Advert

Go to Mama Panda's FB Page
Archives
Categories
Calendar
May 2011
S M T W T F S
« Apr   Jun »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
Instagram
 

Archive for May 25th, 2011

Bercanda di pasiran pantai..

Selalu pi pantai ni sefamili tapi tak pernah laa duk berpiknik or kasik mek tot tu main pasir n air.

Aritu, saja laa kan.. asek bawak bershopping ja, sampai lembik lutut mak.. gu bawak ke pantai pulak. Thanks to makcik nina sebab belanja bikini untuk mek kacang ni.

Kat Pantai Irama

Yes, masih baju yang sama. Hahahaah.. fav lah baju ni. Dah laa kain sedap, boleh berboria dengan anak pulak tu. Nasib takdak topi pink. Kalau tak, mesti nak beli n pakai sama sama jugak.

Ini lagak kiut Hazel :D

Ok. Memang tak tipu ni. Bila kita suruh buat “muka kiut”, inilah hasilnya. Hahahaha.. kiut sangat laa tu anak oi. Spender kat bawah tunjuk buat pa? Oh! Untuk anda yang pakaikan skirt pada anak dara, tolonglaaaa pakaikan spender sekali. Walaupun kata dah pakai diaper, kena jugak spender tu ok. Pernah dulu, ternampak budak kecik dalam 2 thn gitu, pakai skirt tp diaper kat ankle tu. Boleh? Diaper dia melurut turun bawah.. berat sangat kut, banyak kencin. Tak sopan ok takder spender.

Mak n Nina.. santai !

Ni emak gua n inilah cik adik nina. Dia ni weird sket. Berani tah apa apa. Pernah panjat gunung banyak kali, berkayak.. n ni plan dia nak ke Jepun sorang. Tiket dah ada.. takder aral, Jun dia akan ke sana. Sapa orang Jepun? Nak suh suggestkan apa apa yang perlu untuk budak ni. Eh, kalau dia tak pakai spek tu, muka dia cam Faizal Tahir tau. Hahahaha.. betul!

Budak manja dengan tokwan ♥

Makan Rocky lepas main air. Memang laaa sesuai budak ni mandi laut. Siap merangkak nak masuk laut ok. Macam terer laa. Mak hang ni nak jadik Baywatch pun takleh lagi. Takat swimming pool berani laa sebab boleh jejak kaki, nak swimming kat laut, nehii he. Takutlah! Mandi kat tepi tu jer boleh. Hahaha.. Ni tokwan balutkan tuala. Takut sejuk si kecik ni. Oh, si kecik ni drama queen tau. Dia suka duk mengadap laut sambil ombak tu tolak tolak badan dia. Sekali datang ombak besar sket, air laut tu termasuk mulut dia.. gelabah kura dia. Terkulat kulat muka.. hahahaah.

Sedap nampak minum air :p

Ni pulak kat PCB. Tak g makan dah sejak kes ulat dalam pinggan tu. Ni pergi pun siap beli bekal siap siap. Kacang n jagung rebus dengan air kotak/tin n botol.

Me, Hazel sayang n kakak chacha

Eii.. nampak ankle gua plak. Tak suka :p Ni kat PCB jugak. Macam giant dah badanku ni. Semalam dah berjaya skip nasi, tup tup mil belikan nasi kak wok pulak tadi. ‘Terpaksa’ laa makan dengan rela. Hahahaha..

Hazel with dadda

Haa. ni kat pantai bisikan bayu, tok bali pula. Wah, banyak kan pantai? Hihihi.. ni gambar dengan bapak dia lah. Takkan bapak gua pulak. Tengok kaler tangan n betis pun dah tau. Cam nak gigit laaaa tangan bapak u tu Hazel. Hahahaha.. geram gua tgk!

Kat tugu pantai. Hihihi

Ni penutup bagi sessi bercanda di pasiran pantai kali ni. Besoknya, mak abah n kakak chacha pun balik ke KL semula. Rumah kembali sunyi seperti selalu. Yang kedengaran cuma suara tv, suara Hazel gelak, nyanyi dan nanges, oh juga merengek dan suara emak Hazel memekik seperti orang gila meroyan. Hahahaha..

Enjoy rasanya rumah di penuhi tetamu. Penat pun hilang.. :D Kaklong n gang! Bila mau datang pulak?

P/S : Best jugak mandi pantai kan. Agak agak kalau berbikini, kena tangkap tak?

Kembar : )

Hehehehe.. best jugakkan kalau ada anak kembar.

Tapi dah takder keturunan pun.. hahaha. Mana nak datang kembor tu. Apa pun, nak citer pasal strawberry kembar. Hahaha.. kiut jer

Kembar !

Orang kata kalau makan pisang kembar, boleh dapat anak kembar. Ni kalau makan strawberry kembar, boleh jugak ke? Takutlah pulak sebab tgk bercantum gini. Tapi gua ngap aja.. sedap. Manis gitu.. hihihii

P/S : Fatty fatty boom boom! I Hate You!

Related Posts with Thumbnails