Advert
Archives
Categories
Recent Comments
Calendar
January 2010
M T W T F S S
« Dec   Feb »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
My Bookshelf
Kakakdegil's bookshelf: read

Halfway to the GraveDead Until DarkThe Memory Keeper's DaughterMy Sister's KeeperTwilightAlice's Adventures in Wonderland & Through the Looking-Glass

More of Kakakdegil's books »
Book recommendations, book reviews, quotes, book clubs, book trivia, book lists
Random Photos
Iklaneka


Archive for January 19th, 2010

Yahooo.. dah sihat

Hari ni pergi check up perut sendiri. Nak tgk bekas jahitan tu. So, awal awal.. siapkan cik kacang. Kasik susu.. then pump susu pulak utk tinggal kat umah. Mak n abah jaga baby arini. Banyak jugaklaaa dpt pump. Daripada duk membengkak sampai sakit nyut nyut nyut ni.

Sampai spital, kene tunggu lah kejap. Cam biasa lah. Walaupun dah buat appt, tp dr ku itu ramai peminatnya. Tunggu kejap.. jeng jeng jeng. Dah dipanggil nama. Nervous kejap. Takut jugak laaa sebab balik dari spital aritu memang takder berbaringan. Ada jer bende di buat.

(iklan : dahling suh isi borang nak buat surat beranak .. )

Ok.. masuk jer.. borak borak. Citer pasal nama baby. Pastu, timbang session. Nervous.. takut jer. Sekali.. yahooo. 9 days dah hilang 8 kg. So skang tinggal +- 10kg lagi nak hilang. Perghhh.. harap harap berjaya lah. Memang tak diet setakat ni. Maybe sebab tak makan goreng goreng or sebarangan. Beyak pun bahagia lah. Takder sembelit. Ubat sembelit memang ada jer ni. Hospital kasik. Tapi tak amek laa pasal tak sembelit pun.

Pas sesi timbangan, berbaringan dulu. Kene check perut. Siap buat scan lagi. Windu plak nak tgk masa cik kacang dlm perut. Huhu.. pastu, dr pun bukak plaster kat perut tu. Cuci cuci sket. Ada merah secoet. Yang lain clear. So, sambung makan antibiotik. Tanya dr, buleh ke kalau nak g supermarket bagai. Ok, dr pun kasik permission. Woohooo.. terus singgah KB Mall tadi. Carik gaun si kacang tu untuk kenduri kekah dia this saturday. Memi pun dapat baju kurung sepasang. Dadda jer melampau sket.. dapat perfume set. Tapi takper.. dadda banyak berkorban. So, upah diri sendiri laa tu.

So, skang perut pun dah ok. Rasa cam tak berpantang plak. Kecuali bila time makan, baru sedar tengah dlm confinement. Tak sabar nak abes pantang ni. Nak makan macam macam dah ni. Wakakaaaa…. b4 balik ke rumah semula. Siap dahlin dah tanya apa 1st makanan nak time abes pantang. Fuh.. puas memikir tp cam banyak jer. Terliur jer bila teringat.

Ingat nak bercerita lagi. Maklum laa… bukan selalu dah boleh nak mengupdate. Kononla.. sementara cik kacang tido n sementara dahlin buat keje.. time ni laa nak berupdate. Kalau cik kacang tido tp dahlin tengah free, cam tak leh nak mengupdate. Asek nak berpelukan mesreeeee jer. Peluk peluk jer takpe. Tak lebih lebih.. :(

P/S : Kalau taknak parut c-sect timbul, jgn makan haruan. Amek gamat.. pastu kalau baby kuning, please jgn kasik baby minum susu kambing. Ini tips untuk arini.

Related Posts with Thumbnails
Penziarah
Tabita Skincare

: Exclusive Set !

Contact me : kakakdegil@gmail.com

Mari Berpipit
kakakdegil.fm
NetworkedBlogs