Advert

Go to Mama Panda's FB Page
Archives
Categories
Calendar
January 2011
S M T W T F S
« Dec   Feb »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  
Instagram
 

3 Bulan Merana !

Hari ni, nak bercerita pasal lutuit. Orang putih panggil knee. Orang india panggil tak tau apa.

3 bulan lepas, time baru nak masuk rumah ni.. kitorang stay kat rumah mertua kan. Ada kut dalam 500 m dari rumah ni. Barang semua dah sampai sini plak tu. Beli laa tv baru. Ada satu malam tu, teringin nak layan tv baru di rumah baru. Sekali masuk bilik tv, ntah apa jenis mop si bibik ni buat ntah. Lantai tak bersih langsung. Leceh laaa sebab ada si kacang ni. Time tu pulak sibuk duk meniarap pi mai pi mai. Takut lah kang dia tu g jilat lantai ka apa ka.. so being ibu mithali-pengganti-nama-cintaku-yang-suci ni.. gua pun melutut dan mengelap. Dengan tangan sebab nak make sure lantai tu betul betul bersih. Satu bilik tv tu ok.. melutut sambil mengelap. Ala ala citer Oshin dah rasanya.

Nah! Amek laa penangan melutut mencuci lantai. Start dari hari tu, lutut sudah bikin onar. Mula mula, sakitnya belakang lutut. Macam otot tu di tarik tarik. Eh eh.. makin lama, makin menjadik plak. Siap panggil orang mengurut. Maksimumnya adalah 2 malam lepas. Betis siap mengeras.. kaki everytime bangun tidur, rasa mau nanges. Malam tu, dahling ajak g klinik. Katanya.. kalau tak pegi malam ni.. bila lagi? Gua takut 1 jer.. kene inject. Tapi dahling kata .. takkan punya.

Kami ke KBMC. Sekali, takder pakar n hanya ada MO. MIL nasihat suh pergi klinik Dr A.A Idris kat area chinatown. Wah.. apa ingat KB takder chinatown ke? Klinik dia memang cam zaman 70-80′s gitu. Pernah datang sekali time nak demam dulu. Kene inject n terus baik.

Ok.. last last dr tanya, nak inject tak? Dahling tanya, mana elok? Of course laa inject kan. Dr kata kalau inject, besoknya terus ok. Wah.. mesti inject ni sebab esoknya nak g buat spa treatment. So, kene laa inject sedas di buntuit. Tak suka lah.. sakit !

Ubat yang perlu dimakan. SMAX tu iklan. Dahling letak. Ntah apa ntah :p

Ada satu ubat tu untuk hilangkan sembab kaki. Satu hari sebiji jer sebab akan kene kencing kencing kerap. Semalam termakan 2 kali.. awat tak amek. Macam nak tido dalam toilet jer rasa. Padan muka gua..

Dalam bulatan tu nampak tenggelam kan? Result of kaki sembab :'(

Haa.. kaki dua dua dah sembab. Asal sakit lutut tu lah. Teruk kan? Bila dr tekan.. less than 60 sec, dah tenggelam dah n lambat betul timbul balik. Dr kata.. itu cara nak tgk sembab tu. Camner nak check? Tekan ibu jari kat kaki (area tulang keting tu), kalau tenggelam n lambat naik balik isi tu.. sembab lah tu. No wonder laa betik sampai jadik keras. Ingat ke sebab banyak berjalan.. ala ala muscle. Rupanya sebab sembab. Cess..

Tapi takper.. hari ni kaki dah ok. Boleh buat gymnastik dah. Panjat pokok kelapa pun boleh kut.. tapi tak reti. Boleh lasak lasak ngan cik kacang lagi.. memi suka!

Happy time with my soul!

Budak kiut cam nak gigit 24 jam.. geram lah. Skang lagi banyak pe’elnya. Orang cakap hamboi kat dia.. dia hamboi kan kita balik. Terus tak jadik nak marah.. heppp !

P/S : Jangan kita kutuk mengejek anak orang. Nanti jadik balik kat kita baru tau. Dah laa buh nick orang lain.. apa ? Nak jadik batu api ke? Hina betul perangai manusia macam ni.. :@)!

Related Posts with Thumbnails

4 Responses to “3 Bulan Merana !”

Leave a Reply