Archive for September, 2010
Raya Open House d Rumah Mak Buyung Reena
Di rumah kak reena. Hihihi..
Plan nak buat di rumah sendiri tak kesampaian so agak sedih lah. Sedih kerana ini kali terakhir ada di sini di musim raya dan tak mungkin akan ada lagi rumah terbuka yang dihadiri rakan rakan lama. Sedihnyaa… sob sob..
Last sunday, sempat lah ke rumah kak reena. Memeriahkan open house beliau. Meriah jugak laaa.. ramai tu. Menu yummy..
Yang tengah, Syafiq dah 10 mth ++, Tasnim dah 9 mth ++ and Hazel dah 8 mth ++. Jejaka Idaman Malaya di tengah tu malu malu jer di apit gadis gadis litar ayu.
Tu dia, dah bersinsing lengan dah time ni. Mana taknya, dah nak masuk 4 jam lepak sini. Silap tak bawak baju salin Hazel. Tak bajet laa lepak lama benar. Owh.. tak lama lagi, ada 4 baby pulak. Congrats K.Reena vouge.. gonna miss u though
Mesti nanti windukan semua orang.. Owh, jejaka berkacamata di belakang tu suaminya KReena. Tersenyum jer… Dari semua anak dara, sampai ke bini orang, sampai ke emak orang.. menten jer. Eh, boleh refer entry ni http://blog.kakakdegil.com/2009/09/29/mari-membuyung-bersama/ . Hopefully, walaupun gua dah di KB, kiter still update berita masing masing ok. Arrghhh… mesti windu nanti ni
P/S : Harap harap kereta boleh siap besok sebab nak setelkan macam macam benda.
Aktiviti malam malam hari
Syyhhhh..
Entry ni takder unsur sx langsung. Jangan risau risau ok. Kanak kanak pun boleh baca kalau mau. Kalau takmau, nyah ko jauh jauh…
Apa aktiviti korang malam malam hari kat rumah? Kalau yang berkerja tu, balik kerja… mesti rest dulu. Manja manja ngan husband n anak anak eh. Saya di rumah tak macam tu. Yelah kan.. memang duk rumah jer keje. Tapi.. rasanya orang bekerja lagi best kut manja manja ngan husband. Husbandku susah nak manja manja ni. So, manja manja ngan anak jer laaa malam malam
Wahaha.. sikit punya kusyuk makan ayam goreng mcd. Anak dibiarkan makan kaki meja. Padan muka Hazel. Wakakaka.. memi kasik nasi, taknak makan.. ko kunyah laaa kayu tu sampai konyang
Tapi tak.. hihihh. Time ni duk makan sambil layan tv. Tup tup.. eh, dah ada bawah meja dah budak berkepala Tweety Bird ni. Kelakar betul .. wakakaa..
Gembira kan time makan? Hihihi.. ni pun lepas diberi makan Appeton untuk infant. Agak berselera jugak laaa si kenit ni makan. Kalau dulu, sampai kene paksa ok nak suruh makan. Sekarang ok dah. Pagi jer.. mesti nak makan. Sebelum tidur pun nak makan. Bagusss.. semoga projek menaikkan berat badan Hazel berjaya !
Bila dah konyang.. dia pun start jadi komando. Ni tak tau apa pose dia. Pejam mata, pastu gelak tiba tiba. Terkejut mak dia ni haa… nasib takder sakit jantung. Huhuhuh… tapi kiut eh.
Sekarang ni dia memang kuat gelak. Nanti dia sorok muka celah ( . Y . ) , tiba tiba dia peek-a-boo kan kiter. Pastu gelak gelak n dia menyorok lagi. Last last.. tak isap susu pun. Main jer lebih. Eh, ntah ke dia ingat mak dia ni antu kopek kut ke? Cesss… camner baru boleh sedar ni… cesss..
P/S : Hazel dah asek nak berdiri jer. Nak beli walker pun kene tunggu pindah dulu laa.. haih. Letih nak memegang tu..
Tapi happy sebab dah pandai berdiri
Jangan Ada Rindu Nanti :p
Hari Sabtu lepas, bersama Dahlin n Hazel, kitorang keluar ke OU. Legalah, tak berapa ramai orang sangat. Mula mula, pergi redeem kan points Toys R Us. Yelah, dah nak pindah KB. Mana ada Toys R Us kat sana. Beli apa? Beli ni haaa.. idaman bapak sebenarnya. Hihihi.. si patung Grover.
Tukar jugak points JJ. Dapat laa berpasang pasang baju tidur si kacang ni haa. Setel abes points semua kecuali Metrojaya punya. Besok laa kut nak g redeem. Tadi dah bersiap cun cun, kereta buat hal lagi dan lagi. Bikin gua tensi lagi dan lagi juga. Bila plak nak ke Mid Valley ni. Nak makan laksa kat JJ tu plak. Arghhh.. mesti windu kat Mid Valley ni nanti. Tempat dating dating tanpa henti masa zaman ngorat mengorat dulu. Hihihih.. malu plak..
Balik dari OU tu, singgah Ghulam Mee pulak. Yelah, mesti makan puas puas tapi lupa nak bergambar plak. Aiseh. Menu plak, nasik lemak 2 bungkus, bihun sup, pari bakar and mee goreng. Nyum…. konyang ! Kene puas puaskan hati sebelum pindah ni. Cewah..
Tak sabar nak ke Ikano pulak. Nando’s dah bukak kat Ikano eh. Bila nak pergi ntah. Nak makan Nando’s. Dahling memang tak layan langsung Nando’s. Pelik ..
P/S : Lagi seminggu jer. Sempat ke ni? Aiyarkkkk !!!


















http://ibzatech.com/
MumsLuvBaby


