyampaikan rasa terkilan dan bersalah kerana gagal memberikan perkhidmatan yang terbaik seperti yang dijanjikan. Kami mengakui kesilapan kami dalam menguruskan pusat jagaan kucing kami sehingga kebajikan kucing-kucing pelanggan diabaikan. - Bukan tersilap dalam menguruskan. Kalau tersilap.. korang akan berusaha utk betulkan. Ini korang biarkan sampai mati, melekat kat lantai kedai.. ape tu? Itu perangai orang saiko tau tak??
Kami amat menyesal disebabkan gagal mendapatkan tenaga pekerja untuk membantu kami menguruskan pusat jagaan kucing dan sebagai perniagaan yang kecil, kekangan modal dan sumber yang terhad menyebabkan kegagalan kami menyediakan tempat tinggal yang terurus untuk kucing-kucing pelanggan. - Tak guna menyesal. Kenapa masa mula mula buat promo tak pikir semua tu? Ok.. promo diorang dah buat awal awal lagi. Kaw kaw punya promo diorang buat! Tipu laaa tak jumpa langsung org yg sanggup jaga. Even kalau tak jumpa tenaga pekerja, you as the owner, orang yang bersungguh sungguh bukak kedai, turun padanglah! Duit nak! Jaga taknak! Masa terima kucen tu semua, tak pikir pasal ni ke? Sedar diri pun takder modal, sumber terhad tapi masa orang berpusu pusu hantar pet diorang, masa orang bayar duit beratus ratus, lupa diri terus eh? Lupa pasal modal.. pasal sumber terhad tu? Cakap macam orang dungu!!!!
Walaubagaimanapun, kami telah cuba yang termampu untuk menguruskan kucing-kucing pelanggan dengan segala sumber yang ada. - Paling bodoh sekali. Kenapa ada owner claim makanan yang diorang tinggalkan utk pet diorang tak luak langsung? Sumber apa korang kasi? Cakap pakai otak laaa wehhhh.. jgn pakai lubang pusat gendut tu!!
Kami memohon maaf kerana menyebabkan kucing-kucing pelanggan menjadi tertekan, kurang makan dan minum, terabai kebajikannya disebabkan kekurangan dan kelemahan kami sendiri. - Bukan takat tertekan, kurang makan and minum, terabai.. ada yang matiiii tau tak? Apa komen korang pasal tu? Takat maaf tak jadik apa weh. Apa kata sertakan ganti rugi? Bayar balik duit customer semua? Ke.. dah abes buat belanja raya. Yuckkk!!!! Jadik apa eh duit tu? Pikir sendiri laaa!!! Apa kata kalau betul ikhlas minta maaf, serah diri untuk dikurung secara bogel dalam cage kecik berdua. Tanpa makan minum n toilet pun. Aku rasa itu pun belum tentu setimpal dengan apa yg korang dah buat.
Kalau tak reti jaga amanah orang, jgn terima !
P/S : Aku memang garang.. tapi garang garang manja. Macam kucen jugak.. meowww…
Apa salah mereka ?
Sedih kan tajuk? Memang citer sedih. Saper yang ikut timeline twitter aku ke, peeja ke, izyahya ke, chics ke .. boleh baca citer ni. Pasal Petknode yang bertindak diluar kemanusiaan.
Bila buat bisnes melibatkan nyawa.. kena amek tanggungjawap. Orang bayar untuk kita jagakan nyawa nyawa tu. Orang bayar untuk pastikan kesayangan mereka dapat yang terbaik. Bukan murah ok.. dah la menipu. Dibiarkan semuanya kebuluran dan kotor. Apa punya manusia ni?
Kes petknode ni. Dalam website buh gambar bilik cun cun. Caj murah2 jer.. memang la orang akan terpengaruh. Promosi hebat. Bila rambang mata.. sampai beratus ekor di sanggup jaga. Kononnya akan ada org jagakan masa raya nanti. Dah abes raya, owner kontek utk dapatkan kucen mereka, diorang offer utk hantar sendiri. Itu pun kucen yg owner dapat semua kotor, kurus kering.. macam tersiksa jer.
Kemuncak bila hari ni.. diorang pecahkan pintu kedai sebab owner kedai taknak pickup phone.. taknak bukak kedai. Apa yang diorang nampak? Kucen dalam keadaan tersiksa.. duk berhimpit dlm cage kecik. Ada yg terlepas keluar. Najis bersepah sepah… makanan minuman semua kosong. Apa masalah sebenar?
Even kalau kata diorang tak bersalah.. diorang bayarkan someone utk jaga kucen tu, aku takleh terima. Ko punya kedai.. ko takkan sewenang wenang tinggalkan org utk jaga gitu jer. Takkan ko tak check? Lagipun, takkan ko konfiden ko mampu bagi layanan sempurna utk beratus kucen? Come on laaaa!!!!!! Nampak sangat tamak haloba kepala hotak berjambul!!!!
Aku memang dah tak bela kucen langsung.. tp aku still takleh terima apa apa kekejaman pada binatang. Bukan takat kucen lah.. binatang lain pun. Bukan takat binatang lah.. apa apa kekejaman pun. Aku tak paham .. sekejam itu diorang sanggup buat. Siap mati tu yang mmg takleh terima. Kita bela kucen, sanggup sehabis daya nak kasi kucen tu sihat.. bila kita amek binatang bela, amanah untuk kita tu. Berdosa kita menzalimi binatang tu.. inikan dibiar sampai mati. :@) sungguh laaa weeehhhhhh!!!!!!!
For more info korang boleh pergi sini http://www.petfinder.my/blogs/posts/4733-Cruelty_At_Its_Worst_the_Pet_Boarding_Case.htm
Sampai tinggal tulang n kulit jer. Zalim!!!!
Untuk yang membantu, boleh pergi ke Kucing Terbiar & Anjing Jalanan di FB.
P/S : Kita doakan yang terbaik !!!
Keji tau!
Hari tu, refer entry ni Praaappp kan kitorang keluar untuk lunch tu, husband bawak pergi satu restoren ni. Ingat nak makan tempat biasa tapi cam saja laaa nak tukar tempat pulak.. so kitorang ke Homes Cafe.
Mula2, cam best jer sebab macam macam ada. Pulut deghoyan with santan pun ada. Nasi ayam, kuzi daging.. semua ada. So kitorang order nasi ayam 1, n husband amek nasik ngan lauk lauk termasuk kuzi.

Sirap yg nampak style!
Nasi ayam agak ngarut sebab dia letak butter kat nasi n butter tu tak cair pun. Buat nasik tu jadik berketul tapi ayam dia agak boleh tahan.. So, sambil suap.. sambil makan. Then, husband nak rasa nasi ayam so dia passkan nasi dia to me. Makan makan.. kais kais.. tiba tibaaaaa

Ado kuzi lalat plakkkkkk !!!!!
Stupido ass kan? Eeeiii.. memang :@) tau. So, terus laaa nak chow kan. Bila panggil akak tu suruh kira and kitorang bagitau ada lalat, boleh pulak akak tu jeling n g kaunter, kira. Datang balik.. bagitau harga. Takder cakap sorry or apa apa. Kurang ajaq kan? Camni ke meniaga? Kedai gred kebersihan A konon! Perangai cam tahik laaa.. kita cakap cara baik pulak tu walaupun hampir termakan kuzi lalat tu. Kedai corner lot sederet ngan kedai makan mutiara tu. Homes cafe tahik!
Untuk menghilangkan rasa melugai tu.. dahling bawak ke cafe muhibbah plak. Makan eskrem katanya
Sederet jugak tp bertutup n serve dessert saja.

Nom nom nommm
Sedap tuuu. Licin kitorang bedal. Sekali ngan mini roll cake tu. Memang sedap n murah jer. Cafe tu pun takder orang. Hihihihi… kitorang jer. Suka laaa si kecik tu meronda.

Budak kecik kemam mulut isap eskrem :D
Suka laaa dia ni sebab makan eskrem. Sambil tu makan roll cake pulak. Lagi laa syiok eh. Pastu, apa lagi.. terlebih gula laa dia. Hahahah… tak reti duk diam. Menggeletis 24 jam. Alaa.. rindu pulak…
P/S : Bila dia tidur, rumah terus jadi sunyi. Memi miss u lil kacangku yang dah besar.











http://farshidhanin.blogspot.com/2011/03/my-first-contest-contest-photo-anakku.html
http://ibzatech.com/


