Hari ni (Jumaat) dah 5 hari dah umur cik kacang ku itu. Kejap jer pulak. 5 hari, 5 kali muka dia berubah ubah. Mula lahir, semua orang kata ikut muka memi dia. Gua lah tu :P Ni skang, pakat duk kata ikut muka dadda dia. Ok laaa.. kulit memang kompem lah dadda dia. Memi dia kan kulit ala ala bollywood. Hidung memang kompem lah ikut memi. Takder batang hidung. Wahahaha.. sori cik kacang. Eh, blood type pun sama ngan memi. Dr kata kalau mom n baby ada blood type sama, memang akan kene jaundice. Cik kacang ni pun kene tapi alhamdulillah. Tak teruk lah.

Hallo people !
Semalam, memang tercabar sket kesabaran lah. Aritu, time nak kuar ward.. nurse ada bagitau. Cik kacang suka main main bila isap susu. Takper laa.. maybe bila isap botol memang gitu. Rupenya kasik bf pun sama. Isap pastu termenung dulu.. layan perasan. Isap balik.. pastu ulang termenung. Berkerut kerut muka time termenung. Masalah apa agaknya dia duk pikir ek? Lepas isap, poop plak. Semalam, pukul 3.30 am kasik dia tido. Memi n dadda pun tido lah. Nak buat apa lagi. Wakakaka.. Kul 5 am, Hazel menguwek. Kasik susu.. dia poop. Kul 5 lebih tu, dia tido. Kul 6 lebih, dia bangun nak susu lagi. Pastu poop lagi. Kul 7.30 am gitu.. ulang mende yang sama. Siap terlelap sambil kasik bf tu. Sori baby, tapi serius memi rasa letih sangat. Nasib petang tadi, dadda dia jaga .. memi bleh tido 2 jam. Lega sangat.

;P
Haritu kan kene c-sect. Mandi terseksa sangat eh? Yang pernah c-sect ni, time mandi camner? Hari ni dadda jadik shampoo man. Tengah layan layan shampoo, Hazel nanges plak. Mandi pun jadik tak nikmat. Kelam kabut sangat. 19hb ni baru check up ngan dr. Nak tgk tempat stitch tu. Kadang-kadang terik sangat rasa. Cam terkoyak jer.. seram sangat. Ke sebab tak banyak baring sebab tu sakit ek? Takleh nak baring .. kalau baring jer… kelaparan lah gua. Huhuhu.. sedih. Nasib ada dahling yang selalu buatkan supper or providekan minum panas. Mekasih dahling.. i lef u.. Auw ! Malu !

Pipi Layot !
Kadang-kadang rasa boring eh time confinement ni. Nak nak time baby tengah lena. Bila tengah malam jer, mesti cakap ngan dahling, beshnyaaa kalau dapat kuar ronda ronda. Tak turun kete pun takper. Yesh ! Memang tak reti duk rumah punya orang. Tapi mana nak boleh. Sapa nak jaga si cek mek kacang ni. Nak bawak sekali memang tak lah kan. Takut jer… boleh ke bawak kuar malam malam? Eii.. takmo lah. Tunggu balik KL jer laa kalau nak jalan jalan pun. Ke silap silap tak kuar jugak. Baik kite berpesta buih kat rumah jer kan Hazel kan? Lagi syiok kut.

I Love You
Ingat nak buat entry pasal pengalaman hari bersejarah tu. Tapi maybe bukan arini lah kut. Tunggu gerhana matahari di lain waktu plak kut. Malam ni cam nak layan gambo si kacang ni jer. Sementara dia duk lena dlm cot tu haa.. bleh laaa memi dia ni layan tenet seround. Nak layan lama lama cam tak mampu. Sakit pinggang lah. Mana asek nak terkencen pun ada ni. Lagi lenguh lagi. ( . Y . ) pun sakit ni. Denyut denyut jer. Adoi. Semalam dah kene urut. Besok pun ada sessi mengurut lagi. Longgarkan urat urat ketat, buang angin angin sket… kasi ringan badan. Aahhh… syioknya kalau bleh bertungku sekali.
P/S : Ada orang tanya adik gua “BIL u cina kah?”. Oh ! Tidak. Lakiku melayu.. hensem lagi. Mana datang cinanya.. hihihi. Semua gamba dari henpon dahling. Mekasih ling ling.. Malam ni i kasik upah.. hihih.

Recent Comments