Alpha Lipid

Photobucket
April 2010
M T W T F S S
« Mar   May »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

Categories

Archives

Where Moms Unite



Hari Berjalan Jalan Tanpa Arah Tujuan

Ari Jumaat tu, takder hala sangat. Dahling nak makan Gulam lagi dan lagi dan lagi.

Nak dijadikan cerita, ada satu hari tu lepas balik dari Gulam, kitorang ada nampak Carrefour sudah dibuka kat Kota Damansara tu. Woww weee.. ini sudah bagus. Ada saingan untuk Giant & Tesco. Bila ada saingan, selalunya mutu persembahan mestilah makin meningkat.. nak bersaing lah katakan.

So, jumaat tu.. tup tup dahling nak follow. Eh eh.. tertiba ke Carrefour lah kitorang sekeluarga. Ngan Hazel pakai baju pendek jer. Dengan harapan tak sejuk sangat laa nanti tu. Anak gua tu.. sejuk takper dia.. jangan panas. Mau merah merah satu muka. Mengada tau.. nyampes ai!

Besar jugaklah tempatnya. Parking space dia cam Giant jer jugak. Tapi paling best tak ramai orang. Yeayyy.. kawen ngan orang anti sosial.. ngan gua gua sekali berjangkit. Tapi gua ok lagi.. banyak sosial lagi ni. Wakaakakaaa..

Carrefour ni 2 tingkat. Bawah tu cam tempat tempat lain jugak lah. Ada shop lots and banyak yang masih belum dibuka. Ada KFC jugak.. dah dibuka. Sempat laaa makan dulu b4 membeli belah. Yelah kan.. nak tenaga. Penting tu.. nak tolak troli lagi. Setel makan .. boleh naik ke Carrefour. Citer pasal makan.. iklan KFC sekejap. Gua layan Royal Beriyani da deyyy. Memang layan jugak nasik dia ni. Ayam dua ketul, seketul Hot & Spicy n seketul original. Sup dia best!

Royal Beriyani Dari KFC

Royal Beriyani Dari KFC

Pas mengisi tangki masing masing.. hihi.. naik Carrefour n beli barang lah sket. Besar jugak.. plus suka sangat baby dept dia. Ada TollyJoy ! Yahooo…

Hazel & Memi yang sibuk nak enterframe

Hazel & Memi yang sibuk nak enterframe

Molek laaa anak dara gua ni. Posing sambil kangkang. Adoi.. ampun ! Time ni memi & dadda duk layan ayam. Anak layan puting sudah lah. Nak kasik ayam pun bukan boleh nak kunyah lagi.

Eh, hari ni ke KFC di Carrefour lagi tp ari ni staff dia ada sket tolol ! Gua order lagi Royal Beriyani ni. Dia kata kene tunggu 13 min utk ayam. Ok lah tu kan.. dah siap ayam. Dahling layan ayam jer.. so dahling makan lah dulu. Gua masih bersabar tunggu nasik ni.

Sekali dah 15 min, gua g laa tanya. Boleh tak dia jawap “nasi baru nak masak.. sebab dah abes”

Gua tanya lah “berapa lama lagi?”

“Setengah jam.. eh, sejam”. Aper ke gile kan? Time tadi dia kata ayam tengah masak. Nasik ada. Ni nasik rupanya baru nak masak.

“Kenapa tadi tak cakap nasi takder?”

Dia boleh jawap pulak sambil muka kerek “saya ingat nasik ada”

Gua pun sound lah.. “jadik keje nak tunggu nasi pulak sampai sejam. bagi ayam lah dulu siap siap”

Yang marah tu, kut laa nak mintak maaf ke apa ke. Siap jegil jegil mata.. ko nak tgk aku jegil mata pulak ke? Bongok betul laaa..

Sapa yang kenal orang keje KFC Carrefour Kota Damansara tu tlg laaa ekjas sket otak cashier pompuan bertudung hitam tu. Ngoi sangat

Gua blah sambil cakap.. “Bodo betul buat keje.. takder keje nak tunggu sampai sejam pasal nasik!” Gua memang marah kalau tengah lapar lapar ni ada hal tongoi gini.

Kitorang blah dari KFC ari ni tanpa nasik beriyani tu. Potong stim betul ! Terus balik rumah.. tak sempat nak naik Carrefour lagi.

P/S : Makan mee goreng Ghulam lagi best. Benci plak bila ingat kes KFC tadi tu. Cesss…. cesss… Plus, masih dalam misi mencari hat utk Hazel :D

Share and Enjoy:
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google

Share/Save/Bookmark

Related posts:

  1. Hari Hari ke Ghulam Hello there! If you are new here, you might want...
  2. Ke New Castle Tanpa Perlukan Passport. Hello there! If you are new here, you might want...
  3. Hari Bermesra-mesraan Hello there! If you are new here, you might want...
  4. 37 Hari Paling Bahagia Hello there! If you are new here, you might want...
  5. Layan makan time Hello there! If you are new here, you might want...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.


2 comments to Hari Berjalan Jalan Tanpa Arah Tujuan

Leave a Reply

 

 

 

You can use these HTML tags

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> <pre lang="" line="" escaped="">

:p 8) :lol: =( :8 ;) :(( :o: :[ :) :D :-| :-[) :bloody: :cool: :choler: :love: :oups: :aie: :beurk: