Advert
Archives
Categories
Calendar
April 2010
M T W T F S S
« Mar   May »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  
Instagrams
 

Archive for April, 2010

Di Mana Kaunter Pertanyaan ?

Tajuk adalah berkaitan dengan entry pada hari ini yer anak – anak. Ini adalah kerana gua mempunyai beberapa kemusykilan yang memerlukan jawapan beralternatif (bukan music tp berpilihan lah.. lebih kurang gitu).

Soalan yang pertama :

Berapa lama baby pakai barut tu ek? Hazel dah 14 weeks dah. Mittens & booties still pakai sebab takut tercakar. Aritu try bukak.. awat tak amek. Dah jadik muka antu exorcist tu ha. Bercalar balar abes.

Soalan yang kedua :

Bila baby boleh layan walker eh? Mana lagi best : walker or bumbo seat dulu? Tengah pikir nak beli yang mana satu dulu? Berkenan jugak ngan Evenflo Exersaucer tu tapi adoi.. harganya boleh buat bayar kete sebulan. Bencinta tau !

Soalan yang ketiga :

Mana boleh carik losyen Bio Sirih untuk kempiskan perut tu eh? Sila beri bantuan .. kesian dekat semua jeans yang terlipat elok dlm lemari. Kesepian jer tu.. :bloody:

Soalan yang keempat :

Tolong suggest novel novel ringan untuk dibeli ketika MPH Warehouse Sale nanti.. Saper nak join pun best juga :D

Eh.. 4 jer soklan? Tadi cam banyak.. tapi tiba tiba hilang pulak soklan soklan tu. Takper laa.. simpan untuk lain waktu lah eh. Kalau boleh, korang jawap lah eh soklan soklan ni. Serius nak jawapan ni.. bukan mainan atau rekaan semata-mata. Aritu dah try tanya bff gua tapi result dia..

*di syaki termenung jauh memikirkan jawapan untuk soalan2 dari memi dia.. kesiannn*

*di syaki termenung jauh memikirkan jawapan untuk soalan2 dari memi dia.. kesiannn*

*photo taken by Uncle Salleh (husband Anty Aida). Thanks.. :D

P/S : 21hb ni balik KB lagi untuk besday FIL. Tak jumpa lagi topi untuk Hazel time nak naik flight ni.. adoi !

Cerita Tertunggak

Citer ni dah lama tapi nak citer lah jugak. Tak peduli.

Hari Ahad aritu, (28 Mac) gilos dah lama kan? Aida & Noor datang ke rumah. Gather gather bersama babies. Ingat entry ni? (klik image utk ke entry tersebut)

Time ni masing masing tunjuk buyung masing masing lah. Aida due on Nov, Noor on Dec n me on Jan. Tak plan pun ok. Nanti pakai kata planning pulak. Eh, camner nak planning pun kan? Wahahaha.. sangat weird kalau boleh plan. *taknak-bayangkan-pun*

Sekarang, masing masing pun dah selamat melahirkan baby masing masing. Dah tak boleh nak panggil 3 orang mak buyung. Kene tukarlah. Maybe 3 orang momma panas. (tiba tiba tak boleh blah, gelarkan diri sendiri hot momma konon).  Tapi kalau orang gelarkan, mak terima jer nak.. wakakaka..

Aida dah selamat melahirkan Ahmad Syafiq pada November 2009. Noor pulak baby girl bernama Tasnim Kamilia pada Dec 2009. Gua pulak.. selamat dah la kan. Cam tak tau pulak. Hihihi..

Kami orang kenal sejak 1996. Masuk tahun ni, wah.. dah 14 tahun gitu. Sama2 belajar di AIM, sambung ke UNITEN. Keje temp kat maxis klcc and sekarang masing masing ada life masing masing bersama baby n husband. Kejap jer masa berjalan kan?

Cik Kacang, Cik Nanim & Ahmad Jr.

Cik Kacang, Cik Nanim & Ahmad Jr.

Lepak lepak sambil layan makan n minum. Bergossip jangan di lupa. Wakakaka.. enjoy betul. Tak sangka lah.. citer pasal perangai baby lah, petua petua, susu n tetets. Macam macam citer kuar. Hopefully, next time boleh gather gather lagi dan lagi dan lagi.

The mommies

The mommies

Ya ampunnnn.. lupa bawak kuar skill menyuruk-dagu-berlapis-lapis time ni. Gemoknyer. Wakakakaa.. ampon lah kalau korang dapat mimpi anto-lomak-lomak lepas tengok gamba ni. Baby Nanim memang tekun tengok tv. Kiut..

P/S : Can’t wait nak gather gather ngan gadis gadis pipitku tersayang. Bila eh? Sorang kat Japang, sorang kat kuantan, sorang kat shah alam, sorang kat klcc and sorang tengah sarat membuyung. Hihihi..

I love my BFF

Petang tadi, after berhari hari plan outing bersama bff (sapa lagi kalau bukan Cik Kacangku Terkiut!) kitorang pun keluar. Pow duit husband (yer.. gua laa kaki kikis tu) sket jer.. nak g beli toner n moisturiser and nak g The Curve. Bawak laaa Hazel sekali masuk salon tu. Yelah, dah g berdua.. kut tinggal dalam kete, sapa nak tengokkan Cik Mek tu. Masuk jer.. panggil Nicole. Cam biasa “aiyaaa.. baby u ka? So fair lah.. tak macam u. ” Wakakaka… kuang hasam. Tau laa kulit gua ni ala ala kajol zaman Dilwale Dulhania Le Jayenge. “Ikut bapak dia lah Nicole.. ” “ooo.. ikut u punya lo kong kaa. ” Haa.. memang dah agak lah. Orang kalau tengok gua ngan Hazel jer.. mesti buat muka musykil punya. Takper.. gua dah biasa :(

Setel semua, g The Curve pulak. Mula mula nak carik hat untuk Hazel. Tak jumpa jugak.. last last ke Metrojaya lah. Carik baju. Takder yang best pun? Sempat lah rembat baju Poney kiut kiut untuk Hazel. Beli jugak kasut kiut murah untuk Hazel pakai suka suki. Nak beli yang mahal, kite tunggu dadda lah eh Hazel. Serius lama duk meround ni. Nak carik baju sket punya susah lah. Nak carik yang cun cun.. takder size baby pun. Maybe next time kene g OU lah kut? Sempat jugak tadi usyar kasut raya Hazel. Hihihi.. geram jer kan tgk baju baby.

Turun ke Watson pulak. Ingat nak carik gel untuk lidah Hazel tu. Tapi takder pulak. Dah tak tau nak g mana ni. Dah nak maghrib pulak tu. Last last.. balik. Wahahaha.. nak dijadikan citer.. sekali gua punya Bff sudah naik syeikh pulak dalam kete. Adoi laaa anak. Awatnyaaa mengamuk pulak.

Sampai rumah jer.. terus bogelkan. Tinggal diaper. Kasik mandi. Wahaaha… baru laa dia tersengih sengih kesyiokkan. Angkat jer dari tub.. haa.. kuar laa sore ning baizura dia. Sampai merah merah muka. Nasib mak mu ini penyabar orangnya. Last last sapu oil n lotion semua atas riba. Manja !

Sekarang my Bff sudah tidur tertonggeng keletihan. Memi boleh online sepuas hati. Wakakakaa.. apa? Nak layan dadda? Malam sket lah.. skang gua bz main Hotel City kat FB :P

P/S : Dah balik, baru perasan.. sekeping gamba pun tak amek. Adoi..

Hari Berjalan Jalan Tanpa Arah Tujuan

Ari Jumaat tu, takder hala sangat. Dahling nak makan Gulam lagi dan lagi dan lagi.

Nak dijadikan cerita, ada satu hari tu lepas balik dari Gulam, kitorang ada nampak Carrefour sudah dibuka kat Kota Damansara tu. Woww weee.. ini sudah bagus. Ada saingan untuk Giant & Tesco. Bila ada saingan, selalunya mutu persembahan mestilah makin meningkat.. nak bersaing lah katakan.

So, jumaat tu.. tup tup dahling nak follow. Eh eh.. tertiba ke Carrefour lah kitorang sekeluarga. Ngan Hazel pakai baju pendek jer. Dengan harapan tak sejuk sangat laa nanti tu. Anak gua tu.. sejuk takper dia.. jangan panas. Mau merah merah satu muka. Mengada tau.. nyampes ai!

Besar jugaklah tempatnya. Parking space dia cam Giant jer jugak. Tapi paling best tak ramai orang. Yeayyy.. kawen ngan orang anti sosial.. ngan gua gua sekali berjangkit. Tapi gua ok lagi.. banyak sosial lagi ni. Wakaakakaaa..

Carrefour ni 2 tingkat. Bawah tu cam tempat tempat lain jugak lah. Ada shop lots and banyak yang masih belum dibuka. Ada KFC jugak.. dah dibuka. Sempat laaa makan dulu b4 membeli belah. Yelah kan.. nak tenaga. Penting tu.. nak tolak troli lagi. Setel makan .. boleh naik ke Carrefour. Citer pasal makan.. iklan KFC sekejap. Gua layan Royal Beriyani da deyyy. Memang layan jugak nasik dia ni. Ayam dua ketul, seketul Hot & Spicy n seketul original. Sup dia best!

Royal Beriyani Dari KFC

Royal Beriyani Dari KFC

Pas mengisi tangki masing masing.. hihi.. naik Carrefour n beli barang lah sket. Besar jugak.. plus suka sangat baby dept dia. Ada TollyJoy ! Yahooo…

Hazel & Memi yang sibuk nak enterframe

Hazel & Memi yang sibuk nak enterframe

Molek laaa anak dara gua ni. Posing sambil kangkang. Adoi.. ampun ! Time ni memi & dadda duk layan ayam. Anak layan puting sudah lah. Nak kasik ayam pun bukan boleh nak kunyah lagi.

Eh, hari ni ke KFC di Carrefour lagi tp ari ni staff dia ada sket tolol ! Gua order lagi Royal Beriyani ni. Dia kata kene tunggu 13 min utk ayam. Ok lah tu kan.. dah siap ayam. Dahling layan ayam jer.. so dahling makan lah dulu. Gua masih bersabar tunggu nasik ni.

Sekali dah 15 min, gua g laa tanya. Boleh tak dia jawap “nasi baru nak masak.. sebab dah abes”

Gua tanya lah “berapa lama lagi?”

“Setengah jam.. eh, sejam”. Aper ke gile kan? Time tadi dia kata ayam tengah masak. Nasik ada. Ni nasik rupanya baru nak masak.

“Kenapa tadi tak cakap nasi takder?”

Dia boleh jawap pulak sambil muka kerek “saya ingat nasik ada”

Gua pun sound lah.. “jadik keje nak tunggu nasi pulak sampai sejam. bagi ayam lah dulu siap siap”

Yang marah tu, kut laa nak mintak maaf ke apa ke. Siap jegil jegil mata.. ko nak tgk aku jegil mata pulak ke? Bongok betul laaa..

Sapa yang kenal orang keje KFC Carrefour Kota Damansara tu tlg laaa ekjas sket otak cashier pompuan bertudung hitam tu. Ngoi sangat

Gua blah sambil cakap.. “Bodo betul buat keje.. takder keje nak tunggu sampai sejam pasal nasik!” Gua memang marah kalau tengah lapar lapar ni ada hal tongoi gini.

Kitorang blah dari KFC ari ni tanpa nasik beriyani tu. Potong stim betul ! Terus balik rumah.. tak sempat nak naik Carrefour lagi.

P/S : Makan mee goreng Ghulam lagi best. Benci plak bila ingat kes KFC tadi tu. Cesss…. cesss… Plus, masih dalam misi mencari hat utk Hazel :D

Related Posts with Thumbnails
Penziarah
My Store
Mari Berpipit
kakakdegil.fm
NetworkedBlogs