Archive for January, 2010
Alhamdulillah
Semuanya selamat. Saya dengan ini mengisytiharkan ketibaan Lil Miss Kacang pada 10 Jan 2010 pada jam 17.22 petang. Berat 2.54 kg dan 48 cm panjang. Atas sebab sebab tertentu, dilahirkan secara emergency c-sect.
Terima kasih for all the wishes and doa doa. Terima kasih tak terkata..
P/S : Dah jadik Memi. Wowww weeee…
Can’t Waitlah Cik Kacang
Semalam check up my cik kacang. Alhamdulillah lah.. walaupun terpaksa tunggu lebih kurang 1 1/2 jam, tapi kesimpulan check up semalam menggembirakan hati.
Memula check berat. Ok, dah tak naik. Maintain takat yg aritu jer jugak. BP pun ok. Dr tanya baby punyer movement. Start dari ni dah tak berapa gembira sebab baby kurang gerak malam sebelum tu. So, explain laaa.. bla bla blaaa.. tak berapa nak gerak. Kick pun tak terasa. Cuma perut bergelombang jer.
Terus kene scan. Tak sempat timbang lagi time tu. Dr pun cemas cemas muka. Nervous ai tau dr nih. Tengok berat baby.. woww weee. Dah 2.6kg. Syioknyaaa.. air pun semua cukup. Check jantung.. ok. Tiba tiba dia call labour room. Suh get ready kan bilik labour. Tak kecut ker cek pik korang bila tetibe dengar gini?
Rupanya.. jeng jeng jengg. Naik check heartbeat baby n contraction. HTG ke HCG eh tu? Yang pakai mesin, connectkan doppler kat perut tu.. pastu ader graf. Haa.. mende tu laa yang kene buat aritu. Untuk lebih 1/2 jam sebab dah ada contraction rupanya. Mula mula 9 minit and pastu, selang 6 minit. Heartbeat baby plak tak dapat 100 markah. Yes, Dr Awang siap kasik markah ok. Cuma 65/100 jer. Siap cakap, tak dapat distinction. Ye dr.. apa buleh buat. Cuma dia kata, standby je laa. Maybe tak sampai EDD (est. due date) pun nanti.

Me n the machine
Dr start bagi tanda tanda penting untuk early delivery punye process. Siap lukis gambar lagi. Tukar tukar henpon number ngan dahlin. Siap citer pasal kedai Nasi Kerabu Golok plak. Memang sedap tau nasik kerabu kat situ. Nyummm..

Baby dalam tummy. Kiut eh dr gua?
Ok. Dia explain kata 90% akan mengalami keadaan kuar darah+lendir. Pastu start contraction. Bila 1 contraction setaip 10 min, dah kene ada di spital dah. Sebelah tu plak, 10% akan mengalami pecah ketuban. Yang ni not good sebab bila dah pecah ketuban tiba tiba ni, kuman senang masuk. So, yang ni harap harap tak terkena lah.
Next check up, on the 13th. Skang ni, menunggu jer la. Kut sempat or tak sempat nak check up next week. Tak sabar lah nak x0x0 my lil miss kacang.
P/S : Lately, memang dah start sakit n sakit belakang. Sekali 2 jer sehari so boleh di terima lah. Apa saja pun sanggup diterima for my lil miss hazel.
Di Hari Ku Berbangga
Dengan pokok betikku.
Bukan senang nak ada pokok betik yang tak dijaga untuk berbuah sampai buleh di makan. Mula mula pindah, pokok betik ni kecik jer. Takder buah langsung. Kitorang pun tak laa beria nak buh baja ke bagai. Cuma kadang kadang, suh si ida rocker tu siram lah. (see.. siram pokok pun kene suruh ari ari tau. dia boleh cakap “puan tak suruh siram pun hari ni”). Ingat nak balut lah buah buah yg baru kuar tp cam malas jugak. Dasar suami isteri malas. Wahaahahah.. ya ampun suami.
Alhamdulillah tapi, buah makin menjadik jadik. By the time kitorang balik KB, dah ada 2 biji buah betik sedang and ada lagi 4 biji buah yang dah besar tapak tangan. Tak buruk plak tu walaupun tak berbaju. Syiok sangat. Siap ari sebelum balik KB tu, risau risau jer ngan buah tu. Sempat ke nak merasa nanti. Ke takut buruk jer. So, pesan ngan my SIL, nanti tgk tgkkan lah. Kut kut dah masak, amek laa makan. Cewah…

Ni laa pokok betiknya. Kiut jer kan?
Kurus jer pokok betik ni tapi power. Wakaa… banyak buah tu. Pokok bunga lain tu sedih sket lah. Tak tau apasal. Pokok bunga susah betul nak ‘menjadi’. Memang tak rajin nak membelai pun sangat. Tunggu mak lah datang belai pokok bunga. Tangan mak ada magik. Mesti hidup pokok bunga kalau dibelai mak. David copperfield betul!

Buah betik pertama
Cam montok montok kental gitu betikku ini. Gambar ehsan SIL ku, K.Jue. Tak sangka, dah masak dah cik betik. Baru nak sebulan, dah dewasa betikku ini. Tak lama lagi mesti yang lagi sebiji tu plak masak. Mak bangga nak.. bangga sangat. Cam terharu pun ada. Cam rasa ada anak yg dapat ijazah gitu. Kan best kalau dapat merasa jugak ni. Adus.. windunyaaaa nak balik rumah.
P/S : Tetiber tingin nak makan betik manis manis. Sedapnyaaaa…
Tanda Tanda Mahu Bersalin
Saja untuk buat guideline.
Tanda-tanda Hendak Bersalin
PENGALAMAN sakit bersalin berbeza-beza bagi setiap wanita. Ada yang merasakan seperti perut memulas hendak membuang air besar, sakit belakang, perut seperti akan pecah dan seumpamanya.
Bermula seawal 28 minggu usia kandungan, wanita akan mula mengalami pengecutan rahim yang normal secara fisiologi, ia dinamakan pengecutan rahim Braxton-Hicks.
Pengecutan rahim ini berlaku jarang-jarang, sekitar setiap 30 minit dan mengambil tempoh beberapa saat saja serta tidak menyakitkan. Ini berbeza dengan pengecutan rahim bersalin yang dialami setiap 15 minit namun kemudiannya menjadi lebih kerap (setiap lima atau tiga minit), setiap satu pula semakin panjang tempohnya (sehingga 45 saat) dan disertai dengan kesakitan.
Tempoh ini bolehlah dikira secara meletakkan tapak tangan pada puncak rahim untuk mengesan pengecutan rahim itu yang sentiasa datang dan menghilang.
Berjumpalah dengan doktor untuk mengesan punca kesakitan yang anda alami. Tanda hampir bersalin adalah seperti berikut:
Namun, ia lebih bergantung kepada keputusan anda setelah mendapat pandangan doktor anda.
Sumber: Harian Metr0
- Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun ‘turun’ ke dalam kawasan rangka tulang pelvis.
- Keluar lendir pekat seperti gam yang lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
- Pengecutan otot rahim yang semakin kerap dan untuk tempoh yang lama.
- Keluar lendir bercampur darah apabila pintu rahim mula membuka.
Anda juga boleh mempelajari cara mengesan pengecutan otot rahim. Ia juga dapat dilihat dalam carta cardio-tocograph atau CTG yang mencatat pola aktiviti jantung bayi serta pengecutan otot rahim.
Ia dilakukan secara melekapkan dua alat berbentuk cakera tebal ke atas puncak rahim dan pada kawasan jantung bayi, alat ini dilekapkan dengan bantuan tali pinggang bergetah dan dibiarkan selama kira-kira 20 minit.
Ujian air kencing juga mungkin dilakukan untuk memastikan tiada jangkitan air kencing yang juga boleh mengakibatkan kesakitan yang sama walaupun lazimnya ia lebih kepada sakit bahagian ari-ari.
Selain tanda di atas, anda juga perlu ke hospital jika mengalami keluar air ketuban, pergerakan bayi menjadi kurang kerap, keluar darah atau apa saja masalah yang dialami untuk kepastian doktor.
Waktu 40 minggu adalah dikira bermula hari pertama haid terakhir sehingga tarikh jangkaan bersalin.
Namun, 90 peratus wanita didapati sudah selamat bersalin sebelum tiba tarikh terbabit, sekitar 10 hari sebelum tarikh itu.
Bayi dikatakan cukup bulan apabila mencecah usia 38 minggu kandungan. Bayi pula dikatakan lebih hari jika masih belum dilahirkan selepas tarikh 40 minggu, jika melebihi 42 minggu pula dikatakan lebih masa.
Lazimnya bayi selamat jika lahir dalam tempoh 38 hingga 41 minggu, sebaliknya melebihi usia 42 minggu pula dikaitkan dengan risiko kepada bayi.
Membenarkan bayi di dalam kandungan melebihi usia 40 minggu memerlukan pengawasan pergerakan bayi, kandungan air ketuban, keadaan uri, aktiviti jantung dan seumpamanya bagi wanita yang tidak mempunyai masalah seperti darah tinggi, kencing manis atau rhesus negatif.
Pada masa sama, jika keadaan terbabit masih memuaskan, kandungan mungkin dibenarkan selama sekitar seminggu bagi memberi peluang jika anda didatangi sakit bersalin sendirinya tanpa perlu dipaksa bersalin (induksi).
Kalau ikutkan, dr kata the best time nak deliver dalam 38th week tu haa. Awal 2 minggu dari due date lah. Tapi kami memilih natural birth, cewah. So, nak taknak tunggu jer la. Kalau sempat, bleh beranak end of this week (dah ready ke weh? Huhu). Kalau tak, tunggu laaa…
For those yang ada experience, meh kiter berkongsi ya. Nak tau, apa rasa contraction? Bila masa sesuai untuk ke hospital? Do we need to call our dr b4 ke hospital tu?
P/S : Sakit sakit perut dah ada. Cam cramp gitu. Sehari 2-3 kali jugak. Fuh fuh… !









http://ibzatech.com/
MumsLuvBaby


