Advert
Archives
Categories
Recent Comments
Calendar
January 2010
M T W T F S S
« Dec   Feb »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
My Bookshelf
Kakakdegil's bookshelf: read

Halfway to the GraveDead Until DarkThe Memory Keeper's DaughterMy Sister's KeeperTwilightAlice's Adventures in Wonderland & Through the Looking-Glass

More of Kakakdegil's books »
Book recommendations, book reviews, quotes, book clubs, book trivia, book lists
Random Photos
Iklaneka


Archive for January, 2010

Rutin Harian Mak Yang Dah Tak Buyung :P

Time pregnant, rutin harian dipenuhi dengan aktiviti jalan jalan carik makan atau jalan jalan buang $$$$. Time tu, memang besh laaa. Apa saja nak di makan, ada orang dengan baik hati tolong bawak. Pukul 4 pagi pun, dia layan jer.

Sekarang, huhuh.. no more jalan jalan carik makan. Jalan jalan pun susah. Nasib lah dahling baik hati. Ari ari pun dia ader idea nak bawak bini dia ni kuar naik kete. Semalam ke KB Mall, arini dekat jer. Ke farmasi n kedai roti. G kedai roti pun bukan bleh pilih roti. MIL tak kasik makan roti sebab nanti badan cepat kembang. Menu harian

Breakfast : Biskut kering /marie cicah milo. Sedap ni…

Lunch : Sup bunga kobis n carrot dengan daging kering/ikan selar bakar ngan bubur nasik

Petang : Biskut kering/ marie cicah milo/horlicks

Malam : Sama cam lunch. Layan ngan air suam

Besh tak menu? Wahaha.. nasib baik gua tak banyak songeh. Layan jer la. Apa yang bagus, tak salah di ikut kan? Takut jugak makan merepek sebab duk bf si kacang ni. Hari ni pun dah risau. Salah makan apa sebab 3-4 kali cirit birit ni. Adoi.. si kacang pun sama meragam. Sian betul.. ni dia tengah lena sangat. Letih kut meragam satu petang arini. Syiannnn Hazel ni.. :(

Hazel lena di ulit mimpi. Bukan hari ini !

Hazel lena di ulit mimpi. Bukan hari ini !

Sambung citer pasal rutin, pagi bangun camne nak cakap ek. Dari kul 7 lebih pagi tu, dah bangun utk bf Hazel and salin diaper dia. Pastu, letak balik dlm baby cot. Kadang2, baringkan sebelah dadda dia. Memi pun baring sekali. Wakakaa.. sambung tidur. Kul 9 gitu, bgn lagi. Kasik bf lagi n terus siapkan utk mandikan dia. Pas mandi, dapat upah susu lagi. Then, kasik tidur. Pastu tengahari selalu memang lena sket. Dari dlm perut, Hazel jenis tidur siang. Malam baru aktif. Petang sket baru dia bangun utk susu. Sambung tidur n pukul 5 ptg baru mandikan dia lagi sekali. Memi pun mandi petang. Dalam kul 2 ker, 3 ker.. baru mandi. Hihihi..

Lepas mandi pukul 5, Hazel berjaga n temankan dadda buat kerja. Memi tidur. Wakakaa.. hebat kan? Pastu, bagi bf lagi. Fuh.. letih mak. Hazel pun sambung tidur n memi bleh online. Yahoooo.. Malam, pukul 8 lebih gitu, memi n dadda layan dinner. Kadang kadang Hazel tak tido. So, mummy wan jagakan. Kul 11 lebih, bf lagi. Pastu kul 2 lebih pagi.. bf lagi dan lagi. Fuh.. kul 4 am pun dia mesti bangun. This time selalunya lama. Lepas subuh baru dia tidur balik. Cam tu laaa rutin baru. Besh kan? Mata memang dah cengkung ni. Badan jer tak berapa nak mencengkung. Masih montok montok gitu. Montok laaa sangat :P

Walaupun memenatkan sangat rutin ni, in the end.. rasa happy. Tengok Hazel senyum.. adoi. Bleh nanges rasa. Terharu sangat. Eh, lusa ada kenduri sket. Aqiqah n cukur jambul Hazel. Buat kat sini jer la. Senang.. di uruskan oleh mertua. Mekasih mum n dad. Mak n abah pun ada dah kat KB ni. Gaun Hazel pun dah ada. Hihihi.. kiutnya. Her first own. Alaalalala.. tak sabar nyer.

Hazel buat Robot Dance sebab happy dah ada gaun kiut.

Hazel buat Robot Dance sebab happy dah ada gaun kiut.

Baby, walaupun mata memi dah macam raccoon ni.. tapi memi happy sebab Hazel ada with memi n dadda. I love u baby… so much. Muah muah.. sihat selalu eh.

P/S : Dahling kata sexy bila gua pakai kain batik. A’ah… untuk lu, sexy lah.. untuk gua, seksa. Asek nak terlondeh jer.. menderitaaaaa !

Yahooo.. dah sihat

Hari ni pergi check up perut sendiri. Nak tgk bekas jahitan tu. So, awal awal.. siapkan cik kacang. Kasik susu.. then pump susu pulak utk tinggal kat umah. Mak n abah jaga baby arini. Banyak jugaklaaa dpt pump. Daripada duk membengkak sampai sakit nyut nyut nyut ni.

Sampai spital, kene tunggu lah kejap. Cam biasa lah. Walaupun dah buat appt, tp dr ku itu ramai peminatnya. Tunggu kejap.. jeng jeng jeng. Dah dipanggil nama. Nervous kejap. Takut jugak laaa sebab balik dari spital aritu memang takder berbaringan. Ada jer bende di buat.

(iklan : dahling suh isi borang nak buat surat beranak .. )

Ok.. masuk jer.. borak borak. Citer pasal nama baby. Pastu, timbang session. Nervous.. takut jer. Sekali.. yahooo. 9 days dah hilang 8 kg. So skang tinggal +- 10kg lagi nak hilang. Perghhh.. harap harap berjaya lah. Memang tak diet setakat ni. Maybe sebab tak makan goreng goreng or sebarangan. Beyak pun bahagia lah. Takder sembelit. Ubat sembelit memang ada jer ni. Hospital kasik. Tapi tak amek laa pasal tak sembelit pun.

Pas sesi timbangan, berbaringan dulu. Kene check perut. Siap buat scan lagi. Windu plak nak tgk masa cik kacang dlm perut. Huhu.. pastu, dr pun bukak plaster kat perut tu. Cuci cuci sket. Ada merah secoet. Yang lain clear. So, sambung makan antibiotik. Tanya dr, buleh ke kalau nak g supermarket bagai. Ok, dr pun kasik permission. Woohooo.. terus singgah KB Mall tadi. Carik gaun si kacang tu untuk kenduri kekah dia this saturday. Memi pun dapat baju kurung sepasang. Dadda jer melampau sket.. dapat perfume set. Tapi takper.. dadda banyak berkorban. So, upah diri sendiri laa tu.

So, skang perut pun dah ok. Rasa cam tak berpantang plak. Kecuali bila time makan, baru sedar tengah dlm confinement. Tak sabar nak abes pantang ni. Nak makan macam macam dah ni. Wakakaaaa…. b4 balik ke rumah semula. Siap dahlin dah tanya apa 1st makanan nak time abes pantang. Fuh.. puas memikir tp cam banyak jer. Terliur jer bila teringat.

Ingat nak bercerita lagi. Maklum laa… bukan selalu dah boleh nak mengupdate. Kononla.. sementara cik kacang tido n sementara dahlin buat keje.. time ni laa nak berupdate. Kalau cik kacang tido tp dahlin tengah free, cam tak leh nak mengupdate. Asek nak berpelukan mesreeeee jer. Peluk peluk jer takpe. Tak lebih lebih.. :(

P/S : Kalau taknak parut c-sect timbul, jgn makan haruan. Amek gamat.. pastu kalau baby kuning, please jgn kasik baby minum susu kambing. Ini tips untuk arini.

Letih Tapi Nikmat

Hari ni (Jumaat) dah 5 hari dah umur cik kacang ku itu. Kejap jer pulak. 5 hari, 5 kali muka dia berubah ubah. Mula lahir, semua orang kata ikut muka memi dia. Gua lah tu :P Ni skang, pakat duk kata ikut muka dadda dia. Ok laaa.. kulit memang kompem lah dadda dia. Memi dia kan kulit ala ala bollywood. Hidung memang kompem lah ikut memi. Takder batang hidung. Wahahaha.. sori cik kacang. Eh, blood type pun sama ngan memi. Dr kata kalau mom n baby ada blood type sama, memang akan kene jaundice. Cik kacang ni pun kene tapi alhamdulillah. Tak teruk lah.

Hallo people !

Hallo people !

Semalam, memang tercabar sket kesabaran lah. Aritu, time nak kuar ward.. nurse ada bagitau. Cik kacang suka main main bila isap susu. Takper laa.. maybe bila isap botol memang gitu. Rupenya kasik bf pun sama. Isap pastu termenung dulu.. layan perasan. Isap balik.. pastu ulang termenung. Berkerut kerut muka time termenung. Masalah apa agaknya dia duk pikir ek? Lepas isap, poop plak. Semalam, pukul 3.30 am kasik dia tido. Memi n dadda pun tido lah. Nak buat apa lagi. Wakakaka.. Kul 5 am, Hazel menguwek. Kasik susu.. dia poop. Kul 5 lebih tu, dia tido. Kul 6 lebih, dia bangun nak susu lagi. Pastu poop lagi. Kul 7.30 am gitu.. ulang mende yang sama. Siap terlelap sambil kasik bf tu. Sori baby, tapi serius memi rasa letih sangat. Nasib petang tadi, dadda dia jaga .. memi bleh tido 2 jam. Lega sangat.

;P

;P

Haritu kan kene c-sect. Mandi terseksa sangat eh? Yang pernah c-sect ni, time mandi camner? Hari ni dadda jadik shampoo man. Tengah layan layan shampoo, Hazel nanges plak. Mandi pun jadik tak nikmat. Kelam kabut sangat. 19hb ni baru check up ngan dr. Nak tgk tempat stitch tu. Kadang-kadang terik sangat rasa. Cam terkoyak jer.. seram sangat. Ke sebab tak banyak baring sebab tu sakit ek? Takleh nak baring .. kalau baring jer… kelaparan lah gua. Huhuhu.. sedih. Nasib ada dahling yang selalu buatkan supper or providekan minum panas. Mekasih dahling.. i lef u.. Auw ! Malu !

Pipi Layot !

Pipi Layot !

Kadang-kadang rasa boring eh time confinement ni. Nak nak time baby tengah lena. Bila tengah malam jer, mesti cakap ngan dahling, beshnyaaa kalau dapat kuar ronda ronda. Tak turun kete pun takper. Yesh ! Memang tak reti duk rumah punya orang. Tapi mana nak boleh. Sapa nak jaga si cek mek kacang ni. Nak bawak sekali memang tak lah kan. Takut jer… boleh ke bawak kuar malam malam? Eii.. takmo lah. Tunggu balik KL jer laa kalau nak jalan jalan pun. Ke silap silap tak kuar jugak. Baik kite berpesta buih kat rumah jer kan Hazel kan? Lagi syiok kut.

I Love You

I Love You

Ingat nak buat entry pasal pengalaman hari bersejarah tu. Tapi maybe bukan arini lah kut. Tunggu gerhana matahari di lain waktu plak kut. Malam ni cam nak layan gambo si kacang ni jer. Sementara dia duk lena dlm cot tu haa.. bleh laaa memi dia ni layan tenet seround. Nak layan lama lama cam tak mampu. Sakit pinggang lah. Mana asek nak terkencen pun ada ni. Lagi lenguh lagi. ( . Y . ) pun sakit ni. Denyut denyut jer. Adoi. Semalam dah kene urut. Besok pun ada sessi mengurut lagi. Longgarkan urat urat ketat, buang angin angin sket… kasi ringan badan. Aahhh… syioknya kalau bleh bertungku sekali. :(

P/S : Ada orang tanya adik gua “BIL u cina kah?”. Oh ! Tidak. Lakiku melayu.. hensem lagi. Mana datang cinanya.. hihihi. Semua gamba dari henpon dahling. Mekasih ling ling.. Malam ni i kasik upah.. hihih.

Introducing : My Preeeecioussss

My Lil Bling Bling

My Lil Bling Bling

Hai dunia ! Nama saya Hazel. Ini gambar saya berumur 3 hari. My Dadda tunggu depan baby cot semata mata nak capture gambar saya sedang bermimpi indah sambil tersenyum kerek. Esp. for my Aunty aunty pipit: Thanks aunties semua.

Saya keluar dari tummy Memi melalui tingkap perut. Emergency pulak tu. Kesian memi, dah laaa sakit contraction. Finally, kene operate jugak. I’m sorry memi. Me dah tak sabar nak tengok dunia and meet u and dadda. Hihiihi..

Thanks for all the wishes and doas. ; D

P/S : Nama saya Hazel Noor Izaty. Dadda yang pilihkan nama ni sejak saya dalam tummy memi lagi. Sayang Daddaaaa :*

Related Posts with Thumbnails
Penziarah
Tabita Skincare

: Exclusive Set !

Contact me : kakakdegil@gmail.com

Mari Berpipit
kakakdegil.fm
NetworkedBlogs