Archive for August, 2010
4 years ago….
Tengah bz bersiap siap. Dada nervous dup dap tak ingat donia. Senyum pun dah takleh nak ekjas dah. Automatically tercontrol punya. Sempat jugak laa bertekak dengan dahling malam sebelumnya tu.
Malam sebelumnya, tidur di selayangku sayang. Rumah kak long. Jane pun ikut sekali. Takleh berpisah langsung. Hihihi.. time tu la. Mak semua pun ada. Ingat lagi.. malam tu Azah datang bawak choc cake. Thanks ya Azah. Banyak dia tolong time hari tu. Bunga pegang pun dia buatkan .. fresh flowers. Nice
4 tahun lepas. Cepat masa berjalan kan? Dah 3 tahun hidup ber’honeymoon’, tahun ni celebrate ngan hadiah seumur hidup, si kacang kenitku itu. Syian dia.. keletihan sebab bawak round satu OU carik kasut petang tadi. Eh, terkeluar tajuk jap. Apa pun, bersyukur lah dengan keputusan 4 tahun lepas. Maybe kiter selalu gaduh, moody moody (eh, gua tak moody.. ) tapi Alhamdulillahkan. Tak terjadi lagi kes isteri lari dari rumah atau suami berdating di OU dengan bukan isteri. Minta dijauhkan…
Sebab ikatan ini jugak, gua redha mengikut dahling pindah ke New Castle. Cewah.. nama taknak kalah ok. Memang redha sangat. Takkan nak bergaduh pulak kan. Janji still bersama famili sendiri, takper. Janji ada dahling & Hazel, ke mana pun gua follow. Takleh bayangkan hidup sorang sorang walaupun kat London. Eh eh.. apa kene mengena?
Yer, semenjak 4 tahun lepas, hidup gua banyak berubah. Bukan cam zaman zaman single dulu. Huha sana sini, berpoya poya tak hingat donia. Sekarang, tempat gua di rumah. Bersama bff kecikku dan dahlin (time malam malam jer). Happy happy jer…
Semoga hidup kita sefamily lebih gembira and bahagia sehingga akhir hayat. I love you Dahlin & Lil Hazel.
P/S : Barangan raya dah complete. Except for Hazel lah. Ingat nak carik dress sehelai dua… 2 jam di OU, pecah record. Semua complete. Tiba tiba rasa terer plak :P
Spirit of Raya :D
Dah nak dekat dah raya ni. Ramadhan pun dah nak abes.. sedih? Sedih lah sket. Tak sikit pun.. banyak sebenarnya. Tak sempat berbuka dengan mak abah. Memang sedih ok
Ramadhan tahun ni 1st time berbuka dengan adanya si kacang tu. Mula mula susah laaa sebab time nak berbuka tu, dia pun nak laaaa menyebuk. Nak makan apa yang kiter makan pulak tu, kalau tak… tu dia drool sampai panjang ke lantai. But then, Hazel dah jadik good girl sangat. Every petang, dia akan tidur n ngam ngam memi dah abes layan makanan, dia pun bangun. Kadang2 memi baru ngunyah… dia dah bangun but thanks to dadda, memi boleh sambung mengunyah dengan penuh perasaan. Sekarang ni Hazel punya aktiviti pagi petang siang malam adalah commando crawl. Sampai merata rata dah. Lucky memi beli floor cleaner yang tak bahaya apa ntah. Thanks to bibik jugak yang mop lantai every single day. Bagus bibik. Raya nanti boleh makn ketupat banyak banyak. Duit raya boliau !
Hari Jumaat tu… spirit of raya sudah mari. Amek kotak ketupat lip lap dalam stor, suh bibik pasang kat luar. Cewah… Satu ketupat sudah bikin gua frust lah. Takmo nyala plak. Tapi takper.. tak melunturkan spirit of raya gua. Siap pasang tu, gua kasik upah bunga api besi kat bibik. Mula mula main bunga api 30 das tu. Suka betul Hazel. Sampai ternganga sambil tersengih gitu. Abes bunga api tu, main bunga api besi pulak. Wah wah.. gembira mak dan anak ni. Besok nak beli lagi lah… bibik pun suka main bunga api. Cam takder keje kan?
Tiba tiba ada gambar budak kecik ni plak. Wakaa.. time ni semalam. Panas sangat so takut kene heat rash kat leher tu, bukak sket butang. Aircond buat hal plak. Heat sensor tu cam tak betul jer. Pakai Panasonic Inverter tu, patut time panas, dia jadikan lagi sejuk. Ni tak, kalau panas.. dia terus biol. Nak tukar sensor tu .. ya rabbi, mahai. KOrang klik lebih sket nuffnang tu eh. Boleh tukar sensor tu.. takder laaa si kacang kedekiang ni kene bukak butang baju lagi *wink*
P/S: Nak tukar theme. Ke korang rasa theme ni dah ok? Need some opinions guys ;D
Lagi 2 minggu
Dah tak lama kan? Lebih kurang jer 2 minggu lagi, kita pun sambut hari raya.. hari yang mulia..
Tahun ni takder mood nak buat apa pun. Cewah, konon laa. Padahal baju raya sebelum posa dah siap 2 pasang. Wakaka.. 2 pasang jer la. Kasut n bag jer belum beli. Hazel plak tinggal nak beli kasut jer la kut..
Dari hari tu laa dok kata nak beli kasut. Sampai ari ni tak beli lagi. Ada suggestions tak? Aritu ada g tengok kat Mothercare. Takdak yang berkenan pun. Ada sepasang yang berkenan kat Clarks tapi takkan kaust anak lagi mahal dari kasut mak? Mana boleh jalan ini macam..
Mak punya kasut takat ni ada yang berkenan dah kat Metrojaya. Biasa biasa ja.. tapi ingat nak g tengok tengok laa kat OU. Mana tau kut ada lagi power n ngancem dari yang berkenan tu ka. Bak g jugak carik sarung kopek raya. Wakakaka.. Spender raya pun kene ada.
Arghh.. takleh nak update laaa. Ada kacang seketul dok menjerit jerit cam kene dera kat sebelah ni. Geram jer.. Dia jerit sebab takleh bukak my organizer punya butang tu. Haih… buku abc dia takmo baca. Sibuk nak baca buku orang. Kepochiiiii….
P/S : Malasnyaaa nak buat kuih raya. Me miss mak’s tart nenas cair di mulut. Sob sob..
Mini Me :P
Menarik rasa hari ni. Tengahari siapkan Hazel. Lepas lunch (Hazel yang tak posa), terus kuar.
After waiting, quite long lah.. gembiranya bila nampak Mini Shopaholic kat rak Times BS tadi. Wallaweh…. syioknya. Apo laie, gegas lah amek n bayar. Actually, misi utama nak carik toys untuk stroller Hazel. Takder rejeki lah Hazel, dah abes plak. Kesian. Nak beli kasut.. takde yang cun pulak. Nak beli baju, mahal lah sangat… nanti besok kiter g OU plak eh.
Wahaha… gambar last tu diambil time orang sedang berbuka. Kitorang tengah layan berbuka n biarkan dia jadik commando. Tup tup.. eh eh.. bawah meja dah. Terer.. Besok boleh masuk exam jadik commando. Lusa boleh masuk hutan lawan komunis. Tapi nak jadik askar? Nehiiii kabi nehi.
Oh ! Buku Mini Shopaholic dijual pada harga RM69.90. Beli jangan tak beli
P/S : Still searching for a very cute mei tai. Any suggestion?


















http://farshidhanin.blogspot.com/2011/03/my-first-contest-contest-photo-anakku.html
http://ibzatech.com/


