Advert

Go to Mama Panda's FB Page
Archives
Categories
Calendar
May 2012
S M T W T F S
« Apr   Jun »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
Instagram
 

Ada kat sini lagi :(

Patut khamis lepas, gua dah selamat sampai kl. Mungkin patut hari ni, gua tengah cuci cuci mata.. n layan perut di waroeng penyet. Apakan daya..nasib tak menyebelahi. Mempenyet laaa gua kat rumah dengan mektot and dadot.

Koliah dah selamat pulang ke indonesia. Bersatu kembali dengan anak bujangnya. Mujur ada bibik baru secepat munkin ni .. hahah. Nama Yus. Agak bergaya orangnya. Orang bandar laa katakan. Bersubang emas, berlipstik every single time. Perkara pertama dia suruh gua beli, penyental badan tu. Tak ada juga kes ketiak hanget. Bagus jugalah kan..

Kakakdegil’s Store masih hidup ya. Ada buku baru telah gua letak semalam. Besok akan ada. Malah besok akan gua letak buku buku murah. Tak sabar pulak nak clearkan tempat longgok buku ni sebab gua nak buat projek baru plak. Macam takde keje je kan. Alaaa.. biar la eh. Nak kuar pun takde gang. Kalau ada, boleh gua lepak minum2. Ni berkepit jer mektot sambil layan kartun. Hahahah.. ingat tak boring ke? Mektot bila tgk mimish maush mana pedulik ke apa dah.. hatta mak sendiri pun. Bolayan jer…

Arghh.. rindu nak balik kg juga. Jumpa mak abah.. cuma bila tepon.. first 1 min, memang borak ok… pastu ada jer.. nak gaduh dengan mak. Kronik rasanya.. tp serius laaa rindu. Mak abah pun bukan muda lagi. Uish.. nak nanges plak. *kental nonie… kentalllllll* Nak nak bila wassup dengan Fara Charmbutterfly. Lagi teringat kat mak abah tu. Dah laaa gua tak pandai nak nenangkan orang. Kalau ada dekat2 , dah lama kita peluk peluk. Hazel pun boleh pelukkan .. mesti dia cakap “it’s ottte memi.. it’s ottte” (perangai bila peluk orang yang tengah sedih, runsing or pening).

Mesti mak abah tak sabar nak jumpa mektot jugak. Banyak sangat perangai mektot lately ni. Berubah 360′ terus. Dari dulu terkepot2, sekarang asal orang buat baik.. banyak laa mulut dia. Aritu g tupperware beli barang, ada uncle ni tanya.. what is your name? Hazel penuh kelakar jawap.. “awawer (tupperware)”. Oh anop.. sket punya sedap nama dadda reka… awawer jadiknya..

Oh.. besday gua  dah tak lama. Bulan depan jer.. harap harap gua dapat menghadiahi diri sendiri dengan..

Yaa… mesin jahit u olls. Hahaha. U olls gitu. Tak sesuai langsung dengan jiwa kental gua. *puiii* Ini Brother NV50. Memang gua berkenan.. tak dapat yang ni.. gua aim NV30. Bawah dari tu.. taknak. Cita-cita tinggi. Hahah. Nak taruk mana pun gua tak tau.

Tapi lagi best kalau dihadiahi oleh orang lain.. tak gitu abe jiwo ku?

P/S : Best jugak menabung ni eh.. Bila nak guna, rasa kedekutttt sangat.

Related Posts with Thumbnails

2 Responses to “Ada kat sini lagi :(”

Leave a Reply

Thanks ;D
My Store
Mari Berpipit
NetworkedBlogs