Advert

Go to Mama Panda's FB Page
Archives
Categories
Calendar
May 2011
S M T W T F S
« Apr   Jun »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  
Instagram
 

Archive for May 24th, 2011

Saya Menang Eskrem!

Aritu ada makan cornetto. Belakang penutup tu ada kod plak. So, saja saja register n msg lah code tu untuk kumpul point. Mana tau boleh menang iPhone ke. Cita cita kena tinggi beb!

Sekali akhir bulan lepas gitu.. ada msg masuk. Sekali dapat hadiah thumb-drive da.. Tu pun happy dah gua. Tersengih sengih lepas menjerit keriangan gitu! Sampai terkejut anak dara ku. Siap pegang dada tu bila terkejut. Hahahaha.. drama queen lah Hazel ! Dia suruh postkan salinan i/c. Memang gua percaya laa sebab address mcm betul. Kat potostat i/c tu gua palangkan siap siap. Takut jugak.. kang tiba tiba ada surat suh bayar kredit kad pulak.

Jeng jeng jenggg

Package ni kecik jer. Tak ingat laa plak pasal hadiah tu. Si mek kacang ni dah perasan. Yelah, selalu package sampai barang dia. So, kalau barang dia.. gua kasik dia jer bukak. This time, gua bukak sendiri. Mengamuk dia siap lepak depan pintu dapur jer. Hahahaha.. kesian!

Kiut eh?

Tu ha thumbdrive tu. Ada sekali tu borang mengesahkan kata kita dah terima hadiah ni. Kalau tak isi, diorang hantar lagi tak mende alah ni? Hihihi.. kiut sangat. Nak lagi..

Kecik toek jer ni

Ni laa thumbdrive tu. Kon tu laa bendanya. Yang eksrem tu penutup dia. 2 gb jer tapi ok la kan. Free pulak tu. Dengan hanya makan 1 cornetto jer. Alhamdulillah.. rezeki ni. Gua buat simpan gambar mek tot Hazel jer laa benda alah ni.

Kesian, bukan barang dia :p

Ni budak merajuk tu. Dia gi punggah bantal atas katil dia, dia seret satu ni .. pastu baring baring atas tu. Ni sarung cadar masa gua bujang dulu. Hihihi.. kesian kat anak punya pasal, sebab bukan barang dia. Gua bawak dia g KB Mall tadi. Buat teman beli barang dapur. Yelah, katanya bff. Mesti laaa together gether always eh anak :D

Oh, dia dah boleh di harap. Petang tadi, suruh dia tutup pintu.. dia gi tutup. Dah pandai halau lalat kalau nampak. Tiup fries before makan. Takut panas.. hihihi. Lap hingus sendiri tapi yang ni parah sket. Lepas dia lap hingus.. dia gi lap muka dia pulak. Bagus!

P/S : Macam macam dah dia boleh buat. Tak sangka pun jugak. Tapi risau .. dia senang tiru orang. Sekali jer dia nampak kita buat, terus dia tiru. Bahayaaaa!!!! Sebab tu Hazel kena tidur bilik sendiri. Hahahahaaa…

Related Posts with Thumbnails