Advert

Go to Mama Panda's FB Page
Archives
Categories
Calendar
February 2012
S M T W T F S
« Jan   Mar »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
26272829  
Instagram
 

Archive for February 16th, 2012

Hazel n frens

Hazel n frens. Itu la frens dia. Siap hafal nama sekor2. Tak ajar pon.. Inilah akibat menonton Disney Junior channel tu every single day. Tu belum dgr dia nyanyi lagu lagu lagi. Einstein tu dia panggil tap tap sebab diorang kan suka tap tgn kat peha pastu sebut tap tap tap tap…

Takpe la anop. Janji bahagia eh…

P/S : next week dah nak kena pack sket sket dah kut barang. Rumah dah nak siap yo! Yahoooo

Hargai masa masih ada

Mak Teh adalah seorang mak sedara yang sebaya dengan saya. Nenek saya dan ibunya adik beradik maka walaupun sebaya, masih lgi ada pangkat dan kami semua panggil mak teh padanya.

Kecik saja orangnya.. sentiasa tak lekang dengan senyuman. Masa kecik dulu, pantang kami pulang ke kampung, mesti makteh akan join sleepover kat rumah mak ngah (mak sedara). Ramai2 tidur bersama sama. Bila makin besar, mak teh masuk sekolah agama dan berasrama maka no more kemesraan tu.

Tapi still, bila kita kenai orang tu dan ada memori bersama, kita mesti akan rasa sedih hiba bila mendapat berita pemergian mereka. Begitu juga saya. Masa form 4, mak teh masuk ke sekolah saya tp kami sekadar bertegur sapa secara ringkas jer. Yelah, dah besar.. masing masing ada geng sendiri. 7hb yang lepas, saya mendapat berita kematian mak teh. Mak Teh yang sebaya saya, malah lagi muda beberapa bulan.. meninggal dunia akibat demam. Mungkin juga kerana serangan jantung (tak dpt dipastikan) meninggalkan seorang suami dan 3 orang anak yang masih kecik kecik, 7, 4 dan 2 thn lebih.

Bila baca nukilan rasa suami arwah, mengalir deras jer airmata ni. Dengan demam biasa jer arwah pergi meninggalkan semuanya. Sekelip mata .. dalam pada duk berpesan dengan suaminya semasa dlm kete ke hospital (sebab demam), sambil sesak nafas.. “susu dan pampers anak anak dah abes” pastu masih memberitahu something.. tau tau arwah diam. Bila suami tgk, mata dah ke atas dan tangan kaki dah terketar. Sekejapan, tak sedarkan diri (sangkaan suami)… rupanya sampai saja di spital, jantung dah berenti dan usaha dr suntik jantung utk berdenyut kembali tak berjaya. Sekelip mata tu jer.. arwah meninggalkan semuanya. Kaum suami boleh insaf bila baca bagaimana menyesal sang suami yang baginya tak pernah menghargai isterinya, si arwah.

Al-Fatihah buat arwah Zaharah Zakaria yang telah pergi meninggalkan kita pada 7hb Feb 2012. Semoga rohnya dicucuri rahmat Tuhan.. amin..

P/S : Sekejap saja kalau dah ajal dah tiba. Innalillah..

Related Posts with Thumbnails