Gilo Hensem !
Tadi dah terbongkang kat sofa masa tengah main game kat phone. Hahaha.. kronik! Mula2 tidokan Hazel, dah letak dia dlm bilik gua pun lepak depan tv sambil relax. Masa untuk layan diri sendiri sorang sorang. Gua rasa untuk seorang surirumah.. this is apa yg gua panggil masa emas gua. Masa ni laa gua nak baca balik magazine yang tak pernah baca sehelai sehelai sambil hirup kopi panas depan tv or online dengan aman sambil bersila. Hahaha..
Tup tup baru je duduk atas sofa, bukak citer Yes, Captain yang gua record .. sedar sedar dgr hazel nanges nad tgk jam dah pukul 2. Arghhh.. rugi 2 jam masa emas gua. So takpe laa.. bukak channel CI. Wah.. layan kes bunuh bunuh.. laki didakwa bunuh bini lah, apa lah.. pastu ada Dallas SWAT. Yahooo!!!
Gua memang ada feeling dengan uniform. Haha. Ntah la, bagi gua unifom tu macam smart. Boleh buat orang tak hensem jadi hensem. Kan? Ada yg setuju tak ni? Itu sebab cita-cita gua nak jadik askar. Pastu lepas form 5 bila tahu abah bantah sekeras kerasnya (yer, abah gua yang sorang asakar jugak tu), mmg gua frust. Kan kalau dapat good grade masa spm, boleh serap masuk leftenan muda tu? Gua gagah ok study, dpt pangkat 1 and mmg rasanya famili pun tahu kata gua takde cita cita nak masuk U pun. Eh, yg sokong jadi askar ni mak gua. Hahaha.. terus teringat mak amek borang jadik airforce tapi mak tak tahu ke anak mak ni gayat. Hahahaha.. kut kejung masa naik helikopter, apa pun tak boleh! Ok la, dah takleh jd askar kan. Lepas gua dpt degree, gua dgr dgr kawan cakap apply polis boleh dpt jadi inspektor. Woww weeee… nak! Tapi masa tu bopren kata kalau jadi polis, nanti takdak orang nak. Ada kaaa patut? Tu laa.. bopren gua yang ni ni laa… bapak si Hazel ni. So, gua masuk proton. Eh, pastu proton pun ada uniform tau. Kellassss..

- Ini bukan uniform tp lotus team shirt. Ke eh? Aiseh, lupa laa..
Pernah pegi bukit aman jumpa sup. apa nama tak ingat sebab deal masa launching neo dulu.. kan kitornag minta pinjam polis trafik tu.. tuan polis tu ajak gua join polis tau. Siap nak buat recom. letter lagi.. dia suh masuk pr dept. Wah.. sekali lagi, ada bantahan. Gua redha.. paling best ada org tu beratur nak bayar saman siap cakap “assalamualaikum puan.. saya nak bayar saman”. Hahahaah.. dia bajet gua polis.. yelah baju uniform tu, seluar n kasut hitam. Hahahaha.. boleh laa..
Balik kepada SWAT .. gua rasa semua ni hensem.. hihihih. Setengah tu tak pakai uniform pun menten hensem walau rambut beruban.


Hensemmmmm sangat kan? Nampak macam .. oh! lelaki gagah yg smart ! hahaah.. takper, laki gua pun tahu gua suka layan semua citer SWAT. Agaknya dia pun dah redha kut dpt bini mentel gini..
Tapi.. gua tak rasa polis polis dalam Gerak Khas tu hensem.. jangan buat spekulasi. Tak koser!
P/S : Malaysia punya SWAT tu FRU ke eh?









http://ibzatech.com/
MumsLuvBaby



Ade tgk citer sopi sekuriti x kat warna? Si man posmen raja lawak berlakon. Ada scene memula dia koya jadi swat team, pakai uniform spt gmbr di atas.
Soklan. Adekah dia terdiri dr org yg hensem jugak? Sila jawab dgn ikhlas
Hahahaha.. tak sukaaaaaa soklan ni
Berbelah bahagi nak jawap
Jawap dah dengan ikhlas.. tp jawap dalam hati.. hahahaha