Archive for December, 2011
Kaunter Pertanyaan : Kaunter Kecantikan :D
Bertemu lagi dalam segmen Kaunter Pertanyaan … hahahaha
Nak tumpang tanya. Bekas bedak Chanel gua dah pecah dua akibat kecuaian bibil SIL yang kemas meja solek. Nak tutup pun dah tak boleh. Macamana pecah dua bekas bedak tu, macam tu jugakla pecah dua hati gua ni. Maka, gua bernekad.. no more Chanel punya bedak walaupun best tp mahal itu.
Ingat nak try yang lain plak. MAC, Clinique, Averine dah try. Apa lagi brand yang best n elok. Kira muka tak rasa tebal n keras. Juga berbaloi nak beli. Lagi bagus jenis ada refill punya. So, senang skit lah. Bila habes, cuma beli refill. Foundation pulak, ingat nak try Clinique Laser laser apa kelencut tu. Clinique foundation mmg rasa ringan tp gua suka Chanel punya jugak. best! Tp sebab dah abes, nak try Clinique Laser ni. Mana tau, berubah menjadi jelita pulak kut?![]()
Pastu, teringin pulak nak try Estee Lauder Advanced Night Repair Cream. Yer.. saja nak try. Mana tau, muka berseri seri sebelum tidur. Best sket nak posing2 menatap suami. Hahahah! Saper ada exp. pakai menatang alah ni? Try komen sket.. apa perubahan menjadik? Masalah ketara gua adalah kulit dlm berminyak manakala luar dehydrated. Kompleks kan? Memang pun.. apa jenis kulit laaaa ni. Menyusahkan betul ! 
Bila baca review macam best tp tu laa kan. Skin lain lain. Berminat tp dengan harga tu. Woww… kene betul betul tanya pendapat or maybe boleh mintak sample dulu kut? Paling penting, ada jual di KB ni. Letih dah pakai barang yang takde jual kat sini. Susah pulak rasanya..
Harap para pembaca boleh memberi komen atau pendapat kalau produk lain jugak sekali.<– Apa punya ayat ni daa? Paham laa kut eh?
P/S : Dah la kuang ajaq cina kb mall semalam tu kata muka gua flabby. Kalau kata saggy, boleh terima.. ini flabby. Apa ?
Selamat Pengantin Baru <3
Kesinambungan dari entry Selamat Selamanya aritu , Falsya dah selamat bernikah dan resepsi berlangsung di dewan kat jalan duta tu.
Dah selamat jadi isteri pada Irwan yang tinggi, besar dan gagah perkasa. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan selamat. Meriah juga dengar citer. Apa pun, Selamat Pengantin Baru Falsya dearie, semoga kekal seumur hidup bersama, jangan degil-degil, jangan marah-marah .. tunggu kita turun KL. Boleh borak panjang eh.. paling penting, sabar kena banyak

Selamat Pengantin Baru Irwan Ishar & Faizatul Falsya Anuar
P/S : UIts, nak bunga teloq !
Freeeee
Saper tak suka barang free kan? Selalu orang kata “huduhnya design LV yang tu, bagi free pun taknak” Eh, tak bijak laa tu. Kalau taknak pakai pun, dah free.. amek jer la. Hahahah.. jual… dapat duit!
Tapi ini bukan pasal LV, LU or L apa apa lah. Ni pasal Thermos Snack Jar. Hari tu dpat sms bagitau beli 3 tin Mamil Gold 1.6kg akan dapat Thermos ni lah. So, alang-alang Hazel dah minum Mamil Gold ni, apa salahnya beli tin terus kan? Selalu beli kotak jer. Tak pernah plak beli yang tin ni. Yelah, mek tu pun baru jer tukar susu ni. Aritu susu tanpa gula tu ha. Dah lama-lama asek terkincit plak. Lepas minum mesti kincit. Try tukar Mamil Gold sebab ada reader tinggal komen kata bagus. Ingat nak try Friso tp masa nak beli tu, abes la pulak. So, amik Mamil Gold n lepas gua ekjas ekjas sket, ok laa.. dapat diterima oleh tuan puteri mek kacang tu.
So, semalam pergi la ke Tesco lepas lunch dengan kekasih hati dan anak. Cewah! Beli sket jer barang. Eh, bukan semalam. Khamis. Beli 3 tin Mamil Gold tu. Bapak laaa mahal betul. Haih. Mujur anak layan n serasi. No more terkincit tak mengira masa dan masa yang sama selera makan bertambah. Ini yang kita mahu kan emak emak sekelian? Sekali masa nak bayar, free gift tu belum sampai. Makanya kami meninggalkan nama dan kontek number juga no. receipt utk reference. Once stock sampai, mereka akan call.
Semalam, diorang call bagitau benda dah sampai. Yahooo… tapi memandangkan hari Jumaat. Hari dimana seluruh pelusuk kota bharu punya rakyat jelata keluar ke town, hasrat ke Tesco mesti diabaikan. Tak rela bersesak weh. Tengahari tadi baru gi. Mujur la tak ramai sangat rakyat jelata. Hazel pun lately dah layan duk dalam stroller. Bagus! Terus g customer service counter n tunjuk receipt. Masa dia call tu, gua dah bagitau.. gua nak pink punya. Tadi tgk.. ok cun. Pink yaa aaaa aauwww !


Ok laa kan. Cun jugak ye tak? Siap ada sudu kecik tu. Kiut jer. Rasa memang ok sangat dah. Siap boss suh beli lagi 3 tin, nak lagi menda alah ni tapi dia ingat ada anak kembar 4 ke dalam rumah ni nak minum susu banyak2. Hihi. Tgk la.. kalau sempat, boleh beli lagi. Dia ada dua kaler, pink and blue. Only at Tesco tau. Tempat lain kalau beli 40 tin pun, takde Thermos free ni. Harap maklum. Jangan pulak pi kedai maniam beli 3 tin mamil gold ni, pastu mengamuk nak thermos ni.

Inilah tuan puteri mek kacang. Dia memang pantang nampak kamera atau henpon berkamera. Hihi. Mula laaa dia buat posing2 yang tah mana dia belajar. Suka betul tgk gambar2 ni. Happy jer mukanya. Bila Hazel happy, memi punya happy gandaan infinite. Tak terkata. Kiss kiss hug hug cayang cayang memi
Dari segi pose2 tu, disyaki mungkin belajar dari k-pop countdown tu. Bukan main syiok dia layan.. siap nyanyi n joget bersama2. Tapi … jangan sekali-kali jadik fanatik ‘k-popper’ tahu? Jangan mengugut orang dan jangan nak sibuk sibuk pertahankan Korea. Dah kuat sangat ke nak pertahankan Korea tu? Siap konspirasi nak jatuhkan K-pop? Mana punya pahaman laaa diorang ni. Eh, tershashul pulak. I’m sorry…
P/S : Tapi balik rumah tadi, kene bebel 4 round. Bila gua marah je, dia cakap “babai memi” Boleh gitu?
Dah tak lama =(
Next month Hazel akan masuk playschool di Kinderland or dipanggil Kinderplay
Kat sini tak banyak pilihan. Kebanyakkan hanya mengambil budak berumur 3 thn ke atas. Hazel baru 2 thn next year so cuma Kinderplay jer la yang kasi enroll. Boleh start dari 18 mth old. Plan asal nak masukkan ke Fatima Kindergarten. Sama laa macam bapak dia dulu. Alaaaa… mesti kiut bapak dia dulu. Tgk gambar sekolah dulu.. siap pegang sepanduk masa hari sukan. Hahahahaaha.. kiutttt sangat lah…
Siap pagi tu kitorang g meround kat Fatima Kindergarten tu. Memang macam sekolah lah. Ada classroom.. pakai pinafore pulak tu. Sekali bila tanya, 3 thn onward saja so frust. Last last, ada Kinderland yang gua tau memang banyak kat KL kan? Instead, dekat lorong rumah lama gua pun ada seketul. Bila tgk website.. ok.. not bad lah. So, besoknya tepon sekolah tu and buat appt lah nak pi tengok.
Gua pi sorang jer. Cam biasa.. rocker memang independent jer (padahal sendiri tergedik nak pi.. ahahah). Pergi tgk, bawak mek tu and pergi masa kelas lah. Baru boleh nampak environment sebenar kan? Dia macam rumah lot. Dalam kawasan perumahan.. keliling mmg tanah lapang. Gate pun berkunci n jauh dari rumah tu. Masuk tgk, tak besar sangat tp complete lah. Ada bilik mandi dgn sinki kecik, toilet kecik.. pendek kata semua size kanak2. Tgk classroom. Ok.. luas jugak. 1 kelas 15 student with 1 teacher n 1 asst. Siap ada timetable pulak tu tp dah kata playschool. Dalam jadual, ada masa nap, ada dancing class.. hhahahaa, ada character role class jugak. Akan di beri uniform or pakaian beragam mengikut theme lah. Theme occupation ke, theme movie ke.. apa apa kelencut punya theme lah kiranya
Kira dah ok, balik tanya big boss pun ok. Pastu pegi lagi sekali untuk bayar deposit siap siap. Hazel is the only Malay girl dlm school tu. Ada lagi sorang Malay boy. The teacher said that bila Malay datang n tgk semua chinese, semua taknak enroll anak kat situ. hurmm.. tak tau pasal apa. Sebab cook dia muslim, yang jaga baby masa nap pun muslim (indon) and ada teacher muslim juga. Siap cikgunya kata, hazel pun tak nampak melayu jugak.. hahahaha. Elok la tu. Jangan anak gua balik cakap cengcong cengcong sudah. Saper nak paham.. huhu.
Tak sure next month tu start kelas berapa haribulan. Yang sure.. rasanya mau guna nanges depan gate tu. Hahahaha. Bapak dia siap nak beli camcorder baru sebab nak record. Saper nak beli camcorder lama pakai mini tape punya? Memang murah in a very good condition siap box. Iklan sket
Ingat nak teman jer Hazel kat sekolah tu nanti. Dari 8.30 am – 12.30 pm. 4 jam jer per. hehehe.. tak lama kut?
Lepas kelas, boleh memi bawak Hazel makan cikem aish (ciken rice) kat kb mall. Amacam? Ada best?

Oh, ini di Tropicana Mall. Bukan KB Mall
P/S : Tak sabar nak beli botol air n bekas makanan Hazel. Beg sekolah provided so takleh nak beli beg pink ada roda









http://ibzatech.com/
MumsLuvBaby


