Archive for July, 2010
Serabut laaa weh!
Keadaan kepala hotak gua buat masa ni memang serabut abes. Takder yang tak serabut melainkan serabut serabut belaka. Dengan nak raya, nak pindah, nak kurus (eh, ada jugak ni?), nak kaya, nak cantek, nak shopping tapi takdok fulus, nak itu, nak ini.. semuaaaaaa nak.
Serabut kan bila pikir. So, dalam entry hari ni, marilah kiter beramai ramai bekerjasama mengurangkan serabut ini. Cewah.. tolong orang susah kan nanti dapat pahala? Mula mula, nak tanya ni.. boleh ker nursing mum bersauna dalam portable sauna tu? Yang lipat lipat sauna kat rumah tu? Ada mengurangkan susu tak? Penting ni sebab taknak susu terjejas langsung. Sian anak dara gua yang 100% bergantung pada ( . Y . ) memi dia ni. Kut kalau terjejas, aduhai.. seksa weh. Camner plak nak guna tu? Kene bogel ke? Kecut puting kut nanti eh? Berkemban dengan kain batik kah? Boleh pakai bikini kah? Bagaimana eh?
Pastu, ada tak idea nak berdiet untuk nursing mum or anything yang boleh tolong buang excess baggage kat badan ni? Kut ada laaa certain product yang boleh di consume secara safely by nursing mum. Nak jugak laaaa nampak slim shaddy di pagi raya nanti. Nak nak ada nak amek family portrait time malam raya tu. Mesti nak nampak slim sket. Kalau tak, penat jer buat sepit rambut berbunga sampai RM20 ni. Sepit cun, yang pakai.. halamak. Cam hiphoptatamus. Mana kene!
Korang ingat dah abes eh list? Belum lagi… wakakaka. Ni terakhir lah untuk hari ni. Kesian kat korang.. letih mikir nanti. Untuk nursing mum yang ada baby eczema, ada tak any pantang larang tentang pemakanan? Untuk mak n anak sekali? Gua baru tau, kalau anak ada eczema, mak takleh makan peanut butter. Huhuhu..tak terpikir langsung. Sekarang ni eczema Hazel kitorang kategori kan sebagai mild jer lah. Kat perut jer keluar. Dulu sampai merah merah tapi sejak menggunakan Buds Cleanser utk eczema prone skin tu, kurang laaa sket. Kadang2 bila eczema naik, sapu Elomet sket. ket jer yer.. sebab paed kata elomet ni tak elok pakai selalu. Tapi kadang2 kiut jer tgk dia bangun tidur sambil menggaruk perut. Kiutttt !
Tu jer laaa 3 faktor utama yang serabutkan hotak gua ni. Harap2, nanti hilanglah serabut ni atas bantuan korang eh. Beramal jariah laaa.. hihihih
Hahaha.. penutup entry hari ni. Saper mau join ? Kiter racing ah.. ada berannnn?
P/S : Kenapa semua orang suka cakap Hazel ni macam boy eh? Marah ni!
Step by Step.. oouuhhh baby !
Cepat cepat.. joget sket. NKOTB tu.. hihih.
Takder kene mengena pun sebenarnya. Wakakaka.. Nak citer perihal kebizian diri sendiri lately. Nampak cam tak bizi jer kan. Tapi.. rasa cam bizi pulak.
Tadi dah call abang din movers. Dulu time pindah sini, pakai lori dia jugak. Sukalah deal dengan dia ni. Dah dapat price tadi. Termasuk 3 orang abang abang gagah untuk angkat barang. Nak nak katil tu. Serius berat sangat. Nak alih jer dah kene 2-3 orang. Gilos :@) berat betul. Nak upah angkat n transportation dari Damansara sampai lah ke KB. Jauh kan? Lori 3 tan. Muat kut eh? Hopefully muatlah. Time raya ni ingat nak bawak balik lah sebarang 2-3 kotak siap siap.
4 tahun kawen, dah nak 3 kali berpindah. Hebat? Memula kawen, duduk sekali ngan SIL. Pas 2-3 bulan, carik rumah sewa sendiri. Time tu barang sket jer. Ala, barang untuk master bedroom jer. Yang lain semua MIL upah lori dari KB anta barang. Kat rumah ni la start beli peti ais, mesin basuh, oven, kabinet tv.. eh.. banyak kan. Oh! Ada condo kucing untuk di jual. Elok lagi..nanti nak post gambar. Dah 2 tahun, pindah rumah ni pulak. Last year pindah. Next month ni, baru cukup setahun duk rumah ni. Ni dah nak pindah balik KB. Ni pun planning duduk rumah yang ada sementara tunggu rumah baru siap. Terima kasih mertua ku. Rumah yang ada ni disewakan tapi dah kasi notis suh diorang pindah by end of Sept. Tuan rumah nak pindah masuk dah. Selang 2 biji rumah dari mertua jugak. Dekat sket.. senang lah kut.
Ni tunggu kete siap, nak buat misi mencarik kotak besar pulak. Saper nak derma kotak besar, bagitau laa eh. Hihihi.. Kene bayar sen sen ok lah. Dah nak kene start packing dah sebab kitorang takder rumah 20 hari nanti sempena hari raya. Fuh ! Lama tu.. Ni pun duk pikir, nak buat kuih raya lagi. Adoi.. serabut bila pikir nak mengemas barang ni.
Tingat time kecik kecik dulu, anak askar kan so memang telah laaa akan selalu berpindah randah ala ala kaum nomad. Tapi abah dulu jarang posting jauh jauh. Seingat gua, duk Sg Besi kejap, then pindah Port Dickson kat Garisson Camp. Bila dah kat Garisson Camp tu, tak pindah jauh jauh. Pindah pindah rumah jer. Tapi dulu senang jer. Pindah pindah naik trak jer. Pergi sekolah naik trak. Semuanya naik trak. Banuak betul kegunaan trak dalam kem kan?
Skang ni pun dah kene warning ngan big boss. No more toys or barang besar besar. Yelah, seboleh mungkin nak jimakkan space nak masuk lori kan. Eh.. tiba tiba bau kentut lah kat sini. Takkan Hazel kentut? Dia duk lena.. lagipun dia kalau kentut berbunyi. Arrghhhh.. naik bulu bulu yang ada ni. Seram lah !
(baca ayat kursi dulu !)
Sebut pasal toys, Toys R Us antar sms mesra. Diorang bukak baru kat Ikano Power Centre. Bagus! Orang dah nak chiow baru sebuk nak bukak depan rumah. Ngoi betul la. Besok ada special offer kut.. tak ingat lah sms tu. Tapi kete buat hal plak ni. Adoi ! Cam nak redah jer laa jugak. Hihihi.. (harap harap entry ini tidak dibaca oleh big boss!)
P/S : Tiap tiap malam gua layan CI kat AStro tu. Sampai abes mimpi semua pasal kes kes bunuh.
Azam baru
Sempena nifsu syaaban, nak buat azam baru lah. Starting next week, ingat nak masak sendiri makanan Hazel, insyaallah. Lately, dia dah taknak makan cereal dah. Yang dia layan cuma lah mashed food heinz tu jer. Memang fav. dia lah tu.. tapi atas faktor pembacaan dan pendapatan rakyat malaysia yang lain, makanan buatan sendiri lagi bagus lah.
So, ada beberapa soklan khas yang berkaitan dengan azam baru ni.
- Boleh guna food processor biasa tak?
- Step by step punya instructions. Termasuk cara penyimpanan.. kalau boleh brand tempat simpan tu sekali. Mana boleh beli ice cube tray yang ada penutup eh?
- Resipi yang senang, ringkas tapi menarik.
- Mahu mencarik buku Annabel Karmel. Tolong !
Sekian lah soklan soklan yang dapat dipikirkan buat sementara waktu ni. Seriously, plates food processor tu pun tak tau yang mana untuk grind apa. Kronik sket lah..
Ni laaa budak yang dah pandai membuas. Mengesot satu rumah. Sampaikan bapak dia pangil Suster Ngesot. Ada ke patut?
Tak sesuai ok nak samakan kacang kiut ku ini dengan
Suster ngesot. Tak sama lah… Cess, seram pulak tgk gambor ni. Ni lah akibat miang nak buh gambor sangat. Gilos… malam ni nak tido bukak lampu lah. :@) punya suster ngesot !
P/S : Mintak mintak hasrat murni azam baru gua ni akan tercapai. Mari lah semua… bagi jawapan !
Mari kita pergi ke zoo.. Bergembira di situ
Last minute punya plan. Patut plan asal nak ke The Curve jer. G flea market tapi kak long ajak ke zoo pulak. Apo laie.. dahling pun kasik permission. Yahooo.. ding geding gale
I dont know why Hazel suka terkangkang. Rasanya betul kut orang kata, tak bedung. Sebab, time dia kecik.. everytime bedung, mesti tidur tak lena. End up, kitorang bukak bedung tu. Yes, one of the reason kut eh?
Mula cerita : Kitorang (me & hazel) gerak dari rumah around 10.15 am. Singgah kedai runcit mamak beli milo n roti roti. Plan dia nak jumpa kak long & fam. kat petronas but then i thought petronas yang dekat muzium orang asli tu. Rupanya, depan padang layang layang mrr2 tu. So, sudah terlepas lah. Bawak slow slow sebab along nak kejar ni. Cewah.. kejar kejar kete gitu. Sampai zoo around 10.50 am gitu kut. Tak berapa panas & tak ramai orang lagi. Best ! Kak long belanja tiket zoo.. yeehaaa..
Kak long & famili. Arrghhh.. gonna miss them badly nanti bila pindah balik KB. I spend most of my lepas-abes-degree time with boboy n ayuni. Ntah bila laa nak boleh jumpa selalu lagi. Sob sob..
Nyum.. boleh tahan sedap lah. Tak tau nak cakap pricey or not sebab cam worth the price. Longan tu haa.. sepenuh mangkuk. Sampai bengkak2 ( . Y . ). Tapi boleh tahan laaa.
Muka happy sebab jumpa hippopotamus. Kiut jer berendam beramai ramai. Muka jer nampak.. besar besar betul la. Gigit orang tak eh diorang ni sebab muka nampak manja manja jer
Hazel dapat pimk wabbit from papa long! Thanks ya.. sampai rumah, main ngan wabbit sampai terlena. Siapa main wabbit tu, kene jerit ok. Ganas anak dara gua ni
Tiba tiba konfius tgk gambo ni. Sapa yang happy sangat kat zoo ni? Memi ke baby? Hazel muka rileks jer. Mak dia jer lelebih. Wahahah. Time ni tgk show. Ada burung punya show, sea lion pun ada and ending tu.. ada hyena pulak terlepas naik stage. Takut kejap lah … so tunggu hyena chow, baru pakai turun dari seat. nervous mek! (wah, dah start jadik mek.. wakakaa.. )
Penat jugak la. Sampai pukul 5 pm haaa round dalam zoo. Giler tak giler… melentik rasa bontot ni ha. Sebagai penutup, terima lah gambar makhluk makhluk kiut sepanjang zaman..
P/S : Best jugak laa pergi zoo negara. Tiket rm20 for adult. Untuk kids, tak sure pulak. Penuh arab arini. Ada gak couple berdating kat zoo eh





















http://ibzatech.com/
MumsLuvBaby


