Advert

Go to Mama Panda's FB Page
Archives
Categories
Calendar
January 2012
S M T W T F S
« Dec   Feb »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
Instagram
 

Archive for January 25th, 2012

Cuti Sakan

Last week, Hazel kena demam. Kejap panas, kejap tu selsema pulak. Dah baik demam.. dia berkahak pulak. Dr advised cuti sampai betul betul sembuh. So, duk rumah jer laaa mek tu. 

Ni cuti raya cina pulak kan.. 29th nanti baru bukak sekolah. Raya sakan laaa mektot tu. Tido pun lewat. Risau jer nanti.. kut bukak sekolah ni balik, dia cry dalam kelas lagi. Harap2 ok la kut. Next year memang nak tukar sekolah lah. Maybe smart reader depan rumah ni kut. Bukan apa, kalau kinderland kat tempat lain mungkin ok. Sini sebab kinderland ni banyak chinese, dlm kelas teacher lebih byk cakap cina dari english. Anak gua ternganga jer. Lagu untuk aktiviti joget pun lagu cina. Aiyaaaa… mana muleh jadi. Cuma ok laaa.. antar sekolah untuk bersosial dgn rakan sebaya. Dong dong cheng pun ok ajo!

Oh, mek tot ni makin banyak mulut. Ringan laaa mulut dia tu. Macam bertih jagung. Kadang2 nyanyi sorang2, kadang2 ajuk apa tv cakap, paling tak tahan kadang2 dia ajuk apa kita marah dia. Sabar jer … time betul punya marah, kalau dia ajuk.. haha… kene tempik sedas. Kesian plak. Terkebil 5 saat sebelum meraung. Lasak pun boleh tahan.. semua nak panjat. Tadi petang dia panjat tempat telefon tu. Siap duduk ayun kaki kat atas tu. Tau tau nanges sebab tak reti nak turun. Padan mukaaaa.. hahhaa..

Tadi pulak, masa dia tgk Mickey Mouse Clubhouse tu, memang kelakar lah. Bila mickey mouse tu tanya something, dia pun sibuk laaa jawap.. yessss… nooooo. Memang kiut jer tgk. Paling tak tahan.. mickey mouse ajar pasal color. Red, yellow, blue.. dia pun ikut. Yek, yeyyo, pim. Aiyaaaa.. suka ati dia ganti blue tu jadi pink. Pastu dok laaa ulang tu. Yed yeyyo pim. Takper laa anak. Pim dgn blue tu pun bukan jauh beza sangat. :P

Petang tadi, bgn dari nap terus senyum. Gua pun ajak.. jom g rumah mamiwan (dia panggil  mimima) tp lepas memi makan nasik. Yer, gua makan nasik pukul 6 ptg. Hahahah.. so, sementara gua makan nasik tu, dia pun layan la mickey mouse clubhouse tu. Tau tau, eh… sunyinya. Takde sore nyanyi2 or jawap yesss noooo. Tgk2.. alaaa.. dah terlentok. Kesian… Lepas 1/2 jam, dia pun tukar posisi terkangkang sambil mulut nganga. Hahahaha!

Eh, dia pun dah pandai demand. Nak pakai tetium eyyo titi (perfume hello kitty). Huhu….

P/S : Harap2 ada rejeki.. boleh laaa gua buat keje sambilan. Heheheh.. kalau jadi, sila beri sokongan ya!

Related Posts with Thumbnails