Advert
Archives
Categories
Recent Comments
Calendar
April 2010
M T W T F S S
« Mar   May »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  
My Bookshelf
Kakakdegil's bookshelf: read

Halfway to the GraveDead Until DarkThe Memory Keeper's DaughterMy Sister's KeeperTwilightAlice's Adventures in Wonderland & Through the Looking-Glass

More of Kakakdegil's books »
Book recommendations, book reviews, quotes, book clubs, book trivia, book lists
Random Photos
Iklaneka


Archive for April, 2010

Cak Cak

Cak !! Lamanya takder buat entry baru. Windu plak nak bebel mmmmbebel kat sini. Bukan takder citer.. citer ada. Hari hari pun ada citer cumanya malas n rajin jer nak menaip tu. Ni pulak bz duk amek order SDII & Alpha Lipid. Saper mau order? Mari mari…

Last week 21st April tu balik ke KB lah. Ni kira second time pulak si Hazel naik flight. This time cam saspen sket lah sebab dia pun dah besar kan. Nasib jugak lah dia tidur jer sepanjang perjalanan tu. Naik jer kete nak ke airport, dia pun tido sampai lah naik flight n sampai KB. Takut gak .. dia dah pandai terjaga bila dengar bunyi bising kan.. so kut kut nanti dia terjaga bila naik flight. Legaaa..

24hb tu pulak, g jab kali ke-3. Berat dah 4.7 kg and panjang dah 58 cm. Melalak lah 3 minit lepas kene jab tu. Pas tu cam biasa, sambung lena. Petang tu kitoang anak beranak lepak bilik jer. Kat luar ada buat bbq sempena birthday FIL. Kenapa tak join? Sob sob.. sedih. Malam tu bajet Hazel  cam nak demam jer.. laju jer kasik minum ubat. Alhamdulillah lah.. tak sempat demam. Takut lah kalau demam sebab lusanya tu nak balik KL pulak dah.

26hb balik KL balik. Yahooo.. bilikku syurgaku. Hazel pun good mood. Tak tidur pulak.. n hujan lebat time tu. Tapi ok laa.. takder delay pun. Time atas flight pun, Hazel lepak lepak gelak gelak jer. Bapak Hazel jer yang tido.. cess. Lega jugak lah.. kira cam dah takder nak risau sangat bawak Hazel naik flight dah ni.

Kitorang naik Firefly. Bawak baby memang senang sangat. Takder problem plus memang extra attention lah dapat. Time nak naik pun, orang datang jemput bagitau dah boleh naik .. pastu siap payung walaupun tak hujan. Bagus bagus.

Hazel dengan 'uniform' naik flight.

Hazel dengan 'uniform' naik flight.

Tidur pun nak berkerut muka. Ntah apa masalah dia bawak ke tidur pun tak tau laa budak kecik ni. Garis di dahi tu tanda geng gangster tu. Wahahahaah.. pantang bukak mitten, ada jer tanda dia nak buh kat muka sendiri.

Coconut Shake yang sedap di minum time panas panas

Coconut Shake yang sedap di minum time panas panas

Entry di akhiri dengan gamba coconut shake yang di beli ketika panas lit lit. Sedap sangat! Kemestian bila balik KB, mesti nak carik coconut shake. Eeeiii.. ni pun dah terliur. Sedap…terasa rasa lemak lemak eskrem n coconut campur ice tu. Slurrrppppp… aaaahhhhh

P/S : Going back to Kb pada 17th May nanti. Nak cucuk Hazel lagi dan lagi dan lagi… kesian anak memi..

Melempiaskan Nafsu Yang Tak Tertahan – Entri yang tertunggak !

Memi n Hazel .. Memi posing lebih. Ampunnn !

Memi n Hazel .. Memi posing lebih. Ampunnn !

Lepas 3 bulan di KB.. pulang ke KL adalah sesuatu yang indah. Mana taknyer, windu weh nak ke merata rata. Windu The Curve, windu Ikano n windu sangat kat OU. Lepas berhari hari memujuk big boss, akhirnya last week si-big-boss-hensem pun bersetuju lah. Itupun mula mula dia kata ke Giant jer. Tapi suruh siapkan si mek kecik tu lebih cantik cantik pulak. Sekali.. belok ke jalan nak ke OU. Yahooo.. ding ge ding galeee

Mula mula g round kat semua kedai baby.Wahaha… nak carik hat punya pasal. Anty Fara, dah g pumpkin patch. Ada hats tapi terlampau kecik n terlampau besar. Takda size Hazel. Sedih.. siap ada hat utk preemie.. kiut sangat! Pastu ke FOS. Yesh, kitorang beli baju harian Hazel separuhnya dari FOS jer. Murah n ok ok jugak. Cukup laa nak pakai hari hari duk dalam rumah. Dah setel tu , ke Parkson pulak. Ingat nak hint hint beli lipstik Chanel yang terbaru tapi terlupa. Tapi rasanya kalau hint hint pun, cam tak dilayan jer. Wakakaa.. (ketawa dalam kepiluan ni!).  Ke Parkson pun dengan niat nak beli something. Nak beli Pigeon Oral Wipes. Kut buleh nak lap lidah susu Hazel tu. Dah sampai n memang jumpa lah wipes tu tapi big boss takmau pulak. Sebab takder tulis boleh lap tongue. Aiseh.

Mengisi tenaga di Juice Work!

Mengisi tenaga di Juice Work!

Lepak minum kat Juice Work dulu. Our fav place kalau nak makan ringan ringan lah. Dahling for sure order toasty punya ngan Lychee Cooler. For me pulak , mesti cookies n Berry Burst. Siapa ada member card, boleh free cookie. Best ! Itu jari, gua punya dahling punya jarilah. Sebab toasty sedap sangat petang tu. Kesian Cik Kacang kiter tu.. tengok jer laa yer anak. Takleh makan lagi… wahahah.. kesian. Eh, kenapa statement tu rasa cam kejam pulak?

Baby Room di Level 2- kalau tak salah

Baby Room di Level 2- kalau tak salah

Lepas mengisi tenaga, nak kene jugak refill si kecit ni. So, melilau lah kami 3 beranak carik baby room. Sebab ada baca di blog Fara , cantik bay room kat OU New Wing ni. So, apo laie.. Last last jumpa lah satu. Terus laju masuk n tinjau bilik. Ngan dahling sekali join.Join masuk bilik jer laaa.. bukan join merefill perut ngan susu. Wakakaakak.. opps. Berbalik pada citer baby room. Memang comfy lah sangat. Except that day.. panas ya rabbi. Panasssss sangat dalam bilik tu.

Tak tau apa motif gambar ni

Tak tau apa motif gambar ni

Seriously, tak tau apa motif gambo kat atas ni. Orang suh tlg amekkan gamba dalam feeding room, dia g amek gambo dinding ni. Sebab kartun dia kiut kut ek? Bilik yang kitorang lepak ni besar sket sebab dia ada buh buai. Kut sapa ada anak yang kalau nak tidur kene masuk buai dulu seround, boleh laaa lepak sini. Hazel tak pernah tidur dalam buai.. so tak perlu la. Cuma lepak sini sebab bilik ni besar lah sket.

Aksi ular mematuk diri sendiri sambil me'refill' baby

Aksi ular mematuk diri sendiri sambil me'refill' baby

Makin boooolat kan muka ? Yolah… dah tak leh nak buat apa ni. Nak exercise, takut kut terkoyak perut pulak. Nak diet, adoi… tak sampai hati. Makin slim laaa anak dara gua nanti.So, redha jer la. Anok punya pasal, memi redha simpan jeans dalam gobok sampai Hazel buleh makan. Hihihi.. lagi 2 bulan lebih tu. lepas tu, boleh laa memi diet sket sket. Cewah.. niat sket punya baguih! Lepas abes berbisness dalam baby  room ni.. terus laa ke Old Wing pulak. Nak ke JJ. Hebat kan? Siap ke Toys r Us lagi. Yelah, duk beriya anta sms bagai kata disc sampai 80%. Cess.. takder laa menarik pun sangat. Frust lah.. huhu.

Dah setel tu, pusing balik ke New Wing. Agak agak kalau ari ari camni, boleh kurus tak ek? Takder laa membeli sangat. Banyak beli pun, barang si kecik lah. Oh! Kitorang decided belioral wipes dari NUK. Memang khas untuk wipe tongue n gum baby. Satu pek ada 25 sachets n berharga RM43.90. Ada di jual di Mothercare. Kalau ada member card, boleh la dapat 10% discount. Actually, agak mahal kan? Tapi dah try cuci pakai kain, still tak hilang. Alhamdulillah lah, pakai NUK ni.. sekejapan jer. Dah beransur hilang. At least, tak setebal dulu.

Balik rumah, dah nak dekat pukul 9.45 pm. Haa.. best kan? Lembik kaki abes semua. Syiok lah.. ni 1st time ke OU after nearly 4 mths berpuasa dari jejakkan kaki ke sana. Still, rasa cam tak puas pulak. Cam ada jer kedai yang nak masuk lagi.. kronik pulak rasanya.

Eh.. entry ni cam lebih ke cerita Baby Room di OU pulak kan? Dulik ah.. kira info lah tu. Kut kut korang nak g netekkan/salin diaper/bancuh susu baby ke. Time kitorang g, dia ada pasang citer Ice Age. Kitorang ada masuk baby room dalam Toys r Us tapi ya rabbi. Siap ada diaper terpakai yang ditinggal orang dalam tu. Busuk n bersepah dengan sampah. Huh! Kotor betul lah bilik tu. Sedih pulak rasa… aporaaa. Cam tak terjaga jer bilik tu.

Kat Kelantan, masih belum ada baby room kat mana mana. Belum jumpa lagi lah.. nak kene propose buat satu kat KB Mall. Baru gempak !

P/S: Today is my FIL’s birthday. Nonie doakan daddy panjang umur and makin murah rejeki. :D Happy birthday daddy! Errr.. suddenly, i miss my abah. Sob sob..

Tekanan Paling Hebat Hari Ini

Bukan lah baru hari ni pun rasa tertekan ni. Cuma malam ni tekanan tu cam meluap luap sangat.  Tak bawak balik laptop sendiri sebab banyak bag sangat nak kena bawak. Bag latop laki dah seketul. Bag baju 1, bag utk botol and pump 1 and diaper bag 1. So, laki kasik pinjam lah vaio p dia… boleh sumbat dlm bag laptop dia sekali. Ni menaip sambil guna vaio p yang adoi .. rasa terseksa. Font kecik sangat plus rasa pelik ngan keyboard dia. Tapi bersyukur lah still boleh connect ke dunia lain.

Malam ni lagi terseksa. Kami balik ke kb. Sampai petang, makan makan n mandikan Hazel.. lepas maghrib.. tidurkan hazel, terus hanyut sekali. Bangun jer dah pukul 11 pm. Lepak ngan Hazel lagi. Hari ni kami hidup berdua jer. Rasa cam ibu tunggal plak.. sob sob

I’m sad =(

P/S : Tiba tiba rasa lonely yang teramat. I dont like !

Entry Terakhir

Sebelum balik ke KB besok. Jangan laaa salah sangka pulak. Dah 7 tahun berblogging.. takkan mungkin gua nak resign begitu saja. Cewah..

Besok dah nak balik ke KB lagi. Untuk besday FIL dan untuk jab si Kacang kali ke 3. Saspen lah sebab itu hari naik flight, Hazel masih kecik toek. Tido jer kejenya. Sekarang ni … bising sket mesti laaa dia terjaga dari tidur. Adoi.. serius punya saspen ni. Mintak mintak takder problem lah cam aritu jugak.

Barang nak bawak balik pun tak banyak sangat. Barang dadda cuma sehelai jean ngan bag laptop dia. Memi bawak luggage satu and si Ida tu tak tau laa berapa bag pulak dia nak bawak. Wakakaka.. Kena bawak balik orang tua tu.. sebab nak suh basuh tangan baju si Hazel ni. Nak menolong sekali majlis bbq tu nanti.

Baju pun takder yang cantek ni. Sedih betul rasanya.. sejak lepas beranak aritu.. gua cam ala ala kena serangan low-self-esteem gitu. Rasa cam pakai apa pun tak cantek.. ini kan pulak kalau berbugil. Ni dahlin sebuk nak suh pakai bikini pulak. Biar benar ling ling. Ai scary mary tgk diri sendiri ni..

Oh ya! Cewah.. Untuk those yang minat nak membeli buku buku dengan berjemaah dalam kepanasan.. MPH Distributor Warehouse Sale kembali lagi. Yahoooo ! Details :

Time : 9am to 7pm

Date : 28th April – 3rd May 2010

Location (Tel 603 7958 1688)-

Ground Floor Warehouse

Bangunan TH

MPH Warehouse

NO 5 Jalan Bersatu 13/4

Petaling Jaya

[Opposite Dataran Hamodal]

Kalau yang pernah pergi.. tau laa kut. Dataran Hamodal ni pun port warehouse/clearance sale. Selalunya, setengah buku diletakkan bawah canopy n ada yang dalam gudang. Panas jugaklah tapi luas jugak. Banyak pilihan.. mesti pergi ni. Saper mau join? Jom jom..

P/S : Nak melempiaskan nafsu makan di KB nanti. Nyum nyum… chakuih (cakoi) di Billion wajib! Colek di PCB pun wajib! Eh eh… tiba tiba rasa malu bila tengok perut sendiri. Masih tak sedar diri rupanya.. sob sob :bloody:

Related Posts with Thumbnails
Penziarah
Tabita Skincare

: Exclusive Set !

Contact me : kakakdegil@gmail.com

Mari Berpipit
kakakdegil.fm
NetworkedBlogs