Archive for February, 2010
Another 1 week to go
Pejam celik beyak tidor, tinggal seminggu before abes pantang. Syiok eh. Dulu bila orang duk cakap tak sabar nak abes pantang, heran jer. Apa yang tak sabarnya sangat.. Sekarang ni, nah haiiii… awat tak amek. Menggelupur jer nak tunggu abes tempoh berpantang. Tak sabar nih..
Arini, bawak cik mek molek ku ke spital. Inject Hep B untuk second time plak. Dr cakap berat baby ngam ngam. Tinggi dah bertambah 4 cm. Kepala pun dah makin besar. Mula mula tu dia rileks. Dari rumah, tidur jer.. Sampai spital pun, still tidor. Siap ada baby lain tunggu giliran duk menjerit nanges, si Hazel ni celik mata, buat muka tak puas ati seketul and sambung balik tidur. Hebat !
Sampai turn dia, dr pun baringkan. Nak buka baju… mula mula ok jer. Dah siap ukur tu.. dr nak check heartbeat tu.. muka dah cebik cebik. Pastu, mula laaa..ehek ehek dulu. Time inject tu.. adoi. Tak sampai hati nak tgk. Kene inject kat peha jer. Biar dadda jer laa tgk. Memi sembunyikan muka. Takut jer tgk jarum mencucuk. Kene jer cucuk tu.. awat tak amek. Menanges la dia.. merah merah muka. Siap meleleh airmata tu. Sementara gua n dadda dia borak ngan dr, nurse Tini dukung Hazel sambil pujuk pujuk. Siap dr kata, “manja sangat budak ni”. Memang lah manjaaaa sangat. Sekarang ni kene dodoi atas riba dulu. Baru nak tidur. Kecuali dia ngantuk sampai kuar mata putih, baru bleh letak dlm cot. Kalau tak, huhu… mula laaa nanges. Lagi kuat dari kene inject tu.
Kejap jer dia nanges sedih sedih. Pastu, dia sambung tido balik. Good baby.. memi like! Dah setel, ingat nak singgah jumpa Dr Awang, nak bincang pasal upacara menyunat. Sekali dr ada di OT plak. So, buat appt.. ari senin Hazel kene sunat. Alololooo.. kesian. Sakit tak ek?
Pastu, turun lah nak bayar bil. Aiyarkkkk.. gilos banyak nyamuk. Apo ni? Kat spital banyak nyamuk. Hospital cantik.. tp nyamuk cam gergasi. Besar besar n itam itam ok. Bawak lari Hazel kejap. Tunggu depan sket.. kat area depan entrance. Sekali, diorang duk sibuk nak tukar sofa plak. Banyak hal betullaaaa.. Last last g kedai kat situ. Beli milo. Serius dahaga plak. Ngam ngam, dahling pun setel bayar bil.
Ingat nak g jalan jalan tp tak jadik plak. Boring !
P/S : Siapa tau paed best kat Perdana Hospital tu? Nak carik yang friendly and best !
Time To Celebrate – Next Saturday :D
Arebbaaaa arebbaaaa.. andreeee andreeee..
Kejap jer dah nak abes tempoh berpantang ni. Alhamdulillah.. sepanjang berpantang ni , sekali dua jer nanges kut. Itu pun sebab terseksa time nak mandi n pasal sakit putin tetet jer. Serius, sakitnyaaaaa berdenyut denyut. Check tengok tak berdarah laa pulak. Keras benor gusi budak kacang ni. Kadang2 before dia cabut puting tu.. dia g tarik dulu sekuat ati. Adoiiii… ganas ngalahkan bapaknya. Errkk !!
Baby Hazel pun dah cukup sebulan. Alhamdulillah, walaupun gusinya ganas.. tapi dia sendiri tak banyak songeh. Menanges sket sket tu normal lah. Mandi pun senang jer. Kalau air panas mengikut tahap piawaian dia, dia memang layan lah bath time.. kalau tak, hadaplah muka merah tercebik cebik selama 1 minit sebelum sore kiut dia menjerit. Lagi kiut kalau kuar airmata.. alololooo.. sedih betul.
Skang pun dah pandai duk berbunyik. Semalam, dadda dia duk melayan dia main.. pastu, dadda pun g toilet. Kiut laaa si Hazel duk bunyik.. “aaa… aaaa”. Bila dadda datang balik, terus diam pulak. Alah, anak bapak rupanya. Memi ni diperlukan time dia nak susu jer. Kecik dada memi ok. Huh !
Next weekend pun dah plan nak bawak dia jalan jalan. Celebrate ‘our hari raya’. Beshnyaaa.. nak g cari makan makan yang sedap sedap sekali. Nak makan eskrem goreng di Tesco.

Aiskrim Goreng beli kat Tesco.
Sedap eksrem goreng ni. Nyummm nyumm. Yang salut dia tu pun sedap sangat. Eh, ada Tesco kat Kelantan? Mesti laa ada. Lagi besh dari kat Mutiara Damansara tu. Serius.. bersih plak tu. Luas lagi.. rasa syiok. Cuma Secret Recipe dia cam sedih sket la. Apa kek pun takdak. Sejenis dua jer pun yang ada tu. Boring betul. Ada jugak Kenny Rogers and Chicken Rice Shop. Pastu ada Big Apple Donut tu jugak.

Tesco di KB.
Cepat eja Tesco dalam bahasa jawi lekas. Hihih.. Serius besar tapi jangan laaa nak g time weekend. Penuh ya rabbi. Nak jalan pun seksa. Dengan yang menyorong troli lagi. Adoi.. tensi. Eh, sini ada A&W cantik jugak ! Tetiba windu nak g Tesco. Hahaha.. bila g Tesco, hilang rasa windu nak balik Damansara. Cewah..boleh gitu?
Tadi pun FIL dah tanya nak makan apa abes pantang nanti? MIL nak masak.. yahooo. Boleh main request request tu. MIL pun dah simpan kuih bakul siap siap. Abes pantang nanti boleh makan banyak banyak. Syiok betul. Erk.. jangan abes pantang jer, berat naik berkodi kodi sudah lah. Seram plak..Ni pun duk kembang setaman lagi ni. Tak sabar nak start berexercise balik.
Nak kene carik baju jugak sekali. Aritu balik sini, terlupa kata balik KL nanti dah tak membuyung. Yang bawak balik, semua baju peknen. Adoi… (padahal saja jer .. taktik nak membeli baju baru banyak banyak kat sini). Lepas kiter jalan jalan, ai upah u ok dahling. Ai kan dah abes pantang time tu.. wakakakaaa
Kalau kita abes pantang, baby pun dah bleh kuar umah jalan jalan kan?
P/S : Rasa bersyukur sebab beli breast shell. Banyak kegunaannya.. untung
.
28 Days of Sleepless Nights
Hari ni, cukup laaa 4 minggu dah umur my lil kacang. Kejap jer plak rasanya. Cam duk tingat masa nak g spital 4 minggu lepas. Time berdua jer ngan dahling. Round round town tengah malam. Sekarang ni, tengah malam.. duk sibuk bau poop si Hazel jer lah. Hihihi..
Setakat ni masih mampu beri ebf kat Hazel. Alhamdulillah.. walaupun kadang kadang rasa panik bila pump dapat sket jer susu. Frust sangat rasa. Skang ni minum Enfamama yang masih ada lagi. Susu ni beli time pregnant aritu lagi. Kena abeskan lah dulu. Ingat lepas ni nak layan Anmum Lacta plak. Orang kata bagus eh. Time pump tak banyak kuar, tapi selalu plak asek bocor jer. Pelik ke eh?
Rabu ni, 10th Feb ni nanti nak bawak Hazel ke spital dah. Untuk kene inject n check up. Ada several things jugak laa nak tanya pada dr nanti. Hopefully semuanya ok lah. Berat pulak, timbang masa dia 19 days aritu baru 3.1 kg. Alalaala… dah lenguh dah tangan ni. Plan, lepas check up tu nak ke tesco. Carik soft toys utk dia. Nak ke Toys R Us, maner nak carik kat KB ni haa. Hihihhi.. Aritu tgk toys kat KB Mall pun tak besh langsung.

Budak yang suka berbunyiiikkk :D
Muka memang dah berubah. Mata memang ikut dadda dia. Sampai ke warna bijik mata pun sama ngan dadda dia. Hidung tu trademark memi. Hihihi.. yang lain banyak ikut dadda dia. Takper laaa.. lawa lah nanti. Dadda dia kan hensem. Auwww… ♥
Besok ingat nak ukur panjang dia plak. Rambut pulak makin berdiri. Hihih.. halus halus jer tapi banyak jugak. Dah pandai buat bubbles and sangat laaa ringan mulut. Asek berbunyi jer… menggeliat pun bersuara, suka suka sorang sorang pun bersuara. Kiut jer suara dia except bila menjerit nanges. Hihihi.. Kuat tu. Bikin orang panik jer.
Agaknya, bila ada baby ni.. dah tak peduli citer pasal lain dah eh. Tak sabar nak tunggu nanti nanti bila dia makin cerdik bermain pulak. Skang ni memang sleepless night lah sebab Cik Hazel cam geng vampire jugak. Siang lena selena lenanya and malam dia jadik jaga. Aritu seram sekejap.. dia bleh pandang dinding n senyum senyum. Aper ni? Jangan buat expose mistik nak, takut mak !
P/S : Camner nak buat kalau sore nip? Sampai nyut nyut jer rasa ni. Bapak budak pun tak pernah buat sampai sakit gini. Oppsss :x
Runsing Otak Gua !
Banyak bende merunsingkan gua ni. Satu satu benda nak kene pikir. Runsing.. serius ! Serabut perut sekali.. semua ada.
- Perut muncit – Perut kurang muncit tp still laaa kebuncitan tu masih wujud. Ni laa kut akibat beranak di belah. Pakai bengkung pun, tang tempat belahan tu kene buat longgar sket. Takper, ai redha jer…
- Windu kat Miewt – Tuhan jer tau camner windunya kat Miewt yang manja tu. Lama tak dengar dia mengiau. Alhamdulillah, mak angkat dia jaga dia baik baik. Ai terhutang budi kat Shasha ni.
- BB Cream – Niat di hati nak try pakai bb cream tapi apa brand yang besh eh? Ada suggestion tak?
- Nak sunatkan Hazel. Alaaa.. takutnya. Kesian dia.. sakit eh. Tak nak temankan time sunat tu. Takut tak sampai hati.
- Nak carik tops baru. Tak bawak balik pun baju untuk lepas bersalin ni. Adoi.. takkan nak kuar pakai t-shirt dahling jer. Maner glemer :P
Bila pikir jer mende mende ni, serius.. terus sakit kepala. Pas tu, bila sakit kepala.. baring baring. Terus tido. Bangun jer tido, carik makan plak. Aritu, sakit kepala duk pikir nak pakai diaper baby brand apa. Mula mula pakai Huggies Newborn sebab spital pun pakai yg tu. Plus, dia nyer fastener tu senyap sunyi. Tak berbunyi pun time di buka. Pastu, nak carik murah sket.. beli Drypers. Ok jugak ni.. Bila dah abes, nak carik lagi murah. Amek pulak Pet Pet. Memang murah sangat ni. Tapi… nyesal ok. Tak kene kut ngan kulit si kacang. Terus kene rashes. Baru pakai sekeping dua. Ok.. betul cakap orang. Alah membeli, menang memakai. Sekarang, balik ke Huggies.
Rashes tu plak, semua baru nak naik. Bukan kat bontot. Banyak kat tepi tepi bontot tu. Kat butt cheek. Bijik bijik jer baru. Merah merah. Buh Drapolene, cam takder kesan. Sekali, aritu ada beli Bepanthen. Untuk crack nipple lah. Sekali, untuk nappy rashes pun bleh. Try buh..wow! Puas hati. Dalam masa 2 hari jer.. berkurangan bintik bintik merah tu n yg ada pun dah tak merah. Kurang risau. Legaaaaaa sangat. Murah pun murah ni. Kalau sore/crack nipple pun bleh pakai. Takyah di cuci dah putin tu kalau baby nak menyusu. So, rasa selamat lah sket.
Kat kelantan ni, takder warehouse sale apa apa ke eh? Tiba tiba rasa ketagihan nak ke warehouse sale..
P/S : Untuk makluman semasa, di Wakaf Che Yeh ada jual sex toys. Dia bukak meja seketul, susun semuanya atas tu. Dildo pun ada…. Sungguh, saya tak tipu.









http://ibzatech.com/
MumsLuvBaby


