Archive for April 6th, 2011
I hate you
Jamu dan makanan herbs yang lain. Hihi.. ni betul punya benci
Aritu, gua ada masalah wanita lah. Kedatangan bendera marah yang kerap, memang buat gua runsing. Tak pernah seumur hidup ni jadik gitu. Selama ni memang tetap dan teratur jer.
Last sekali, bila tau jiran depan rumah tu nak kena buang ovari because kekerapan bleeding ni, makin nervous lah. Gila tak nervous.. baru nak buat adik adik Hazel ni. So, ari Ahad hari tu pergi laa ke spital mau jumpa my beloved obgyn. Lama tunggu weh, dari pukul 3pm, pukul 5 pm baru masuk. Siap terlena kat sofa tu. Ada jugak 2-3 orang pun sama sama lena. Tapi pakcik yang teman bini dia tu betul laaa lena. Sampai kroohh krohh haa.. kesian. Mesti letih ..
Masuk jer.. dr pun tanya lah apa simptom yang weird and timbang berat. Eh, walaupun skip skip pakai PB, makan pula cam biasa… tapi berat dah turun 3 kg. Wah.. ni yang semangat ni. Cewah.. iklan seround. Ok.. dah check, nak kena scan pulak. Terus buat pap smear sekali. Gilo.. lagi laa nervous. Dah laa bersendiriannnn… Ok, asst dr ada temankan. Kurang sket nervous tu.
Jeng jeng jengggg.. dr terkejut! Gua lagi terkejut. Dr tanya ada buat tak pregnancy test? Eh eh dr ni. Mana ada.. setakat ni semuanya dalam kawalan lagi. Pastu dr pun tunjuk kantung macam pregnantkan Hazel dulu. Arrghhh… terus rindu nak pregnant. Nampak Hazel gerak gerak dalam perut. Berbalik pada kantung tu.. dr kata air tu. That’s why (ok, ni agak geli.. ) period tu agak tak normal. Terus doktor tanya… ada tak amek apa apa herba? Gua pun pikir.. herba apa gua amik ye? Oh.. gua ada amik jamu nenet dara aritu and ada jugak amek iz fiber. Tapi dah stop semenjak perut gua asek cramp belah kiri tu.
Rupanya cramp tu jadik sebab cyst ni. Siap kadang2 rasa cam light light contraction. Kadang2 rasa pulak cam ada baby gerak gerak. Cyst ni jadik kat ovari belah kiri. Insyallah, makin mengecik sebab kata dr, kalau tak lagi besar. Maybe sebab pakai PB ?
Dapat laaa pil perancang yang berfungsi untuk merancang anak tapi juga untuk mengecutkan cyst. Dr jugak kasik Ferocom untuk kasi energy and antibiotik untuk kulit yang gelupas ni. Next checkup lagi sebulan. Harap harap semuanya kembali normal lah. Terbantut plan bulan ni nak buat adik untuk Hazel :(
Bila balik citer kat suami yang suka tunjuk garang, terus kena marah sebab katanya gua makan asal boleh. Ntah apa apa pun yang gua makan. Baiklah.. i terima tuduhan you. Memang betul pun.. wahahaha. Gua kan mudah terpedaya. Apa boleh buat ..
P/S : Sekarang gua dah nekad. No more jamu or apa kelencut kecuali betul betul brand yang established. Mak dah serik nak!











http://ibzatech.com/
MumsLuvBaby
