Ni entry khas pasal detik detik pada 10 Jan yang lepas. Alaa.. senang citer, pasal citer saat saat nak melahirkan Cik Kacang lah.
Mula mula, estimated due date adalah pada 22 Jan 2010. Agaknya sebab kuat sangat berjalan kut ek? Alkisahnya.. Sabtu petang tu dah tak besh. Ada bleeding dah. Makin lama, makin banyak. Beberapa hari sebelum tu kuar cam brown discharge dah. Time tu dah cuak. Semua orang pun pakat duk kata dah tak lama dah. Still bleh rileks n kuar jalan jalan. Part paling cuak sangat bila bleeding lah. Dahling pun rilek rilek cuak juga. Beg beg semua kitorang kemas n letak one side.

Tu dia bag. Sampai 3 bijik.
Haa.. nah haiii.. 3 bijik bag. Tak campur henbeg lagi. Hak Cryocord tu utk isi bende utk stem cell tu lah. Beg FF tu plak, ada barang dahling. Digicam lah, camera lah, baju dia.. semua lah. Lagi satu bag hitam tu, barang Memi & Baby. Menyesal bawak banyak banyak baju baby. Yang pakainyer sepasang jer. Diaper pun takyah bawak. Hospital kasi satu plastik. Huggies Newborn. Style jugak. Baju baby pun pakai time nak check out jer. Wah, cam check out dari hotel gitu.
Sambung citer, Sabtu tu, duk bleeding lagi sampai agak risau lah. Dalam pukul 8 pm, bleeding makin banyak. Siap everytime kencing, ada bleeding.. panggil husband sekali suh tgk. Wahaha.. dia pun memang nak check. So, makin lama makin banyak. Kul 8 pm gitu, call Dr Awang. Dia ada tanya soklan lah. Ada rasa sakit ker per ke. Oleh sebab tak berapa nak sakit pun so dia kata takper, cume ready jer lah. Hari Isnin, dia suh g check up lagi. So, cam ok lah. Pukul 2 pagi tu, kitorang laki bini pun kuar. Tingin nak makan McD plak. So, g drive thru jer. Kat depan Wakaf Che Yeh. Cantik tau McD tu. Balik tu, lepas makan.. dahling pun tido. Gua memang takleh nak tido sebab dah start rasa sakit. Kejap kejap terbangun. Last last pukul 8 am gitu, siap mandi mandi lah. Pack barang buat kali terakhir. Bila dahling sedar, terkejut dia sebab nampak bini dia dah siap siap mandi n dress up utk g spital. So, dia pun terus siap. Call Dr Awang lagi.. ok. Terus g spital. On the way tu, sempat laa bergambar berdua. Cewah..
Sampai jer spital, terus masuk emergency punya entrance. Siap naik kerusi roda lagi. Ingat nak jalan jer .. tp takper la. Naik wheel chair tu. Terus naik ke tingkat 3. Tempat labour room. Masuk bilik tu, tup tup in-laws pun sampai. Meriah jadik bilik tu. Siap pasang lagi mende kat perut tu. Nak check heartbeat baby n contraction. Sementara tu, me n dahling duk berborak lah. Boring jugak ni.
Panjang lagi citernye.. so bersambung.. besok pulak ye. Nak kasik baby hisap pek dulu. Nanti dia merengek rengek.. sedih plak tengok.
P/S : Selain Alpha Lipid, for those yang nak hilangkan berat badan dengan cara yang sihat, ada SDII yang memang terbukti berkesan. Untuk yang berminat, tinggalkan address email, saya akan antarkan brochure nya.

Recent Comments