Advert
Archives
Categories
Calendar
October 2010
M T W T F S S
« Sep   Nov »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
Instagrams
 

Archive for October, 2010

Pergilaaa kat perempuan tu kalau suka sangat !

Petang tadi kitorang keluar ke The Store. Saja jalan jalan takder pasal. On the way balik, tiba tiba dia sebut nama satu perempuan ni. Tak ke hangin gua ni.. siap cakap.. “ok apa, kiut !”

Serius.. gua panas tak tau nak buat apa ok. Asal tiba tiba boleh sebut plak nama perempuan tu? Syiok sangat ke? Pergi laaa kalau dah syiok sangat…

Hantar gua balik Perlis. Eh.. takmau.. Perlis tak best! Hantar gua balik KL. Sekali ngan Hazel sekali… Gua marah ni! Panas ni!

Ni laa perempuan itu :p

Suka benar laa dia kat Scha Al-Yahya ni. Gua lagi redha kalau dia suka kat Erra Fazira dari Scha ni. Takder laa gua mencik Scha ni. Tapi ntah laaa..

Lain kali sebut laaa Angelina Jolie ke, Aishwarya Rai ke.. takder laa panas gua dengar…

P/S : Gua takder hal dengan Scha ni. Tak sesuai laaaa laki gua nak sebut sebut nama dia ni banyak kali. Hati gua rasa lumpuh dan luluh hancur berkecai kecai.

Gara-gara ketiak basah.. adoi !

YouTube Preview Image

Layan..

Gua tujukan video ni untuk kak long, along, nina and azahari. Termasuk juga untuk Cake ! Wakaaa..

P/S : Enjoy enjoy lepas tensi semalam. :D

Decision decision ..

Birthday Hazel lagi 2 bulan lebih..

Ingat nak buat laa birthday party gitu… kita partaaaayyyy ! Tapi, gua takder kawan kat sini (KB). Nak buat theme party tapi jemputannya semua agak veteran laa plak. Camno? Apa yang sesuai eh?

Ikut husband, dia kata nak dinner jer tapi mana syiok besday baby celebrate dengan family dinner jer. Tak cool ler abe! Nak juga ada gambar Hazel dengan birthday cake di kelilingi sedara mara dalam album dia. Arghhh.. kan best kalau boleh celebrate kat rumah lama dulu.

Kemas n kiut kan?

Kalau celebrate dulu, ramai laa gang Hazel boleh datang. Boleh buat compound untuk baby baby merangkak or beramas mesra sesama sendiri.

P/S : Boleh tak buat entry takat ni jer? Gua tengah bengang ni.. blah laaaaaa lu !

Alhamdulillah..

Lega rasanya.

Isnin, sampai semula ke KB. Selasa lepas, abah masuk hospital. Thanks for all the prayers and wishes. Termasuk yang bersusah payah mengsms untuk update. Terharu sangat..

Petang tu, saya dan dahling ke airport utk tgk tiket flight ke KL. Yelah, direct ke Alor star takdak laa pulak. Dapat tiket Air Asia 9.55 malam. Cuma saya dan Hazel jer yang akan ke Perlis. Malam tu kami pun bertolak laaa… flight lambat laaa plak. Pukul 10.35 baru laa berlepas. Kak long dah tunggu di LCCT siap siap.

Sampai saja, terus naik kereta kak long and bertolak ke perlis. Semua adik beradik ada kecuali abang cik yang dah ada di perlis. Meriah jugak laaa.. al maklum. Dah lama tak travel ngan adik beradik ni haa. Sampai di perlis lebih kurang 6.30 pagi. Bersiap apa yang patut n ke hospital jam 7.30 pagi. Tak sanggup nak tunggu lama lama kat rumah. Nak tengok condition abah secepat mungkin. Alhamdulillah.. time kitorang sampai.. abah dah boleh bercakap walaupun slow n tak berapa nak tangkap butir bicara tu. Sebelah badan abah masih lemah. Sedih bila tengok abah yang tak pernah sakit.. jadik camtu..

Tekanan darah abah tinggi sangat. Tahap merbahaya lah.. atas tu 236 and bawah tu 100 lebih. Rupanya abah kene serangan strok. Selama ni, tak tau abah ada strok. Tahap kolesterol badan abah pun tinggi.. kencing manis abah 9.1 and ada minor sakit jantung. Bila kene ct scan.. ada blood clog dalam brain. Aduh.. sedih bila tau camni. Every 2 hours, kami akan melawat abah .. dalam sejam juga laaa di hospital. Agak kelam kabut jugak laa.. mana dengan nak managekan si kacang lagi. Makan pun, kat kantin spital jer.

Hari khamis, abah dah boleh balik. Leganya.. Doktor siap cakap, mujur abah dibawa ke spital secepat mungkin. Kalau lambat, most probably abah akan lumpuh sebelah badan permanently. Tak bleh nak dibayangkan lah… tak pernah sakit n tiba tiba terus kene dugaan camni. Allah sayangkan abah.. sebab tu Dia duga abah macam macam ni..

Dahling and my PIL sampai ke perlis pada jumaat malam tu. Thanks bebanyak to Kak long and Along sebab amek diorang kat Alor Setar punya airport. Jauh tu…. terima kasih sangat. Mana nak tidurkan anak kecik lagi.. terima kasih lagi lah..

Sabtu, semua pakat lunch kat rumah. Abah pun sekali.. abah dah boleh melawak cam biasa. Serius, bapak gua tu pelawak antarabangsa. Rokok pun abah dah berenti. Harap harap abah boleh bertahan lah. Dah berpuluh tahun hisap rokok.. bukan senang tu nak berenti. Untuk sihat, abah kenalah kuat semangat. Jangan hisap rokok dah and kontrol makan. No more makanan berminyak dan manis. Sabtu jugak saya tinggalkan rumah dengan penuh kesedihan. Sedih sangat rasanya.. bila abah tak sihat, rasa cam nak duduk rumah jer. Boleh tengok tengokkan abah n mak. Sabtu malam tu, terus ke Alor Star airport lagi. Kali ni, ke KL. Tidur satu malam then Ahad pagi tu terus pulang ke KB.

Sekarang ni , dah selamat pulang ke KB dah laa. Tapi hati masih dup dap dup dap. Harap harap.. abah dah kembali sihat 100%. Kalau laaaa perlis dan kb tu dekat, every week rasa nak balik. :(

P/S : Terima kasih atas doa and wishes semua. Terutama Charm yang sanggup bersms jugak tu… Terima kasih :D

Related Posts with Thumbnails
Penziarah
My Store
Mari Berpipit
kakakdegil.fm
NetworkedBlogs