Advert

Go to Mama Panda's FB Page
Archives
Categories
Calendar
January 2010
S M T W T F S
« Dec   Feb »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  
Instagram
 

Tanda Tanda Mahu Bersalin

Saja untuk buat guideline.

Tanda-tanda Hendak Bersalin

PENGALAMAN sakit bersalin berbeza-beza bagi setiap wanita. Ada yang merasakan seperti perut memulas hendak membuang air besar, sakit belakang, perut seperti akan pecah dan seumpamanya.

Bermula seawal 28 minggu usia kandungan, wanita akan mula mengalami pengecutan rahim yang normal secara fisiologi, ia dinamakan pengecutan rahim Braxton-Hicks.

Pengecutan rahim ini berlaku jarang-jarang, sekitar setiap 30 minit dan mengambil tempoh beberapa saat saja serta tidak menyakitkan. Ini berbeza dengan pengecutan rahim bersalin yang dialami setiap 15 minit namun kemudiannya menjadi lebih kerap (setiap lima atau tiga minit), setiap satu pula semakin panjang tempohnya (sehingga 45 saat) dan disertai dengan kesakitan.

Tempoh ini bolehlah dikira secara meletakkan tapak tangan pada puncak rahim untuk mengesan pengecutan rahim itu yang sentiasa datang dan menghilang.

Berjumpalah dengan doktor untuk mengesan punca kesakitan yang anda alami. Tanda hampir bersalin adalah seperti berikut:

Namun, ia lebih bergantung kepada keputusan anda setelah mendapat pandangan doktor anda.
Sumber: Harian Metr0

  • Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun ‘turun’ ke dalam kawasan rangka tulang pelvis.
  • Keluar lendir pekat seperti gam yang lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
  • Pengecutan otot rahim yang semakin kerap dan untuk tempoh yang lama.
  • Keluar lendir bercampur darah apabila pintu rahim mula membuka.

Anda juga boleh mempelajari cara mengesan pengecutan otot rahim. Ia juga dapat dilihat dalam carta cardio-tocograph atau CTG yang mencatat pola aktiviti jantung bayi serta pengecutan otot rahim.

Ia dilakukan secara melekapkan dua alat berbentuk cakera tebal ke atas puncak rahim dan pada kawasan jantung bayi, alat ini dilekapkan dengan bantuan tali pinggang bergetah dan dibiarkan selama kira-kira 20 minit.

Ujian air kencing juga mungkin dilakukan untuk memastikan tiada jangkitan air kencing yang juga boleh mengakibatkan kesakitan yang sama walaupun lazimnya ia lebih kepada sakit bahagian ari-ari.

Selain tanda di atas, anda juga perlu ke hospital jika mengalami keluar air ketuban, pergerakan bayi menjadi kurang kerap, keluar darah atau apa saja masalah yang dialami untuk kepastian doktor.

Waktu 40 minggu adalah dikira bermula hari pertama haid terakhir sehingga tarikh jangkaan bersalin.

Namun, 90 peratus wanita didapati sudah selamat bersalin sebelum tiba tarikh terbabit, sekitar 10 hari sebelum tarikh itu.

Bayi dikatakan cukup bulan apabila mencecah usia 38 minggu kandungan. Bayi pula dikatakan lebih hari jika masih belum dilahirkan selepas tarikh 40 minggu, jika melebihi 42 minggu pula dikatakan lebih masa.

Lazimnya bayi selamat jika lahir dalam tempoh 38 hingga 41 minggu, sebaliknya melebihi usia 42 minggu pula dikaitkan dengan risiko kepada bayi.

Membenarkan bayi di dalam kandungan melebihi usia 40 minggu memerlukan pengawasan pergerakan bayi, kandungan air ketuban, keadaan uri, aktiviti jantung dan seumpamanya bagi wanita yang tidak mempunyai masalah seperti darah tinggi, kencing manis atau rhesus negatif.

Pada masa sama, jika keadaan terbabit masih memuaskan, kandungan mungkin dibenarkan selama sekitar seminggu bagi memberi peluang jika anda didatangi sakit bersalin sendirinya tanpa perlu dipaksa bersalin (induksi).

Kalau ikutkan, dr kata the best time nak deliver dalam 38th week tu haa. Awal 2 minggu dari due date lah. Tapi kami memilih natural birth, cewah. So, nak taknak tunggu jer la. Kalau sempat, bleh beranak end of this week (dah ready ke weh? Huhu). Kalau tak, tunggu laaa…

For those yang ada experience, meh kiter berkongsi ya. Nak tau, apa rasa contraction? Bila masa sesuai untuk ke hospital? Do we need to call our dr b4 ke hospital tu?

P/S : Sakit sakit perut dah ada. Cam cramp gitu. Sehari 2-3 kali jugak. Fuh fuh… !

Related Posts with Thumbnails

24 Responses to “Tanda Tanda Mahu Bersalin”

  • Nooooonieeeeeeeeee !!!
    end of this week ?
    nonieeeeeee ! bestnyaaaaaaaa.
    tak lama je lagi nonie nak ada baby untuk dicium2, digomol2.
    eii sekejapnya masa berlalu kan ?

    nonie dah selalu rasa sakit2.
    ju harap nonie tabah tau.
    ju pun nak rasa juga camana contraction tu.
    tapi rasanya tak sempat kot..
    takpalah.. ju tunggu cerita nonie je k.

    sayang nonie ! take care babe. insyaAllah semuanya pasti selamat !

  • babe,

    i aritu ada bleeding skit.. tau-tau contractions terus start within an hour.. and esok terus bersalin.. hehe.. tapi 15 jam gak mengadap contractions.. hmm..

    anyhoo, hope u’ll hv a smooth labor! good luck bebeh.. hugs!

  • huhuhu…cepatla cik kacang keluar….

  • azierah:

    tanda2 koko tu tnda nak salin ka?

  • ijja:

    hurm…i tgh tunggu hari tuk deliver beby..skg 38 week.pada mommies sume,jgn tunggu lama2 bila dah ada tanda (show) @ contraction..risiko beby menelan najisnyer sendiri tinggi wooo….dat time sume akan menjadi rumit…sekadar nasihat..heppy yeppy … :)

  • siti:

    kandungan ct dah 38 minggu lebih…due 4/4/2011.. tapi tiada tanda2 lagi mau bersalin…ct risau sgt ni tiada tanda ape2.tiap2 ari cakap ngan baby.cepat2 la kuar..ct nak bersalin normal.. rasa sedikit stress pikiran ni..

  • idaBrunei:

    akum..
    ida pun tgah tggu hari saja lagi.. due 12hb april ni..
    Belum ada tanda2x untuk mlahirkn.. Kalau boleh next wek.. Hehehe
    next wek anniversary kawin ida..

    Ida takut laa psal ni first baby ida.. Hopefully smua bjalan dgan lancar..
    Any tips untuk mhilangkn rasa gemuruh?

  • mega:

    arini patut due date..huhu..tp tak de tanda2 sakit..cuma kuar lendir pekat je..tp tak de darah…erm..lambat ag ker kuar bebi ucuk cayang ni….heheh..pergerakkn bebi dah mula slow..kurang gerak..dah kurang ruang agaknyew..
    dah lew ni first bebi..takut..mcm aner yer bersalin…

  • IDA:

    A’KUM…SAYA DAH 39W6D…X DE TANDA NAK BERSALIN PUN..CUMA CAM ADA CECAIR KELUAR…CAM KEPUTIHAN…..ADAKAH I2 TANDA BERSALIN GAK…LAST 2 WEEKS, DR CEK..DAH BUKA 1.5CM……KALAU IKUTKAN DUE SAYA ESOK……

  • ryn..:

    sy pula dh turun drh sejak 3 hr lepas but no contraction.. pegi hospital, kena tahan kat wad semalaman.. 3 kali kena cek doktor tapi jalan still xbukak lagi..jln lgsg xde.. Dr kata, bby dh matang, dh boleh melahirkan, Dr suruh pilih samada nak induce atau tunggu..kalau induce pun, lum tentu ada jalan, sudahnya tetap kena ceaser.. so i n my husband decide utk tunggu hingga ada contraction.. ternyata penantian itu suatu penyeksaan..tinggal 11 hari je lagi due..hrp sglnye brjln lancr…doakan ok….

  • etti:

    sekarang dh hampir masuk 36weeks..dulu 1st baby pre-matured, lahir 33weeks..lgsg tak rasa sakit.tiba2 air ketuban pecah, dlm kul 9pg..pegi hospital cek2 dah buka 3cm..still tak rs sakit..tggu sampai sejam buka 4cm..rasa nak buang air kecil, lps buang, baring, rasa sakit mcm nak uk uk tu…cek2 dh buka jalan 10cm…terus masuk LR tepat azan zohor 1.19pm bersalin dgn 3-4 kali push..senang sangat dah rasa sakit bersalin tak begitu rasa..mgkn baby pun kecik, 1.8kg je time lahir..sekarang 2nd baby nerveous sangat2…harap2 sama mcm 1st one, semua berjalan lancar

  • adah cudah:

    saya lak br msuk 36week smlm…kaki tgn sume da bengkak…xde tanda ape2 lg cuma rase skt blkg je la kejap2…ni first baby so xde pengalamn rasa skt bersalin..cam suspens je sume…takut,berdebar,hepi nk sambut org br bercampur baur…..harap2 sumenya dipermudahkan Allah yang esa..amin…;)

  • fiza:

    salam..kakak2 smua..fiza dah 39w3d..due 22.10.2011..tnde2 skit ade skit2 jer..bwah prot dah stat rasa pdih n senak kat bhgn faraj….lendir pekat pon kdg2 kuar gak..excited sgt mnunggu blerla bby ni nk kuar..cpt2 la bby kuar..ibu nk tgk bby ni..

  • nini arienny:

    salam semua.. ari ni da masuk 38 minggu 1 hari. x sabar rasanya nak bsalin. tp blm ada tanda2 lagi…hmmm, sy nervous sgt maklumlah 1st baby.. harap2 semuanya akan bjalan dgn lancar..

  • tasha:

    saya dijangka akan bersalin pada bulan 12/2011, tapi sekarang nie saya kerap sakit pinggang, sakit bawah perut.. saya takut sebab ini 1st baby.. apa yang saya sepatutnya buat

  • sinta:

    salam,
    saye due 03/11/2011 lagi bape hari je,,,,sakit belom ade tapi da keluar lendir dan seperti darah siket,,ape saye perlu ke doktor??coz saye xrase saket pon…hope smuenye lancar dan selamat la… :D

  • chch:

    sy nk tnya klu kuar lndir wrna cklat 2 tnda nk bslan dh ke?sy skrg 29mggu…

  • ida:

    askm sy hanye m,nunggu masa untuk bersalin tapi tanda2 blm ada lagi hanye ada cecair putih je yg kuar 2 tanda bersalin ke?

  • Cik Siti:

    Salam kawan2x

    Hari ni 25/09/2012 adalah tarikh bersalin saya….xde rase sakit pn…doktor beri masa 1 minggu, klu x bersalin jgk…saya akan IOL (masuk ubat) untuk mempercepatkan proses bersalin….semoga selamat semuanya…

Leave a Reply