Advert

Go to Mama Panda's FB Page
Archives
Categories
Calendar
February 2012
S M T W T F S
« Jan   Mar »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
26272829  
Instagram
 

Archive for February 9th, 2012

Check out!

Cewah.. cam check out hotel gitu kan..

Takla, kut ada yang taktau.. Hazel dah discharged dah sabtu lepas. Lama dah.. malas nak menaip buat entry. Tengahari tu doktor datang check n bagitau dah boleh kuar. Sabtu ni jer kena g untuk checkup. Harap semua ok. 

Dimana saja, meyong di lupa jangan. Gagah bapak dia kemas bag ptg tu n masukkan sekali meyong ni. Syiok Hazel malam tu nampak bapak dia bawak meyong. Alolo… tp pastu dia bengang dgn drip punya wayar tu, meyong pun kene penangan. Tercampak meyong bawah katil.. pastu, dia jugak nanges tgk meyong jatuh bawah katil. Hai laaa.. tak paham betul.

Masa ni dah boleh checkout. Tunggu bill dulu. Punya laa lama, sampai last last tertidur anak beranak. Tengahari doktor kata boleh keluar, pukul 3.30 baru boleh setel bil. Lama sebab under insurance. Just topup RM333.30 jer. Alhamdulillah sangat. Abes semua orang di babai. Nurse2 kat nurse station pun dia babai. Siap salam cium tangan doktor lagi. Hahahaa.. bagus! Tunjuk rasa berterima kasih pada org yg jaga kita. 

Lately ni, kat kb ni panas ya aa auww. Sampai ke 43′c gitu. Tak ke crazy tu? Maka, gua amek inisiatif utk ajar dia bertocang. Siap cakap ” kalau tak ikat rambut, nanti demam, masuk spital. Mau?” Laju je mek tu jawap.. nanakkkk.. sambil goyang goyang tangan. Hahahaah… tu siap plaster pun ada. Trauma dia.. bila bukak plaster yg tampal bekas jarum drip tu, menanges kawan. Memang trauma betul la tu kut. So, hari hari lepas mandi kena laa salin plaster tu. 

Budak dah sihat tp pakai hood sebab panas masa nak masuk kete. Eiii.. tak koser tau mek ni. Suka bajet2 puteri lilin, takleh kena panas. Huhu. Yang bapak takleh kena panas, bajet bajet Edward Cullen. Hahaha.. siap kena panas, dia suh check, ada nampak glitters tak badan dia. Sabar jer laaa ada ahli keluarga kuat bajet ni. :D

Eh, terima kasih sangat tak terkata for all the wishes n prayers yang tak mungkin terbalas. Alhamdulillah.. sihat sket dah. Walaupun ada lagi selsema n berkahak. Oh, semalam pun badan dia panas semula. Haih.. mungkin sebab kuar petang tu. Hari ni nak try kuarantin dari keluar rumah. Panas sangat cuaca.. angin pun angin panas.

P/S : Apa nak kasi utk hilangkan kahak ek? Letih gua.. bila geli tekak sebab berkahak, satu rumah dia lari jerit jerit “nak ntahhh.. nak ntahhhh ” sebab nak muntah. Kesian si kacang ni..

Related Posts with Thumbnails