Spot The Difference :p
Hai .. adik adik..
Arini kakak doze off nak buat pertandingan. Senang senang aja yaa adik adik sekelian. Adik adik semua hanya perlukan sekeping kertas dan pen/pensil. Dah bersedia semua? <– sambil buat muka sehabis ceria dan sengih hingga ke belakang telinga

Semasa Hazel masih di dalam gelembung memi

Gelembung dah di belah. Hazel pun muncul. Cak !
Spot the difference. Hahahaha.. senang kan? Satu tu macam gambar yang di jemur di tengah panas sampai turun kaler. Kesian betul. Yang sebenar nya.. yang atas tu diambil ngan phone pada bulan august tahun lepas. Langsir pun takder tu. Tu yang cerah terlebih. Kalau abang siong (di TV3 pukul 4.30 pm) ada, mesti dia bising bising kat Mak Zah yang pakai topi kelakar tu.
Banyak beza kan. Yang paling nyata.. semua tu barang Hazel. Kecuali laptop ternganga tu lah memi punya. Kejap kejap buh dalam rocker tu.. pastu kasik main kat play mat.. pastu bila muka dah stone, baringkan dia atas tilam tu. Sambil semua tu, memi mengonline kan diri.
Yang biru tu, kitorang panggil rocker jer lah. Sebenarnya Maxi Cosi carrier yang model 9 tahun lepas. Hebat kan? SIL yang punyer. Zaman tu rasanya Maxi Cosi pun tak sampai malaysia pun lagi. Sapa ntah kasik hadiah from Sweden kalau tak salah. Hazel duk dalam ni time nak layan tv jer. Time nak tidur, mesti nak melepek kepala kat tetet memi dia ni jugak. Nak beli Hazel punya, tak terbeli lagi. Panas ya rabbi.. nak kuar rumah pun bercinta sangat ni.
Dinding semua kosong jer sebab takdak idea nak buh apa. Satgi kut buh muka sendiri.. kata gila glamor laa plak (padahal takder gambo sendiri yang layak di frame n disangkut pun).
Oh ! Kak long n family nak dtg ke rumah. Nak request sambal ayam pedas ke langit dan masak lemak tempoyak pls. Terliur baca tweet Peej pasal masak lemak tempoyak. Huhu..
P/S : Bila laa boleh nak ke Bangsar. Bulu kening dah berterbangan dah ni. Bak kata si suami ” macam bulu kenin Shuhaida Shamsudin”









http://ibzatech.com/
MumsLuvBaby



living room sekarang makin ceriaaaa…..memang difference yg sngt lah besar!! ha? ape? ayam pedas sampai ke langit…pedas sampai tahap gitu, dahsat tui…dira tak tahan pedass…..
Ceriaaa kan? Skang cam suka plak lepak kat living room
Ayam pedas sangat. Kak long nonie pandai masak
hoh ruang tamu bertambah ceria
pasal masak lemak. i tertido awal. bangun dengan harapan dapat makan.
sekali tengok kuali licin ok. huaaaaaa. terbayang2 ok. i want.
tapi apa nasib. takpa lain kali buat lagi.
tapi teruja nye dengan sambal ayam pedas ke langit. macam indah aje. hahahah.
Tu laa…
Isykk.. duk teringat sangat kat masak lemak tu
Mana mau carik ek?
Sambal ayam pedas memang ke langit.. perghh
sapo Shuhaida Shamsudin ?
anis..
shuhaida shamsudin tu Wohnen lah.. wakaaa