Alpha Lipid

Photobucket
May 2010
M T W T F S S
« Apr   Jun »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Categories

Archives

Where Moms Unite



My Favourite BFF

Cam biasa lah. Kalau BFF, siapa lagi kalau bukan Cik Kacang kita.. si Hazel. Yesh.. memang dah plan nak ke The Curve hari ni dengan Hazel. Dah bagitau dahling day before n dia pun kasik pergi. Kasik pergi jer.. duit tak kasik. Huhu..

Plan asal nak ke Flea market jer so, better pergi pagi lah kan? Tak panas n tak ramai orang sangat. So, pukul 10 lebih tu dah siap kan lah si mek tek ni.. pastu tinggal dia dalam playpen n mandi laju laju (tapi bersih ok !). Siap siap.. dhling tanya pulak “nak g mana ?” Eh eh suamiku tercenta ni.. dia dah lupa ke orang duk bagitau kata nak p Flea Market The Curve. Ok.. setel.. terus zass.. berdua ngan Hazel, kami ke The Curve. Mana lagi nak p yang dekat dekat kalau berdua. The Curve jadikla.

Park kat B2 terus sebab senang carik parking. Masuk pakai Touch n Go so nak kuar pun senang nanti. Park dekat dengan elevator punya entrance. Senang jugak.. yelah. Berdua n bawak stroller. Masih tak confident untuk naik escalator ngan stroller. Dah laa gua naik escalator ala ala jakun. Mesti nak pegang tepi tu.. gayat lah! So, terus ke Flea Market dulu. Takleh buang masa. Nanti hari makin panas.. sian ke Hazel. Tup tup.. dah lena anakku. Oh.. lagi memi suka. Boleh memi jalan jalan lama lama. Wakakaka..

Takder beli apa kat Flea Market except Elmo yang ketawa mengilai ngilai sampai Hazel menanges ketakutan. Ampunnn.. mana nak tau dia mengilai. Ingat Elmo tu ketawa kiut kiut. Harap harap malam ni takder mimpi ngeri lah Hazel. Lepas setel di Flea Market tu, tiba tiba nampak MPH Sale kat ruang legar depan Habib tu. Apo laie.. selepas tertipu dengan iklan MPH Warehouse Sale tu… terus masuk ruang sale n terpa section buku kanak kanak. Siap ada sale Lamaze punya toys. Bagus ni.. tapi bila terpikir dah beli Elmo-ketawa-ala-ala-kuntilanak tu.. terpaksa buat buat tak nampak lah Lamaze toys ni.

Hazel's First Visit to Book Sale !

Hazel's First Visit to Book Sale !

Ampun anak! Nampok sepender pulak. Memang berbaloi sale kali ni. Buku banyak less 50%. Untung betul rasanya.. beli 6 books for her and only 1 for me. Takper.. nak suh Hazel layan buku so that nanti memi ada kawan nak ke bookshop. Dadda tak layan buku.. :P

Setel membeli buku, lepak Juice Work kejap before ke Baby room untuk kasi ( . Y . ) to Hazel. Gilos.. ramai betul nak kasik pek kat anak masing, siap beratur dengan stroller lagi. Lagipun, kecik jer baby room tu kan? Yang sebelah Mothercare tu lah. Kecik sangat.

Tup tup, kak long call pulak. Nak datang The Curve jugak. Setttt ! Terus g meround lagi sementara menunggu kak long n the co. sampai. Sempatlah layan Daiso n Metrojaya dulu. Kak long sampai n meronda masuk MPH lagi. Meronda ronda lagi dan lagi .. last last turun n lepak kat Theobrama Choc Lounge. Menarik gak menu dia. Eh eh.. sekali ada Sh Amani n Cikgu Fatimah lah. Siap senyum senyum n lambai main main ngan Hazel tp anak gua memang lah jual mahal. Siap buat muka sombong lagi. Adoi..

Muka budak sombong!

Muka budak sombong!

Memang gangster betul anak dara sorang ni. Lepak lepak jer dia letak kaki dia atas perut si Elmo tu. Dah alih pun, mesti dia park kaki dia kat situ balik. Baik jer duk diam diam.. memi dia duk makan .. lalalaaa.. suka hati. Bab nampak spendo ni memang takleh nak elak lah. Redha jer laa anak.

Ummi Long, Memi n Kakak Icha

Ummi Long, Memi n Kakak Icha

Muka gua stok perah boleh dapat 1 liter minyak masak ok. Wahahah.. betul betul punya berminyak ni. Yelah.. berejam duk meround jer keje. Lap muka pun tak sempat. Hihihih.. Thanks to Ayuni yang amekkan pic ni.

Ayuni. Along n Boboy. Along n Boboy sambut birthday semalam :D

Ayuni. Along n Boboy. Along n Boboy sambut birthday semalam :D

Ayuni yang makin kurus. Serius.. kurus sangat. Kecik kecik comel sangat ngan rambut cam spring. Dah besar.. memilih sangat makan sampai jadi kedekiang. Along n Boboy smbut birthday pada hari yang sama. 31st April. Muka pun ala ala  fotostat jer. Betul betul punya anak bapak ni. Hebat ! Apa yang hebat? Hihihi.. ntah laa.. tapi gua memang sayang sangat boboy ni. Baik sangat… tahap kematangan dia melebihi umur. Dia tak macam bebudak lain yang suka request toys macam macam. Dulu, pernah gua bawak katalog Toys R Us g umah kak long. Ayuni n Icha pakai pilih laa toys mana diorang suka n suh belikan. Datang si Boboy ni “Yuni ngan Icha ni.. asek mintak toys jer dengan mak ngah. Ingat mak ngah banyak duit sangat ke?” Dengan niat baik lah. Dia memang macam anak sulung yang baik sangat. Mak ngah sayang Boboy. Kisss skettt.. hihhi.

Setel makan ngan kak long (thanks kak long.. belanjos :D) singgah Waroeng Penyet plak. Tapau untuk kekanda di rumah. Sian ke abe ku.. wahahaha. Pas tu.. memang terusss zass pulang lah. Rasa cam letih tetiba. Tapi memang enjoy lah.. lagi enjoy kalau boleh spend time sama sama kak long & co. lagi lama.. :oups:

Semua untuk Hazel exc. buku Sophie Kinsella. Huhu

Semua untuk Hazel exc. buku Sophie Kinsella. Huhu

Avent Storage System (cups with Lids 10x) ni penting. Lately rasa menyesal tak simpan ebm. Yelah, malas + tak cukup bekas kan.. so, tadi jumpa ni.  Terus laa beli. Ingat nak beli yang plastik tapi setelah di hitung hitung, lagi untung beli benda ni. Boleh pakai lama. Siap senang pulak tu. Pump, cabut, simpan.. warm kan n buh teat n adaptor, terus boleh kasi susu kat baby. Senang kan? Minyak zaitun.. ingat nak carik brand lain tapi jumpa Shurah. Belasah jer laa.. untuk rambut Hazel ni. Buku tu semua beli yg MPH sale tu. Semua 50% ok. Puas hati gua ini hari. Oh! Buku Twenties Girl tu cam ketinggalan zaman lah sebab gua nekad nak beli time kuar paperback jer. Jimatkan duit lah katakan.

Besok cam nak ulang beli buku lagi. Dah buat claim tadi ngan boss. Besok nak kuar lagi boleh boss? Ke nak kene gosok gosok dulu?

P/S : Gua dah beli bioSirih tu. Tapi dahling bising kata busuk busuk.. orang nak slimkan perut pun susah tau. Ke dia suka tgk perut cam kek dalam oven yang dah merekah ni?

Share and Enjoy:
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google

Share/Save/Bookmark

Related posts:

  1. Hati yang kechiwa Hello there! If you are new here, you might want...
  2. Dah beli jugak .. Hello there! If you are new here, you might want...
  3. Clearkan lagi.. Hello there! If you are new here, you might want...
  4. Sale lagi dan lagi Hello there! If you are new here, you might want...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.


13 comments to My Favourite BFF

Leave a Reply

 

 

 

You can use these HTML tags

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> <pre lang="" line="" escaped="">

:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: