Archive for » February, 2010 «

Hari Jumaat tu kire dah 47 hari lah Hazel lahir. Pantang 40 hari jer… tp still hari Rabu tu mengurut lagi. Saja lah.. cam sedap kan diurut ni. Plus, murah jugak.. sekali ngan bertungku gitu. Sebelum tu, MIL ada sebut pasal upacara ‘Pelepas’. Apakah ?

Maybe setengah orang panggil upacara ni dengan nama lain kut. Gua pun 1st time dengar ni. Dah set, Jumaat lah akan diadakan upacara pelepas ni. Sebab ianya kene di buat hari ganjil. Takleh hari genap. Kenapa? Tak tau laaa… kene tanya mak bidan yang tau lah kut. So, jumaat baru ni petangnya Kak Yah (tukang urut) pun sampai. Kejap jer upacara ni. Kene bawak baby sekali. So Cik Kacang pun terlibat lah sessi upacara ni. Beshnyaaa.. mother n daughter gitu.

Apa yang perasan, ada beras kunyit, duit 20sen sekeping, benang besar, sirih kapur, bedak sejuk n itu jer kut? Eh.. ada jugak 7 jenis bunga n limau purut untuk dibuat mandian. Dan upacara pun bermulaaaaa….

(takder gambar pasal.. time buat ni duk mamai mamai – baru bgn tido!)

Yang perasan.. ada upacara merenjis beras kunyit tu.. ada buat apa tah kat kepala ni.. then benang besar tu (yg telah di ikat menjadi satu gelung) melalui kiter n baby. Kira cam gelung tu melalui kiter lah sampai ke kaki. Ulang 3 kali. Semua ni dilakukan sambil kaki ibu melunjur mengadap kiblat dan baby diriba kepala di sebelah kanan si ibu.  Duit 20 sen tu pun tak tau untuk buat apa.

Abes semua tu, kene mandi lah ngan air bunga tu. Freshhh sangat rasa. Baby takyah.. mak baby jer. Sejuk betul.. tp wangi. Tak tau bunga apa yang ada pun. Limau tu pun sedap jer bau. Wangi shower gua..

Itu jer laa upacara mandi bunga. Bukan mandi bawah jambatan. Motif upacara pelepas ni berdasarkan kata Kak Yah tukang urut adalah bila abes pantang… lepas buat upacara ni baru laa baby n mak baby boleh kuar rumah jalan jalan. Errkkk ! Dia tau tak mak baby ni dah kuar berjalan jalan dari ari ke 9 aritu? Wkakaakaak… dah imun dah ni.

P/S : Upacara ni sekadar adat. Takder kepercayaan apa apa..jgn pulak korang tinggal komen pasal khurafat ke per. Aku cili tangan tu kang.. :choler:

25
Feb

Saya sedang mengalami bermacam jenis ketagihan. Agak kronik dan menjadik jadik jugak ketagihan ni. Bukan satu , dua jer tapi banyak. Boleh buat list pasal ketagihan ni semua. Ok la.. nak buat list lah. 8)

  1. Ketagih nak ke warehouse sale : Kalau dulu bila ada book warehouse sale jer tapi lately duk mencarik warehouse sale yang jual barang baby ke, toys ke.. cewah. Cam gaya ibu mithali ni..
  2. Ketagihan nak main nintendo ds yang telah di sorok oleh dahling. Sedih.. me gonna miss u nds kut =(
  3. Ketagihan nak berscrapbooking. Tak sabar nyaa.. pregnancy punya scrapbook pun belum siap lagi ni. Huhuhu.. nak buat scrapbook si kacang lagi. Woww weee.. mesti bz. Maner nak carik org bleh ajar scrapbooking di rumah kiter ek?
    Barang barang scrapbook yg masih tak banyak, berlambak lagi.

    Barang barang scrapbook yg masih tak banyak, berlambak lagi.

  4. Ketagihan ketara lapa nescafe. Yer laa.. time pregnant dah kene pantang. Minum white coffee pun kene pantang. Ni duk sini, takder nescafe lah plak. Bila dahling nak bawak g kopitiam mana mana ni. Nak belasah nescafe ais bodo !
  5. Ketagihan nasik lemak Ghulam. Ohhh nasik lemak. Sabar laaa menanti kepulanganku.

    Nasik lemak Ghulam yg sedap..

    Nasik lemak Ghulam yg sedap..

  6. Ketagihan nak berexercise. Cewah.. selalu berapa lama lepas c-sect boleh start berexercise ek? At least jogging ka. berbasikal biru ker..

    Nampak beskal biru kat tepi yang takdak angin tu? Oh ! Beskal biruku..

    Nampak beskal biru kat tepi yang takdak angin tu? Oh ! Beskal biruku..

  7. Ketagihan nak ke The Curve/IKANO. Woohooo… Tak sabar nak ke sana tanpa mandi pagi. Wakakaka.. gua ok jer.
  8. Ketagihnyaaaa nak berhigh heel. Huhuu.. windu kat kasut hitamku. Bila pakai high heel, rasa seksi gitu. Nanti nak pakai high heel atas katil laaa.. ada berani ka dahling?

    Kasut hitam fevretku. Takleh dipakai sebarangan kerana tinggi. Huhu

    Kasut hitam fevretku. Takleh dipakai sebarangan kerana tinggi. Huhu

  9. Yang terakhir.. ketagihan teruk. Nak menggomol laki anak sendiri. Si kacang.. sedapnyaaaa dapat gomol hari hari. Ni dia duk tido. Satgi bangun.. wahahaha..nak menggomoliiiii :love:

    Hazel santai kat bahu dadda. Kiut

    Hazel santai kat bahu dadda. Kiut

    P/S : Biler nak buleh slim ni? Nak diet pun takleh.. exercise pun takleh. Exercise malam-malam boleh kurus kut?

Related Posts with Thumbnails