Archive for February 28th, 2010
Mandi Bunga Tapi Bukan Bawah Jambatan
Hari Jumaat tu kire dah 47 hari lah Hazel lahir. Pantang 40 hari jer… tp still hari Rabu tu mengurut lagi. Saja lah.. cam sedap kan diurut ni. Plus, murah jugak.. sekali ngan bertungku gitu. Sebelum tu, MIL ada sebut pasal upacara ‘Pelepas’. Apakah ?
Maybe setengah orang panggil upacara ni dengan nama lain kut. Gua pun 1st time dengar ni. Dah set, Jumaat lah akan diadakan upacara pelepas ni. Sebab ianya kene di buat hari ganjil. Takleh hari genap. Kenapa? Tak tau laaa… kene tanya mak bidan yang tau lah kut. So, jumaat baru ni petangnya Kak Yah (tukang urut) pun sampai. Kejap jer upacara ni. Kene bawak baby sekali. So Cik Kacang pun terlibat lah sessi upacara ni. Beshnyaaa.. mother n daughter gitu.
Apa yang perasan, ada beras kunyit, duit 20sen sekeping, benang besar, sirih kapur, bedak sejuk n itu jer kut? Eh.. ada jugak 7 jenis bunga n limau purut untuk dibuat mandian. Dan upacara pun bermulaaaaa….
(takder gambar pasal.. time buat ni duk mamai mamai – baru bgn tido!)
Yang perasan.. ada upacara merenjis beras kunyit tu.. ada buat apa tah kat kepala ni.. then benang besar tu (yg telah di ikat menjadi satu gelung) melalui kiter n baby. Kira cam gelung tu melalui kiter lah sampai ke kaki. Ulang 3 kali. Semua ni dilakukan sambil kaki ibu melunjur mengadap kiblat dan baby diriba kepala di sebelah kanan si ibu. Duit 20 sen tu pun tak tau untuk buat apa.
Abes semua tu, kene mandi lah ngan air bunga tu. Freshhh sangat rasa. Baby takyah.. mak baby jer. Sejuk betul.. tp wangi. Tak tau bunga apa yang ada pun. Limau tu pun sedap jer bau. Wangi shower gua..
Itu jer laa upacara mandi bunga. Bukan mandi bawah jambatan. Motif upacara pelepas ni berdasarkan kata Kak Yah tukang urut adalah bila abes pantang… lepas buat upacara ni baru laa baby n mak baby boleh kuar rumah jalan jalan. Errkkk ! Dia tau tak mak baby ni dah kuar berjalan jalan dari ari ke 9 aritu? Wkakaakaak… dah imun dah ni.
P/S : Upacara ni sekadar adat. Takder kepercayaan apa apa..jgn pulak korang tinggal komen pasal khurafat ke per. Aku cili tangan tu kang..











http://farshidhanin.blogspot.com/2011/03/my-first-contest-contest-photo-anakku.html
http://ibzatech.com/


