Archive for 2010
Betulkah ini?
Sauna boleh turunkan berat badan?

Nak yang ni.. tapi $$ takdok :(
Saper ada pengalaman? Nak tau jugak cara penggunaan macam mana untuk hilangkan berat badan berlebihan tu? Kut kut laa kalau meyakinkan, boleh nak carik seketul. Mana tau, boleh laaa “lihat pinggangku.. sudah jadik ramping kan?”
Nak jogging, memang dah tak sesuai. Nanti abes orang kg usyar usyar diriku yang manja ni.. malu ah! Nak diet.. cam tak larat jer. Sekarang pun makan nasik sehari sekali jer.. time lunch. Cam takder effect jer pun. Nak exercise? Hihihih.. susah la. Aritu buat yoga, baik jer menonggeng, datang si anak dara ku itu laju laju langgar kepala gua ngan walker dia. Orang cakap “adoi adoi… ” Dia bantai gelak macam kelakar sangat laaa tgk memi dia terseksa ni.
Eh, balik ke tajuk utama… saper pernah pakai sauna dirumah? Berkesan kah?
P/S : Detox sesuai kah untuk nursing mum?
Akak kompius.. gegirl keliru..
Sejak pindah, otak ada keliru sokmo.. hihhh
Yelah, sini Jumaat cuti kan.. Sabtu tak sure, Ahad keje.. Bila online ngan gf gf lama (cewah), mesti cam kompius. Eh, online kat mana? Bukan cuti ker? Padahelllll ! Sini Jumaat cuti.. diorang keje. Wakakaka.. ngok tiba tiba terasa !
Ni tengah pening sket. Besday Hazel lagi 2 minggu jer. Kejap jer kan? Tak sempat apa apa, dah setahun dah. Everytime Hazel tidur, mesti rasa nak nanges bila tgk muka dia. Sekejapan nanti.. dah besar. No more tidur-ciom-tiak-memi dah. No more merengek nak berpeluk.. no more ciom muka memi n dadda sampai penuh air liur meleleh.. argh sedihnya!
Tak sangka baby yang dulu dr suh buang dari dlm perut.. dah setahun dah umurnya… aarhhh.. itu cerita lama. Yang penting, Hazel makin sihat n bijak.. dan buang sket loyar buruk tu
Theme besday Sesame Street tp sebab susah nak carik baju tu.. memi carikan tutu jer. Boleh? HIhihihi.. biarlah kompius sket sket
P/S : Ni dia duk merengek kat riba sebab sibuk nak menaip.. adoi..
Dah start best kut?
Woww weeee.. best jugak laa. Rasa cam di Ikano lah tak lama lagi. Dah ada Brands Outlet, PDI and yang latest ni FOS akan dibuka. Brands Outlet sini kecik jer. Takder baju baby pun. PDI pun kecik sangat. Tapi ok laaa dari takder kan?
Kira next time g KB Mall, ada laa tempat baru nak usyar. Hihihi.. takder laa balik balik masuk Pacific tu.
P/S : Agak agak nanti ada pawagam tak kat kelantan ni?
Minta Dijauhkan ..
myMetro | Bayi koma dicampak bapa.
Ni laaa bahaya kalau orang tu baran n tak sabar. Takut tau.. nak nak kaum lelaki ni. Susah nak jumpa yang betul betul penyabar. Yang susah nak marah.. bukan senang nak jumpa lelaki camtu.
MELAKA: Seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan kini bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas koma dipercayai didera bapa kandungnya yang ‘naik angin’ kerana tidak tahan mangsa kerap menangis.
Dalam kejadian pada petang Ahad lalu, mangsa yang berasal dari Jasin dikejarkan ke Hospital Melaka (HM) untuk menjalani rawatan selepas tidak sedarkan diri akibat dibaling bapa kandungnya ke atas katil.
Sampai bengkak kepala anak yang malang tu. Sedih plak baca ni. Minta sangat dijauhkan. Memang laa kalau anak taknak berhenti nanges ni, kita rasa serabut sangat nak nak kalau tak tau punca. Tapi campak anak atas katil tu memang kejam lah. Tak kira walaupun tilam tu 4 ribu hinggit pun, bergoncang weh kepala baby tu. Ubun pun lembik sangat lagi. Dah laaa anak sorang. Apa punya bapak ni..
Doa doa semoga baby tu selamat. Hukuman mesti dikenakan atas bapak tu tapi lagi bagus hantar g anger management or kaunseling jugak. Panas barang or cepat naik hangen memang punca masalah lah!
P/S : Mungkin tak sengaja tapi bila terlampau marah, pikiran kan tak waras kan? Memang bahaya orang camni..










http://ibzatech.com/
MumsLuvBaby


