Advert

Go to Mama Panda's FB Page
Archives
Categories
Calendar
May 2012
S M T W T F S
« Apr   Jun »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
Instagram
 

Archive for May, 2012

Bz bee!

Serius bz. 24 jam sehari tak cukup. Hari ni keluar awal. Balik je…sibuk siapkan mektot. Mandikan n kasi susu n kasi makan. Pastu layan dia sket2. Dodoi kasi tido. Salin baju gua… Tgk citer korea sambil tangan kutip semua toys mektot. Tengah duduk nak lipat kain…terlena plak.

Sedar2 je lapa maggi plak. Maggi duk dlm microwave..mektot pon bgn. Dodoi kasi lena semula..makan maggi. kemas meja makan…lap lap. Mektot bgn lagi.. Buang masa 2 jam dodoi dia semula tp rupanya dia taknak tido. Kasi dia layan tv..gua basuh pinggan, lap kabinet dapur… Kemas pinggan.. Lap pinggan. Arghhh….

Pukul 4 pg mandi… Pastu try tidokan mektot. Sekarang pukul 5.27 am.. Mektot br terlena.. Alang2 ni..lepas subuh la kut tido.

Bgn tido kemas n mendobi. Yer…mmg tak cukup masa rupanya…

p/s : dahlinggg….nak duit raya lebih tahun ni tau..hahahaha

For mektot ;D

1st project guna cik ungu adalah dress untuk mektot. Yer, main reason nak beli menda alah tu pun memang nak buat baju mektot pun. Ada lebihan kain dari baju raya last year.. cukup laa untuk size cikeding tu kan. Kain semua pun guna yang dah ada. Korek balik kotak kotak bekas jahitan n benang dulu tu. 

Part leher tu 1st time buat, terkecik plak. Tercekik mektot tu pakai.. hahaahha. Second attempt baru ngam. Ikut pattern pakai snap button jer tapi mana gua ada makanya .. gua pun jahit butang tu. Oleh sebab malas menjahit.. maka gua baca manual cik ungu. Eh… boleh jahit button jugak. Ini sudah baguuih dok adaaaa…

Mektot berposing sakan. Nak suh dia try jer masa ni.. tp dia buat syiok pulak. Hehehe. Bagus, memi rasa dihargai sangat. Hahah.

P/S : Alaaaa.. mektot bising tepi telinga suh pok pok dia nak sleepppp… tensiiii makkkk!!!!!

Cinta baru <3

Haa… bukan cinta apa apa. hepppp.. jangan main tuduh tuduh haa. First cinta gua mestilah abam dahling n mektot kacang tu. Dah lama bercita cita ni tp selalu bos mesti tak kasi. Ada jer laaa reason dia. Pasrah jer gua sampai laaa lately ni gua tgk duit tabung gua tu macam bukan main jer beranak pinak. Campur pulak dengan ada mektot yang kalau bagi pakai dress, bukan main dia pusing2 sampai akhirnya terdampar atas karpet. Kalau gua belajar jahit skirt bodo utk mektot pun bagus ni.

Makanya gua pun melakukan research sebaik mungkin. Macam aritu punya entry gua citer pasal nv50 tu kan, mmg laa best sangat. Pastu tiba2 ada promo best pulak dah. Menggaruk kepala gua kejap.  Atas pandangan kawan2 OhseMom gua, maka gua pun rembat ini mesin lah

Memang gua puas hati sangat. Lebih dari itu kut. Banyak function dia n simple digunakan. Boleh sulam jugak (kecik) and only 1-step buttonhole. Kira best laaa bagi gua yang n00b ni. Lagi best sebab ada diskaun berpuluh puluh percent. More that RM1k diskaun tu. Apo ke crazy kan? Ingat aritu nak carik kedai yg jual. Pusing punya pusing satu kota bharu ni.. tak jumpa plak. Email to brother.com.my tu terus and dia kasik henpon number supplier dia yang ada di Tg Chat. Terus gua call n apek tu pun setuju nak dtg rumah demo on monday. Wah.. mengira hari jer gua masa tu.

Bila apek friendly tu datang… yahooooo.. dia terus ajar cara guna. Siap suh gua buat sendiri. Macam cikgu sekolah pun ada. Memang dia ajar sampai paham walaupun cara dia ajar macam gelabah gelabah sket. Mektot pun sama belajar. Hahaha.. makcik etot kepochi mmg suka nyibuk tu :p

Makanya gua pun bawak kuar balik bekas benang gua. Tapi macam berkecah jer lagi ni. Lagi gua tgh carik pattern pulak. Sila beri tunjuk ajer :D

P/S : Nanti boleh buat sulam kat spender. Berseri seri spender spender gua nanti. Eh eh..

Model in the house :D

Hari tu kak long ada tunjuk gamba.. dia jadi model. Wah wah.. katanya saja syiok syiok tolong member. Try jugak collagen tu. Ok sangat katanya..

Tiba2 dalam fb, ada orang tagged kaklong iklan tu. Apo laie.. bila baca plak katanya dalam majalah Nona Jun ni. Cargasssss gua keluar ngan mektot g kb mall. Masa nak balik tu singgah n beli magazine tu. Wahhhh… kaklong tu masuk magazine. Hahaha.. dulu pernah jugak dia masuk magazine. Masa dia attend interview korea airlines. Sekali dah lulus and nak kena antar g korea before failed sebab dia ada history sakit jantung. Kesian..

Teka yang mana satu kaklong gua tu? Jeng jeng jengglot! Yang pakai tudung putih belah kanan tu. Kata kaklong memang ephyra ni bagus. Pores dah nampak kecil. Kurang letih n apa lagi eh aritu dia sms. Tak ingat dah plak..

Gua nak try tp gua ada masalah alergik pada kolagen. Tak sure this one ok ke tak tp ada laa niat suci gua nak try. Bukan this month. This month gua cuma tinggal bulus. Hahahah.. tabung dah kering kontang. Sedih… nanti gua citer eh … ini pun curi curi update blog pukul 4 pagi ni. Gila kan? Yelah.. siang siang bz… jadi bibik. Hahaahaha..

P/S : Satu kampung gua war warkan kaklong jadik model iklan. Jakun? Apa gua pedulik… gua bangga tauuuuu …..

Related Posts with Thumbnails
Thanks ;D
My Store
Mari Berpipit
NetworkedBlogs