Advert

Go to Mama Panda's FB Page
Archives
Categories
Calendar
February 2012
S M T W T F S
« Jan   Mar »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
26272829  
Instagram
 

Archive for February 23rd, 2012

Hari Hari Malas Serumah !

Cuaca sini panas ya rabbiiii.. makanya seisi rumah pun dilanda hari malas. Malas nak buat apa pun.. gua jer rajin. Rajin terpaksa. Hahahaha.. rajin masak. Hari ni lauk daging masak merah, masak lemak labu, telur dadar n ayam goreng. Cewah.. ayam goreng tu untuk mek kenit lah. Fav. dia layan dengan kicap. Mesti ada kicap.. adoi. Masa ngandung dulu, setitik kicap pun gua tak telan..  Pelikness!

Petang semalam keluar sebab malas masak. Tengahari tu tinggal mek kenit dengan bapak dia, gua ke kedai mok we moh kat depan ni. Beli nasik bungkus. Hihih.. panas yaaaaa amaat. Nak balik rumah kena laaa u-turn depan simpang 4 tu. Boleh pulak satria grey’s anatomy gua mampus masa tengah u-turn. Kete gua auto. Apa kehe plak mapuh ni. Adoi.. start n rem rem sket.. hidup balik.. gilos! Mujur rumah dekat. Tp memang takut laaa kete mati tengah jalan ni. Terus rasa malas nak gi mana2. Takut kete mampus. Nak bawak kete boss, kena isi minyak n isi angin. Lagi 40 juta ganda malas. Petang semalam, g rumah mertua. Dekat jer.. so kalau kete mampus, gua merangkak pun sampai kut. Tak sampai 10 minit pun kalau merangkak. Hahahaha..

Tengok rumah yg tengah bikin. Alhamdulillah.. dah nak siap. Lampu dalam siling dah pasang. Lampu dinding kena tunggu cat dulu. Kitchen cabinet dah selamat pasang. Hob, hood n oven selamat dah.. sinki n paip pun complete. Jamban semua bilik dah pasang. Lemari baju pun dah siap. Aaahhh.. best betul. Porch dah siap. Porch dah siap jugak.. walaweh.. semua dah siap ni. Tingkap jer takder cermin lagi n grill belum siap. Tengah bikin katanya. Perabot pakai yg ada ni jer. Pitih kering.. hahaaha.. pintu gate pun belum pasang. Garden dah ready made.. haahahah.. mil punya.

Dah ronda ronda rumah, si mek kenit buat pasal pulak. taknak balik … aahhh sudah. Dia siap babai babai gua .. halau suh balik. Siap tolak pulak tu.. hadoi ! Sampai hati.. rasa nak nanges betul. Harap bila memi dah tua, jgn pulak di halaunya gitu. Boleh koma memi … sob sob..

Ok.. patut dah boleh start barang. Tapi malasnyaaaaa.. paling malas nak pack barang. Pack barang nak g kl ke, nak balik kg ke, nak pindah ke… semua malas. *plink* kan best kalau ada genie tolon!

P/S : Malasnyaaa nak tido. Dah pukul 3.45 pagi.. malas nak basuh kaki, cuci muka, berus gigi, naik katil, peluk bantal n pejam mata.. malassssss!!!!

Related Posts with Thumbnails